A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Panduan Kepada Penjaga (Pesakit Warga Emas)

Anak-anak mempunyai tanggungjawab dalam memastikan kesihatan ibu bapa mereka terutamanya yang telah uzur dijaga dengan baik. Ibu bapa yang masih aktif dan mampu menguruskan diri, juga masih memerlukan bantuan untuk mengambil ubat-ubatan secara selamat dan betul.

Semakin meningkat usia, kemungkinan untuk seseorang terdedah kepada masalah kesihatan yang memerlukan ubat-ubatan adalah tinggi. Bagaimana dengan ibu bapa anda? Adakah mereka mengambil satu atau lebih jenis ubat? Kebanyakan ibu bapa yang telah tua mengambil ubat-ubatan untuk tujuan merawat atau mengawal penyakit dan terdapat juga mengambil ubat tambahan untuk kekal sihat Umumnya, kebanyakan ibu bapa yang tua memerlukan ubat-ubatan yang pelbagai berbanding golongan umur yang lain, ini menyebabkan mereka mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapat kesan buruk terhadap ubat-ubatan yang diambil.

Anak-anak mempunyai tanggungjawab dalam memastikan kesihatan ibu bapa mereka terutamanya yang telah uzur dijaga dengan baik. Ibu bapa yang masih aktif dan mampu menguruskan diri, juga masih memerlukan bantuan untuk mengambil ubat-ubatan secara selamat dan betul.

Sekiranya ibu bapa anda tinggal bersendirian dan tidak tinggal bersama anda, luangkan sedikit masa untuk memastikan mereka mengambil ubat yang betul supaya dapat meneruskan hidup berdikari.

Bincang dengan ibu bapa anda tentang ubat-ubatan mereka. Ambil tahu:

  • Apakah ubat yang diambil dan tujuan pengambilan ubat tersebut.
  • Berapa kerap ubat berkenaan perlu diambil dan bagaimana cara pengambilannya?
  • Apakah pendapat ibu bapa anda tentang keberkesanan ubat yang diambil, contohnya, adakah ia mengurangkan penyakit yang dihadapi.
  • Adakah mereka mengalami masalah seperti kerap terjatuh, pening, mengantuk atau kurang selera makan sejak mengambil ubat.
  • Sekiranya mereka mempunyai masalah mengambil ubat, seperti terlupa dos, sukar mengenal pasti ubat contohnya, perbezaan bentuk ubat, atau mengalami kesan sampingan ubat yang kurang menyenangkan.
  • Sekiranya mereka merasakan telah mendapat maklumat dan arahan yang mencukupi berkenaan cara pengambilan ubat.

Sekiranya ibu bapa anda mempunyai masalah penglihatan atau bermasalah membaca label ubat, bincang dengan ahli farmasi. Penggunaan kod warna pada botol ubat dan kod warna yang sama pada carta arahan pengambilan ubat boleh membantu warga emas. Sarankan juga kepada mereka supaya meminta ahli farmasi melabel ubat dengan cetakan tulisan yang lebih besar.

Bantu Ibu bapa Menyelesaikan Kemusykilan

Galakkan ibu bapa anda untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi untuk mendapatkan sebarang maklumat yang diperlukan dan maklumkan kepada doktor berkenaan ubat-ubatan yang telah diambil. Maklumkan kepada ibu bapa bahawa doktor dan ahli farmasi bersedia memberikan maklumat yang diperlukan.

Perhatikan sebarang kesan sampingan atau kesan buruk

Pada usia emas, mungkin berlaku kekeliruan di dalam membezakan di antara kesan sampingan yang tidak diingini dengan kesan penuaan. Perhatikan dan bincang dengan doktor atau ahli farmasi kemungkinan kesan-kesan berikut berlaku akibat ubat-ubatan.

  • Keresahan dan kebimbangan
  • Kekeliruan dan hilang daya ingatan
  • Kelesuan
  • Kurang nafsu seks
  • Kemurungan
  • Lemah
  • Pitam atau pengsan
Semakan Akhir : 23 April 2014
Penulis : Rosidah bt. Md.Din
  : Siti Nurul Fathihah bt. Baharudin
Akreditor : Che Pun bt. Bujang
Penyemak : Nor Aida bt. Sanusi

 

Artikel Berkaitan

Foot patch

Pengenalan Foot patch adalah satu produk yang digunakan dengan cara

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,490,205

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia