Sawan demam adalah sawan yang disebabkan oleh demam panas di kalangan bayi atau kanak-kanak yang normal. Ianya sering berlaku kepada bayi atau kanak–kanak yang berumur kurang daripada 6 tahun. Sekiranya anak anda terkena sawan… JANGAN PANIK! Dapatkan bantuan. Anda juga perlu ingat supaya TIDAK MEMASUKKAN APA-APA OBJEK KEDALAM MULUT ANAK ANDA! Apa yang anda boleh lakukan adalah baringkan anak secara mengiring bagi mengelakkan cecair dari mulut dan tekak masuk ke dalam paru–paru. Pastikan juga kawasan sekeliling anak anda adalah selamat dari bahan–bahan merbahaya seperti pisau dan gunting. Setelah sawan reda, bawa anak anda ke klinik dengan segera agar langkah seterusnya dapat diambil. Seorang bayi atau kanak-kanak yang diserang sawan selalunya akan mengalami gejala yang berikut:
Untuk mengelakkan berlakunya sawan kepada anak yang sedang mengalami demam panas, anda boleh memberi ubat seperti paracetamol untuk menurunkan suhu badan. |
|
---|