Apa itu rogol?
- Rogol merupakan satu jenayah.
- Ia berlaku apabila seseorang dipaksa melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya (penis di masukkan kedalam vagina atau dubur mangsa tanpa mengira peringkat umur).
- Rogol boleh berlaku secara paksaan, ugutan atau pujuk rayu.
- Wanita dan kanak-kanak sering menjadi mangsa rogol.
- Wanita sering terperangkap apabila :
- Tidak memahami implikasi hubungan seks
- Terpedaya dengan rawatan bomoh yang menggunakan seks sebagai rawatan
- Di bawah pengaruh dadah dan alkohol
- Terpedaya dengan pujukan lelaki yang dikenali/tidak dikenali untuk aktiviti sosial
Apa itu “date rape”?
- Perogol dan si mangsa mengenali di antara satu sama lain
- Rogol berlaku semasa pasangan semasa keluar bersama (dating)
Apa itu “statutory rape”?
Ia adalah :
- Hubungan seks dengan gadis di bawah umur 16 tahun walaupun dengan kebenaran gadis tersebut
- Ini kerana gadis di bawah umur 16 tahun tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang
Apakah jenayah seksual lain selain rogol?
Gangguan seksual adalah :
- Kelakuan seksual berbentuk fizikal atau lisan yang tidak dikehendaki. Contohnya :
- Boleh berlaku secara tidak ketara (seperti pandangan mengoda) atau secara terang-terangan (seperti meraba).
- Ia mengganggu prestasi pembelajaran atau pekerjaan seseorang.
- Mewujudkan satu suasana tegang atau menakutkan.
Ia meliputi :
- Berulang-kali mengajak untuk temujanji yang tidak diingini
- Jenaka atau kata-kata berunsur seksual/lucah
- Menepuk, menyentuh atau lain-lain sentuhan badan yang tidak dikehendaki seperti cabul
- Pernyataan buruk tentang tubuh badan seseorang, pakaian mahupun kelakuan seseorang yang berunsurkan seks
- Ancaman fizikal
Apakah yang PATUT dilakukan sekiranya anda dirogol?
Perkara pertama yang MESTI anda lakukan :
- Jangan salah diri anda .Ia bukannya salah anda.
- Pergi ke tempat selamat . Beritahu orang yang dipercayai.
- Lakukan pemeriksaan perubatan secepat mungkin. Sebaik-baiknya pada hari yang sama atau dalam tempoh 3 hari.
- Pemeriksaan SEGERA oleh doktor penting untuk mendapatkan bukti yang kukuh terhadap perogol.
- Dapatkan bantuan profesional untuk menangani perasaan, keselamatan dan kesihatan anda.
Apakah yang TIDAK PATUT dilakukan sekiranya anda dirogol?
Pemeriksaan segera oleh doktor amat penting bagi mendapatkan bukti yang kukuh terhadap perogol :
- Jangan tunggu lebih dari 48 jam sebelum berjumpa doktor/polis.
- Jangan mandi sebelum pemeriksaan doktor.
- Jangan tukar pakaian.
- Jangan menggosok gigi.
- Jangan makan atau minum (seandainya anda telah diberi dadah).
- Jangan pergi seorang diri. Sebolehnya pergi bersama dengan orang yang dipercayai untuk pemeriksaan doktor/polis.
Mengapa pemeriksaan perubatan penting?
- Penting untuk mengenalpasti sebarang kecederaan luaran, jangkitan, kehamilan yang tidak dirancang atau mengalami masalah gangguan emosi.
- Bahan bukti dari segi perubatan adalah perlu bagi mendakwa perogol.
Apakah yang berlaku semasa pemeriksaan perubatan?
Pemeriksaan oleh pegawai perubatan profesional penting untuk :
- Kaunselor atau pekerja sosial yang terlatih akan berbincang dan mendengar masalah anda.
- Mengenalpasti sebarang kecederaan atau kemungkinan jangkitan penyakit kelamin(STI ‘s).Ini melibatkan pengambilan darah, air liur dan cecair vagina mangsa. Spesimen rambut, kulit dan cecair dari badan perogol juga akan dicari.
- Pemeriksaan juga dilakukan bagi mengenalpasti apa-apa kecederaan.
- Air kencing dan darah anda turut diperiksa jika disyaki anda telah diberi dadah.
Rawatan apa yang anda perlukan?
Anda perlu dicegah dari mengandung . Doktor mungkin mengambil langkah-langkah berikut :
- Beri ubat atau pil hormon untuk dimakan serta-merta dan diulangi lagi 2 biji pil selepas 12 jam kemudian.
- Pil ini boleh menyebabkan anda merasa loya dan payu dara merasa sakit.
- Rawatan ini dapat mengurangkan risiko kehamilan sebanyak 60 – 90%, bergantung kepada berapa awal anda mengambil rawatan ini.
- Risiko mendapat penyakit seksual (STIs) semasa dirogol adalah 5 – 10%. Doktor boleh memberi ubat untuk mencegah beberapa jenis penyakit kelamin.
- Anda mungkin perlu suntikan vaksin hepatitis B sekiranya anda belum pernah mendapat suntikan vaksinasi hepatitis B sebelum ini.
- Peluang anda mendapat jangkitan HIV selepas dirogol adalah 1%.
- Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil pil anti-virus selama 4 minggu untuk mengelak jangkitan.
Adakah anda bersalah sekiranya dirogol?
- Anda tidak bersalah.
- Sesiapa pun tidak berhak memaksa anda melakukan hubungan seks.
- Perogol mungkin membuat anda berasa bersalah dengan menyatakan “anda yang memintanya” atau “anda yang mahukannya “.
- Pakaian, percakapan atau perlakuan anda bukanlah satu sebab untuk anda dirogol. Adalah penting untuk anda melindungi diri anda.
- Jangan lindungi perogol walaupun anda mengenali.
- Anda akan merasai pelbagai :
- Jenis emosi – Malu, takut, marah, terhina atau keliru.
- Masalah fizikal – sakit kepala, tidak ada selera makan, susah menumpukan perhatian, susah tidur, sering mengalami mimpi ngeri atau imbas kenang (flash back).
- Kebanyakan mangsa rogol berdiam diri kerana takut ia akan membawa kenangan buruk.
- Walau bagaimanapun bercakap mengenai rogol dalam suasana selamat dengan bantuan pihak profesional adalah cara terbaik untuk memastikan anda benar-benar sembuh.
- Setiap mangsa rogol menangani perasaan mereka dengan cara berbeza.
- Terdapat banyak tempat untuk anda mendapatkan bantuan. Dapatkan bantuan secepat mungkin supaya anda boleh melupakan kejadian tersebut dan merasa tenang.
Apakah yang akan berlaku kepada perogol?
Perogol boleh dihukum menurut undang-undang/pekeliling berikut :
- Undang-undang (Kanun Tatacara Jenayah Seksyen 375 dan 376) :
- Perogol boleh di hukum minimum 5 tahun penjara dan maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.
- Pekelililing Perkhidmatan Awam Bilangan 22 Tahun 2005 (Mengurus Gangguan Seksual Di Tempat Kerja) :
- Boleh dirujuk sekiranya rogol berlaku di tempat kerja.
- Seseorang penjawat awam tertakluk kepada hukuman tatatertib yang berkaitan dengannya.
Apakah kumpulan sokongan yang ada di Malaysia?
- Woman’s Aid Organisation. Email : wao@po.jaring.my.
- Women’s Centre for Change, (WCC) Penang. Email: wcc@wccpenang.org.
- All Women’s Action Society (AWAM). Email : awam@po.jaring.my.
- Sisters in Islam. Email : sistersinislam@pd.jaring.my.
- Jabatan Kebajikan Masyarakat : www.jkm.gov.my
- Terdapat di setiap hospital – Hospital One Stop Crisis Centre (OSCC) – Tel : 03-2616425/03-26156426.
- Perkhidmatan Kaunseling Organisasi di jabatan-jabatan kerajaan contoh di Kementerian Pelajaran Malaysia – Tel 03-88846000
Semakan Akhir | : | 27 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Hargeet Kaur Basant Singh |
Penyemak | : | Datin Dr. Hjh. Zil Falillah bt. Hj. Mohd. Said |