Apakah kaitan dadah dengan memandu kenderaan?
- Bahaya memandu di bawah pengaruh dadah adalah sama seperti memandu di bawah pengaruh alkohol.
- Dadah tersebut mungkin mengubah fungsi otak, di mana ia mempengaruhi kawalan kedudukan tubuh dan pergerakan badan. Tahap kerosakan adalah berbeza bagi setiap individu.
- Kerosakan ini memberi kesan terhadap keupayaan anda untuk mentafsir apa yang anda lihat dan menyebabkan masa untuk bertindak balas menjadi lambat.
Apakah jenis dadah rekreasi?
Dadah rekreasi adalah dadah yang diambil secara tidak sah bagi tujuan keseronokan (contoh: pil ecstacy).
Terdapat juga sesetengah ubat-ubatan yang digunakan untuk rawatan disalahgunakan bagi tujuan keseronokan, dan boleh memberikan kesan buruk kepada pemandu.
Jenis-jenis dadah rekreasi yang kerap digunakan adalah:
Dadah-dadah
|
Contoh-contoh
|
---|---|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apakah kemungkinan kesan-kesan dadah jenis ini?
|
Apakah sebab-sebab yang mempercepatkan kesan-kesan dadah ini?
- Mengambil minuman beralkohol bersama dadah
- Mengambil dua atau lebih jenis dadah yang memberi kesan yang sama semasa memandu
- Mengambil jenis dadah yang baru
- Mengambil dadah secara berlebihan
- Masalah kesihatan sedia ada seperti epilepsi (kekejangan), tekanan darah tinggi dan kencing manis
- Kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah keluarga, kesihatan, pendapatan dan akademik
Apakah akibat mengambil drug semasa memandu?
Seseorang yang memandu dibawah pengaruh drug atau dadah rekreasi akan menghadapi risiko berikut:
- Kemalangan yang boleh menyebabkan kecacatan pada seseorang, hilang upaya atau kematian.
- Kerosakan hartabenda (contoh. kenderaan, infrastruktur jalan, alam semulajadi seperti pokok-pokok)
- Disabitkan sebagai pesalah jenayah yang membawa kepada denda dan hukuman penjara.
- Digantung daripada memandu, sama ada sementara atau kekal
- Perasaan bersalah dan trauma sepanjang hayat
- Beban kepada keluarga dan masyarakat dengan kes-kes mahkamah, rehabilitasi, hilang punca pendapatan, kesihatan dan isu sosial.
Bagaimanakah anda mengelak dari kecuaian ini?
- Jauhi dadah tanpa preskripsi yang sah terutama dadah jenis rekreasi dan yang menyalahi undang-undang.
- Dapatkan nasihat doktor sekiranya menghadapi masalah kesihatan.
- Awasi tanda-tanda dan gejala yang berkaitan dengan pengambilan dadah yang berlebihan.
- Pastikan kesihatan dalam keadaan baik sebelum memandu; jangan memandu jika masih dibawah pengaruh dadah
Semakan Akhir | : | 23 April 2014 |
Penulis | : | Ainul Salhani bt. Abd Rahman |
Siti Nurul Fathihah bt. Baharudin | ||
Hazlin bt. Othman | ||
Penyemak | : | Atika Mahfuza bt. Mahbub |