- Sebagai orang muda anda mempunyai hak untuk privasi dan kerahsiaan.
- Anda mempunyai keupayaan mental untuk membuat keputusan lebih baik daripada kanak-kanak tetapi tidak lagi dewasa sepenuhnya.
- Adalah sangat penting bagi anda untuk memahami isu ini dan hak anda .
- Prinsip kerahsiaan ini juga akan membantu untuk melindungi hak-hak anda.
Apa itu kerahsiaan Penjagaan kesihatan dan kerahsiaan bermakna kakitangan kesihatan akan menyimpan rahsia dan tidak mendedahkan sebarang maklumat kepada sesiapa tanpa kebenaran anda. Kenapa anda perlu tahu ?
- Ia adalah hak anda dan ia penting untuk melindungi hak anda.
- Untuk memberi keselesaan dan membolehkan anda berkongsi sebarang kemusykilan.
- Memberi peluang kepada remaja untuk mendapat rawatan secara sulit terutama isu peribadi dan sensitif . Ini termasuk STD/STI (link to STD), rawatan perancang keluarga, mengandung, isu-isu kesihatan mental dan penyalahgunaan dadah.
- Melindungi remaja daripada dihina dan diskriminasi yang mungkin timbul akibat pendedahan maklumat yang sulit.
- Menyokong remaja untuk memahami prinsip privasi dan autonomi .
- Memastikan anak-anak muda mendapat maklumat kesihatan dan penjagaan kesihatan dari golongan profesional kesihatan.
Apa yang perlu anda tahu ?
- Apakah maklumat yang perlu dirahsiakan?
- Maklumat yang sensitif sebagai contoh yang berkaitan dengan kesihatan reproduksi, kesihatan mental dan penyalahgunaan dadah.
- Apakah maklumat yang tidak perlu dirahsiakan?
- Sekiranya anda memberi kebenaran kepada pengamal perubatan untuk berkongsi maklumat
- Apakah pengecualian terhadap prinsip kerahsiaan?
- Kerahsian boleh dikecualikan apabila ia melibatkan isu etika, keselamatan dan perundangan.
- Keadaan di mana ianya tidak mungkin atau sesuai untuk menjaga kerahsiaan
- Antara situasi tersebut adalah
- Sekiranya remaja didapati mempunyai risiko untuk memudaratkan diri sendiri atau orang lain dan orang lain cuba memudaratkan remja tersebut
- Sekiranya remaja disyaki didera secara fizikal atau seksual (link to abuse) yang memerlukan laporan dan tindakan undang-undang.
- Bagaimanapun anda mempunyai hak untuk dimaklumkan.
- Tanyalah doktor yang merawat untuk penjelasan lanjut
- Confidentiality in Adolescent Health Care UpToDate, 2014 (A.B. Middleman and K.A. Olson, A. English, Editor)
- Consent & Confidentiality in Adolescent Health Care:A Guide for the Arizona Health Care Practitioner
- Teenage Confidentiality: A Young Person’s Right to Privacy Joe Sanders Jr. the American Academy of Pediatrics (AAP)
- The American Heritage® Stedman’s Medical Dictionary Copyright © 2002, 2001, 1995 by Houghton Mifflin Company. Published by Houghton Mifflin Company.
Last Reviewed | : | 20 November 2015 |
Writer | : | Dr. Siti Aishah binti Saidin |
Translator | : | Dr. Siti Aishah binti Saidin |
Accreditor | : | Datin Dr. Zil Falillah binti Mohd Said |