Pengenalan
Sumber gambar : images.search.yahoo.com
‘Obstetrical brachial plexus palsy’(OBPP) dirujuk sebagai kecederaan terhadap semua atau sebahagian saraf pleksus brachial bayi yang berlaku ketika bersalin. OBPP adalah berbeza dengan kecederaan saraf pleksus brachial bagi orang dewasa. Ini adalah kerana kecederaan yang berlaku, adalah bukan disebabkan oleh hentakan yang kuat. Kebiasaannya berlaku koyakan yang tidak sepenuhnya/ ‘incomplete ruptures’ pada saraf pleksus brachial akibat dari kesan regangan semasa proses kelahiran dibahagian leher.
Etiologi
Kebiasaannya berlaku ketika proses kelahiran bayi yang sukar di mana leher bayi teregang sebelah. Kebarangkalian OBPP berlaku adalah 1 atau 2 orang di dalam 1000 bayi yang baru lahir. Hampir 90% akan pulih sepenuhnya dalam tahun pertama kehidupan manakala 10% lagi memerlukan terapi. Bagi kes yang teruk mungkin memerlukan pembedahan. Namun begitu, kanak-kanak ini mungkin akan mengalami limitasi fungsi bagi anggota yang terlibat sepanjang hayat .
Kebanyakan kes OBPP melibatkan kecederaan pada saraf pleksus brachial bahagian atas(C5,C6,C7) , yang dikenali sebagai Erb’s Palsy. Di mana bayi tersebut tidak akan dapat menggerakkan sendi bahu, tetapi dapat menggerakkan jari tangan. Jika saraf pleksus brachial atas dan bawah (C5 – T1) terlibat atau teregang, kondisi ini akan menjadi lebih teruk daripada Erb’s palsy. Kondisi ini dikenali sebagai ‘global’ atau ‘total’ OBPP. Manakala sekiranya saraf pleksus brachial bahgian bawah (C8,T1) yang terlibat atau teregang ia akan dikenali sebagai’Klumpke’s palsy’.
Anatomi
Sumber gambar : images.search.yahoo.com
Saraf brachial plexus menyarafi anggota atas, lengan dan tangan. Ia terdiri daripada saraf tunjang C5, C6, C7, C8 dan T1 yang akan bergabung dan membentuk “highway system,” atau “plexus,” of nerves. Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ‘upper trunk (C5-C6), middle trunk (C7) dan lower trunk (C8 dan T1).
Jenis-jenis kecederaan saraf:-
-
Neuropraxia
-
Neuroma
-
Rupture/ koyak
-
Avulsion/ putus
Faktor Risiko yang menyebabkan OBPP:-
-
‘Cephalopelvic disproportion’
-
‘A large or macrosomic baby’
-
Kelahiran menggunakan peralatan
-
Kelahiran songsang
-
Kelahiran pramatang
-
‘Shoulder dystocia’
-
‘Primigravida’
-
Masa kelahiran yang lama.
-
Kecacatan sejak lahir.
Objektif Rawatan Fisioterapi:-
-
Untuk menggalakkan penggunaan bahagian anggota atas yang terlibat di dalam aktiviti harian
-
Untuk mengekalkan julat pergerakan bahagian anggota atas yang terlibat
-
Untuk meningkatkan julat pergerakkan bahagian anggota atas yang terlibat
-
Untuk menguatkan otot bahagian yang terlibat
-
Untuk mengurangkan risiko kecacatan
-
Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara optima.
-
Untuk menggalakkan sensasi deria rasa bahagian anggota atas yang terlibat
Gejala / Tanda
-
Kekuatan anggota atas yang terlibat lemah
-
Kemungkinan deria rasa sensasi anggota atas yang terlibat hilang atau kurang
-
Separa atau total paralisis anggota atas yang terlibat
-
‘Horner’s Syndrome’
-
‘Waiter’s tip posture’
-
‘Claw-like hand’
Komplikasi
-
Limitasi dalam aktiviti seharian disebabkan kekerasan sendi atau tisu lembut
-
Kekerasan pada sendi bahu
-
Kelemahan pada otot (muscle atrophy) jika jarang digunakan
-
Dislokasi sendi bahu atau siku.
Perawatan
-
Pemulihan Fisioterapi
-
Pemulihan Cara Kerja
-
Pembedahan :
-
Microsurgical reconstruction
-
Nerve grafts and transfers.
-
Tendon transfers
-
Osteotomies
-
Open and arthroscopic reduction of infantile shoulder dislocations
-
-
Parental support
Pencegahan
-
Mengarahkan ibubapa pesakit agar berhati-hati menjaga anggota atas atau tangan yang kurang deria rasa sensori (care of anaesthetic limb).
-
ibubapa dinasihatkan agar jangan mengangkat bayi dari bawah axilla
-
Ibubapa dinasihatkan agar mengelakkan dari ‘mishandling’ ketika mendukung bayi, mandi atau makan.
-
Ibubapa dinasihatkan agar meletakkan gulungan kain/blanket untuk menyokong bahagian anggota atas yang terlibat terutama ketika duduk atau berada di atas buaian.
-
Ibubapa perlu melakukan ‘regular repositioning’ untuk mengelakkan dari pembentukan ‘torticollis’ atau ‘head flattening’.
Rehabilitasi Fisioterapi
-
‘Joint compression weight bearing’ bagi anggota atas yang terlibat untuk mempertingkatkan input propriosepsi.
-
Aktiviti kedua-dua pergerakan anggota.
-
Menggalakkan penggunaan anggota atas yang terlibat secara aktif di dalam aktiviti yang bersesuaian bagi meningkatkan kekuatan dan koordinasi.
-
Posisi ‘protective’ bagi anggota atas yang terlibat terutama bagi minggu pertama kelahiran.
-
‘Scapular stabilization’ untuk meningkatkan mobiliti pada scapular dan sendi bahu.
-
Stimulasi sentuhan terhadap anggota atas yang terlibat menggunakan pelbagai jenis material, koosh balls, vibration dan massage untuk meningkatkan ‘sensory awareness’
-
Senaman aktif atau pasif bagi anggota atas yang terlibat
Sumber gambar : images.search.yahoo.com
Sumber gambar : images.search.yahoo.com
Sumber gambar : images.search.yahoo.com
Sumber gambar : images.search.yahoo.com
-
Hidroterapi
-
‘Neuromuscular re-education’ dengan menggunakan stimulasi elektrik. ‘ /Neuromuscular Electrical Stimulation’ ( NMES)
Rujukan
-
J.M.Hunter, E.J.Mackin and A.D.Callahan: Rehabilitation of the hand: surgery and therapy, 4th ed, Vol 1, 1995; 885-904.
-
http//membrane.com/bpp/protocol/html
-
images.search.yahoo.com
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Pauzilah bt Hj. Dollah |
Akreditor | : | Se To Phui Lin |
Penyemak | : | Halimah bt. Hashim |