Apa itu Jumper’s Knee?
Jumper’s Knee merupakan diagnosis bagi permasalahan pada patellar tendon. Kesakitan Jumper’s Knee yang berpunca daripada kecederaan tertentu selalunya berlaku secara berkala dan berulangan.
Secara klinikal, kesakitan yang terasa spesifik di sepanjang patellar tendon yang terletak di bawah tempurung lutut. Istilah tendinopathy bermaksud kesakitan tendon yang berpanjangan dan ianya sudah pasti mengurankan kualiti hidup penghidap dengan mengganggu penglibatan mereka di dalam kebanyakan aktiviti sukan dan rekreasi.
Siapakah yang berisiko untuk mendapat Jumper’s Knee?
- Risiko Jumper’s Knee adalah tinggi di kalangan atlet (Zwerver J, 1988).
- Sukan yang diceburi. Prevalen Jumper’s Knee adalah tinggi di dalam sukan bola tampar (14.4%) berbanding bola sepak (2.5%) (Zwerver J, 1988).
- Berlebihan beban (Overload). Individu yang melakukan aktiviti bebanan melebihi kemampuan tendonnya berisiko untuk mengalami Jumper’s Knee.
- Bebanan penyimpanan tenaga dan bebanan lompatan. Aktiviti yang tiada bebanan penyimpanan tenaga dan bebanan lompatan (berbasikal & berenang) dan sukan dengan bebanan lompatan yang rendah (berlari) kurang berisiko mengalami Jumper’s Knee berbanding sukan dengan lompatan yang tinggi beserta berubah arah (bola tampar & badminton).
Apakah gejala Jumper’s Knee?
- Sakit semasa aktiviti bebanan tinggi seperti lompatan dan mengubah arah.
- Sakit di kebanyakan aktiviti harian terutamanya ketika menaiki tangga dan mencangkuk.
- Kesakitan jarang dirasai ketika pagi dan malam melainkan kecederaan yang serius.
Apakah tanda-tanda Jumper’s Knee?
Pengecilan otot peha dan betis pada anggota yang terlibat
Apakah komplikasi Jumper’s Knee?
Patellar tendon putus. Namun begitu, ianya hanya kerap berlaku di kalangan golongan tua (umur melebihi 65 tahun) (Kannus P & Natri A, 1990).
Faktor dan risiko berlakunya Jumper’s Knee
Faktor berlakunya Jumper’s Knee terbahagi kepada luaran dan dalaman:
a. Faktor luaran
Faktor ini kebanyakannya melibatkan persekitaran latihan atlet seperti berikut:
- Penambahan kekerapan latihan
Faktor ini merupakan faktor utama yang mengakibatkan Jumper’s Knee
- Permukaan lantai tempat latihan
Permukaan lantai yang keras meningkatkan gejala Jumper’s Knee
- Kadar penyerapan bebanan
Kasut latihan jenis menyerap bebanan sangat diperlukan ketika menjalani latihan di permukaan yang keras
b. Faktor dalaman
- Jantina
Lelaki lebih berisiko 2 hingga 3 kali ganda untuk mengalami Jumper’s Knee berbanding perempuan (Visnes H & Bahr R., 2013).
- Berat dan tinggi
Jumper’s Knee kerap berlaku di kalangan atlet yang bertubuh tinggi dan berat (Zwerver J, 1988). Perubahan kinematik anggota
bawah (pelvik dan kaki) turut menyumbang berlakunya Jumper’s Knee seperti berikut:
- Kepanjangan dan kekuatan otot peha
Otot quadriceps dan hamstrings yang tegang dan pendek meningkatkan kebarangkalian berlakunya Jumper’s Knee dan kekuatan
otot terbukti dapat menambah kefungsian dan ketahanan otot (Crossley KM et. al., 2007).
- Struktur tapak kaki
Struktur tapak kaki yang rendah akan meningkatkan risiko Jumper’s Knee (Crossley KM et. al., 2007).
- Gerakan buku lali
Pengurangan gerakan buku lali dorsiflexion (gerakan ke atas) akan meningkatkan risiko Jumper’s Knee (Malliaras P., 2006).
- Ukuran lilit pinggang
Ukuran lilit pinggang yang luas akan meningkatkan risiko Jumper’s Knee (Malliaras P, Cook JL., 2007).
Bagaimana untuk menguji berlakunya Jumper’s Knee?
- Sakit di sepanjang patellar tendon apabila ditekan
Arahan | |||||||||
|
|||||||||
Gambar 1 Rujukan : Unit Fisioterapi Hospital Melaka |
- Single-leg decline squat
|
|||||||||
Arahan | |||||||||
Gambar 2 Rujukan : Unit Fisioterapi Hospital Melaka |
- Kefungsian Kinetic chain (eg Single-Leg hop test)
Arahan | |||||||||
Gambar 3 Rujukan : Unit Fisioterapi Hospital Melaka |
Peranan Fisioterapi di dalam Jumper’s Knee
Walaupun Jumper’s Knee tidak boleh sembuh sepenuhnya, gejala Jumper’s Knee boleh dikurangkan dengan rawatan Fisioterapi seperti berikut:
1. Rawatan secara pasif
a. Pengurusan tekanan bebanan tanpa rehat sepenuhnya
- Elakkan aktiviti bebanan anggota bawah
- Hentikan elemen bebanan yang tinggi di dalam latihan
- Kurangkan kekerapan latihan (optimum 2 kali seminggu mengikut keupayaan)
- Pendekkan tempoh latihan
b. Modaliti mengurangkan kesakitan
- Modaliti haba, sejuk, pulsed ultrasound dan shockwave therapy terbukti berkesan bagi mengurangkan kesakitan
c. Bracing dan teknik taping
- Bertujuan untuk mengurangkan kesan bebanan pada patellar tendon
d. Teknik Terapi Manual
- Urutan Transverse friction terbukti berkesan secara cepat dan berkala (Stasinopoulos D. et. al., 2004
- Manipulasi otot Quadriceps memberi kesan positif dan berjaya mengurangkan kesakitan Jumper’s Knee secara cepat dan berkala (Pedrelli A, Stecco C & Day JA., 2009)
2. Rawatan secara aktif
1. Senaman regangan
Regangan otot hamstring Posisi : Duduk memanjang Arahan : Luruskan lutut & tarik buku lali ke atas,Tahan 30 saat (Ulang 8-10 kali) |
Regangan otot calf Posisi : Berdiri berdepan dinding Arahan : Luruskan lutut cedera di belakang & pastikan tumit menjejak lantai, Tahan 30 saat (Ulang 8-10 kali) |
Sumber: Unit Fisioterapi Hospital Melaka
2. Senaman kekuatan
a) Kekuatan isometric Senaman kekuatan isometric Quadriceps |
Posisi : Duduk memanjang Arahan : Luruskan lutut & arahkan buku lali ke atas dan tahan selama 30 saat (Ulang 8-10 kali/ 2-3 set) |
b) Kekuatan isotonic Senaman kekuatan isotonic Quadriceps |
Posisi : Duduk tegak Arahan : Luruskan lutut & arah buku lali ke atas dan tahan selama 15 saat (Ulang 8-10 kali/ 2-3 set) |
c) Kekuatan kefungsian Lunges |
Posisi : Lutut cedera di hadapan Arahan : Bengkok peha & lutut & pastikan lutut hadapan tidak melebihi tapak kaki (Ulang 8-10 kali / 2-3 set) |
3. Latihan Proprioceptive
Single-leg standing (buka mata – tutup mata) |
Posisi : Berdiri pada kaki yang cedera
Arahan : Cuba imbangi badan dan tahan selama 30 saat (Ulang 3 kali) |
3. Nasihat
- Pemantauan kesakitan amat penting sebelum dan semasa Program Return To Sport.
- Senaman merupakan elemen terpenting di dalam rawatan Jumper’s Knee dan perlu diberi penekanan di sepanjang Program Pemulihan yang mengandungi senaman kinetic chain, teknik daratan yang betul serta cara pengurusan bebanan yang bersesuaian (Cook JL, Purdam CR., 2014).
Rujukan
- Cook JL, Purdam CR. The challenge of managing tendinopathy in competing athletes. Br J Sports Med. 2014;48:506–509. 38
- Crossley KM, Thancanamootoo K, Metcalf BR, Cook JL, Purdam CR, Warden SJ. Clinical features of patellar tendinopathy and their implications for rehabilitation. J Orthop Res. 2007;25:1164–1175. 18
- Kannus P, Natri A. Etiology and pathophysiology of tendon ruptures in sports. Scand J Med Sci Sports. 1997;7:107–112. 5
- Malliaras P, Cook JL, Kent P. Reduced ankle dorsiflexion range may increase the risk of patellar tendon injury among volleyball players. J Sci Med Sport. 2006;9:304– 309. 23
- Malliaras P, Cook JL, Kent PM. Anthropometric risk factors for patellar tendon injury among volleyball players. Br J Sports Med. 2007;41:259–263. 26
- Pedrelli A, Stecco C, Day JA. Treating patellar tendinopathy with Fascial Manipulation. J Bodyw Mov Ther. 2009;13:73–80. 51
- Stasinopoulos D, Stasinopoulos I. Comparison of effects of exercise programme, pulsed ultrasound and transverse friction in the treatment of chronic patellar tendinopathy. Clin Rehabil. 2004;18:347–352. 50
- Visnes H, Bahr R. Training volume and body composition as risk factors for developing jumper’s knee among young elite volleyball players. Scand J Med Sci Sports. 2013;23:607–613. 16
- Zwerver J, Bredeweg SW, van den Akker-Scheek I. Prevalence of Jumper’s knee among non elite athletes from different sports: a cross-sectional survey. Am J Sports Med. 2011;39:1984–1988. 3
Rujukan gambar
1. (2015) Unit Fisioterapi Hospital Melaka. Diambil pada Oktober 29 2015.
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Mohd Naqiuddin bin Johar |
Akreditor | : | Se To Phui Lin |
Penyemak | : | Halimah bt. Hashim |