A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Dewasa
  8. /
  9. Perawatan Fisioterapi untuk Dislokasi...

Perawatan Fisioterapi untuk Dislokasi Sendi Bahu

Apabila bahagian pangkal tulang Humerus keluar dari kedudukannya yang biasa bahu dikatakan telah terkehel.

Apa itu dislokasi sendi bahu?
Sendi bahu adalah sendi bebola dan soket ataupun sendi lesung. Bahagian pangkal tulang Humerus yang berbentuk bebola, membentuk sendi dengan Glenoid Cavity, ia itu bahagian tepi tulang Skapula (tulang belikat).  Rongga Glenoid Cavity yang cetek ini membolehkan sendi bahu mempunyai julat pergerakan yang besar. Ciri ini juga menjadi satu kelemahan kestabilan di mana sendi ini berisiko untuk terkehel di sebabkan oleh kecederaan sukan lasak atau jatuh.
Apabila bahagian pangkal tulang Humerus keluar dari kedudukannya yang biasa bahu dikatakan telah terkehel. Jika pangkal tulang Humerus tidak terkeluar sepenuhnya, tetapi separuh sahaja, ia di katakan sebagai subluxation.

Terdapat dua jenis dislokasi sendi bahu yang utama:

  • Dislokasi Anterior: Pangkal tulang Humerus keluar dari lokasinya, kearah Dislokasi ini merupakan  kecederan yang paling biasa dan kerap yang di alami
  • Dislokasi Posterior: Kepala Humerus bergerak keluar dari lokasinya, kearah belakang.
 Dislokasi sendi bahu -f
Sumber: http://orthopedics.about.com
 
Apakah sebab-sebab dislokasi sendi bahu?
Kecederaan ini berlaku apabila bahu mengalami satu daya hentakan yang kuat secara tiba-tiba Pergerakan rotasi yang melampau pada sendi bahu boleh menyebabkan kepala Humerus terkeluar dari soket atau rongga glenoid.

Dislokasi sendi bahu boleh disebabkan oleh:

  • Kecederaan sukan. Dislokasi sendi bahu adalah kecederaan yang biasa berlaku dalam sukan yang lasak seperti bola sepak dan hoki dan juga sukan yang berisiko untuk jatuh seperti sukan ski menuruni bukit, gimnastik dan juga bola tampar.
  • Kecederaan yang tiada kaitan dengan sukan. Hentakan yang kuat ke bahu anda semasa dalam kemalangan kenderaan bermotor adalah punca utama dislokasi sendi bahu.
  • Jatuh. Jatuh, dari tangga atau akibat kaki tersadung pada permaidani.

Apakah tanda-tanda dan gejala-gejala dislokasi sendi bahu?

Dislokasi amat menyakitkan. Apabila pangkal tulang Humerus tertarik keluar dari soket atau rongga glenoid sendi bahu secara paksa, rawan, otot dan tisu-tisu lain akan jadi rengang dan koyak. Tanda tanda am dislokasi sendi bahu ialah:

  • Sakit yang teruk pada bahu.
  • Pergerakan sendi bahu yang terhad.
  • Herotan pada kontur bahu – Pada dislokasi anterior, bahu akan didapati berbentuk tidak normal iaitu segiempat dan bukannya bentuk normal yang landai dan berkontur bulat. Pada dislokasi posterior, bahagian depan bahu mungkin akan kelihatan agak rata.
  • Satu bonjolan keras dibawah kulit berhampiran dengan bahu – Bonjolan ini adalah kepala Humerus yang terkeluar dari rongga glenoid sendi bahu.
  • Lebam atau calar pada bahu jika kecederaan disebabkan oleh hentakan.
  • Seperti kecederaan tulang yang lain, kesakitan mungkin menyebabkan gejala sistemik seperti loya dan muntah-muntah, berpeluh, pening dan lemah.

Apakah diagnosis bagi dislokasi sendi bahu?

  • Pemeriksaan secara fizikal dan pemeriksaan pada bahagian yang cedera untuk kesakitan, bengkak atau kecacatan bentuk.
  • Pemeriksaan X-ray pada bahu akan menunjukkan sendi bahu yang mengalami dislokasi.

Bagaimana Fisioterapi boleh membantu?

Sebaik sahaja bahu telah dipulihkan dalam kedudukan normal, proses rehabilitasi boleh dimulakan. Bagi memastikan pemulihan sepenuhnya, Fisioterapi akan membantu untuk:

  • Mendapatkan balik julat pergerakan sendi bahu.
  • Menguatkan oto-otot sendi bahu.
  • Mendapatkan balik kawalan sendi bahu.

Untuk mengurangkan sakit gunakan ais yang dibalut dalam tuala lembab dan letakkan diatas bahu selama 10-15 minit. Rawatan ini boleh mengurangkan kesakitan bahu. Sesetengah pesakit lebih suka rawatan haba lembap untuk melegakan sakit.

Apakah kaedah rawatan Fisioterapi untuk dislokasi sendi bahu?

  1. Modaliti untuk mengurangkan sakit.

Rawatan haba atau sejuk digunakan untuk relaksasi dan mengurangkan sakit. Rawatan ais dinasihati digunakan setiap kali selepas melakukan senaman atau aktiviti yang membebankan. Stimulasi electrical dengan mesin TENS atau Interferrential dapat mengurangkan sakit, mengawal keradangan serta melancarkan pengaliran darah yang seterusnya dapat mempercepatkan proses pemulihan.

2. Senaman

Kestabilan sendi bahu bergantung pada otot-otot yang kuat pada sekelilingnya. Adalah sangat penting untuk memulihkan dan menguatkan otot-otot bahu bagi mengelak dislokasi berulang. Senaman Fisioterapi akan mengurangkan ketidakselesaan bahu serta memulihkan kefungsian bahu. Rasa sedikit ketidakselesaan atau sengal-sengal apabila melakukan senaman adalah perkara biasa.

a) Senaman (pada peringkat awal – pesakit memakai anduh)

  • Lakukan 4 kali sehari (keluarkan anduh apabila melakukan senaman)
 regangan otot bahu-F copy  senaman bahu-f
Regangan otot bahu dan leher
1. Posisi :     Berdiri
2. Tindakan :  Kedua dua tangan di sisi badan, rapatkan kedua-dua tulang belikat tahan 10 saat,  8-10 kali ulangan.
Senaman bahu pendular
1. Posisi     :  Berdiri membongkok
2. Tindakan: Luruskan lengan dan hayun dalam arah;
Depan dan belakang. Kiri dan kanan
Bulatan, 8-10 kali ulangan)

Senaman Menguatkan Otot-Otot Bahu

 senaman menguatkan otot-otot bahu 1 copy- F  senaman menguatkan otot-otot bahu 2 copy - F
1. Posisi      :  Berdiri membelakangkan dinding
2.  Tindakan  :  Tolak siku pada dinding
Tahan 10 saat,
8-10 kali ulangan
1. Poissi:  Berdiri menghadap dinding
2. Tindakan :  Tolak tangan kearah dinding, tahan 10 saat, 8-10 kali ulangan
 senaman menguatkan otot-otot bahu 3 copy - F  senaman menguatkan otot-otot bahu 4 copy-F
1. Posisi :  Berdiri ditepi dinding
2. Tindakan :  Tolak siku keluar
Tahan 10 saat,8-10 kali ulangan
1. Posisi  :  Berdiri berhadapan dengan dinding
2. Tindakan :  Tolak dengan penumbuk kearah dinding
Tahan 10 saat8-10 kali ulangan

Sumber: Unit Fisioterapi Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu

Senaman bila anduh telah dibuka sepenuhnya.
Untuk mengembalikan sepenuhnya pergerakan bahu

 senaman menguatkan otot-otot bahu 5 copy - F
  1. Posisi       :  Baring terlentang
  2. Tindakan :  Bawa tangan yang sakit dengan bantuan tangan yang tidak sakit ke arah kepala. 8-10 kali ulangan

 

 senaman menguatkan otot-otot bahu 6 copy -F  senaman menguatkan otot-otot bahu 7 copy -F
  1. Posisi :   Berdiri menghadap dinding
  2. Tindakan :  Gerakkan jari anda keatas untuk mencapai aras setinggi yang boleh. 8-10 kali ulangan.
  1. Posisi      :   Berdiri dengan bahu yang sakit hampir dengan dinding.
  2. Tindakan :   Gerakkan jari anda keatas untuk  mencapai aras setinggi yang boleh. 8-10 kali ulangan.

Sumber: Unit Fisioterapi Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu

Nasihat

  • Elak tidur dengan meletak tangan di bawah kepala.
  • Elak mengangkat beban berat menggunakan tangan yang sakit.
  • Elak melakukan pergerakan kombinasi putara luar (external rotation) dan abduction yang melampau.
  • Jangan tolak dengan tangan yang sakit semasa bangun dari kerusi.

Intervention lain bagi dislokasi sendi bahu

Ini termasuk pemeriksaan lanjut dengan ultrasound, CT Scan atau MRI, ubat-ubatan, suntikan corticosteroid. Kadang-kadang pesakit memerlukan pembedahan untuk membaikki tisu penghubung yang terkoyak atau untuk membetulkan kecacatan lain berkaitan dengan dislokasi sendi bahu seperti tulang patah.

Sumber rujukan

  1. John Miller (2015) Dislocated Shoulder: What is a dislocated shoulder http://www.pysioworks.com/.au/injuries-conditions/shoulder dislocation
  2. Bret Sears (2014) Physical therapy after a shoulder dislocation http://www.physiotherapy.about.com
  3. L. Edward Seade (2014) Shoulder Dislocation treatment and management. http://www.emedicine.medscape.com
  4. Jonathan Cluett (2013) Shoulder Dislocation  http://orthopedics.about.com
  5. Haley Stevenson, Sherin Mathew (2011) Shoulder Dislocation http://www.pysio-pedia.com/shoulder dislocation

Source image

  1. (2014) http://orthopedics.about.com/ Retrieved August 17,2015
  2. (2015) Unit Fisioterapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Retrieved August 20, 2015.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Halimah binti Hashim
Akreditor : Daaljit Singh Harbachan Singh
Penyemak : Halimah binti Hashim

Artikel Berkaitan

Berjalan

Berjalan adalah senaman yang paling mudah, percuma dan sesuai untuk sesiapa sahaja tak kira tahap kecergasan yang sedia ada dan ia mampu memberi manfaat yang hebat.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,099

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia