A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Delirium / Meracau

Pengenalan

‘Delirium’ adalah satu gejala kekeliruan dan kebingungan orientasi yang berlaku secara tiba-tiba atau akut (dalam jangka masa beberapa jam atau hari). ‘Delirium’ atau kekeliruan yang akut, bukanlah sejenis penyakit. Malah ia adalah satu sindrom klinikal (berciri oleh beberapa jenis gejala-gejala) yang berlaku akibat proses penyakit.

‘Delirium’ ini kerap berlaku di kalangan pesakit dalam hospital, melingkungi 10-20% pesakit di wad perubatan dan pembedahan. Kadar kekerapan berlakunya ‘delirium’ di kalangan pesakit warga emas meningkat lebih tinggi, menjangkau 30-40%. Kadar di kalangan kanak-kanak juga tinggi.

Ada banyak sebab-sebab ‘delirium’ berlaku, termasuk penyakit fizikal yang teruk, penyakit yang berlaku secara langsung atau tidak langsung ( contohnya; jangkitan, kecederaan, keracunan, dan sebagainya); atau boleh di sebabkan dadah dan alkohol. Di kalangan warga emas, penyebab yang paling kerap adalah jangkitan saluran kencing.

Tanda-tanda dan gejala

‘Delirium’, mungkin di kelirukan dengan penyakit mental yang lain seperti dimensia, penyakit kemurungan dan penyakit psikosis.

Tanda-tanda yang utama ‘delirium’ adalah:

  • Rasa mengantuk/ ingatan melayang di mana paras kesedaran yang berubah-ubah.
  • Keliru terhadap masa, tempat dan orang.
  • Hilang tumpuan
  • Sukar mengingati peristiwa yang baru berlaku

Tanda-tanda lain termasuk perubahan tingkah laku seperti menjadi resah dan ganas; tanda-tanda psikotik termasuk halusinasi dan delusi (kepercayaan yang pelik dan tidak munasabah); perubahan emosi dan juga gangguan tidur. ‘Delirium’di kalangan warga emas, mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih.

Komplikasi

Kebanyakan daripada pesakit yang mengalami delirium pulih sepenuhnya. Walau bagaimanapun kadar untuk pulih di kalangan warga emas berbeza, dari 4 hingga 40%, dan masalah ingatan mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih. ‘Delirium’ boleh menyebabkan seseorang berada di hospital pada masa yang lebih, dan boleh meningkatkan risiko kematian.

Rawatan

Oleh kerana ‘delirium’ adalah satu masalah yang serius, adalah baik sekiranya pesakit dimasukkan ke hospital. Perawat perlulah lebih peka kepada tanda-tanda delirium terutamanya di kalangan warga emas. Kenal pasti dan rawat punca ‘delirium’ secepat mungkin.

Rawatan sokongan termasuk membantu pesakit mengorientasikan diri mereka kepada persekitaran, memberi arahan seringkas yang mungkin, dan sebagainya. Strategi-strategi lain termasuk memberi pembelajaran kepada ahli keluarga tentang keadaan pesakit serta menggalakkan mereka supaya menemani pesakit semasa dalam wad.

Kadang-kadang rawatan ubatan perlu digunakan untuk mengawal masalah psikotik dan tingkah laku.

Faktor-faktor risiko

  • Faktor-faktor individu termasuk umur, penurunan kognitif [cognitive deficit], penyakit lain yang berlaku pada masa yang sama [ko-morbid] dan episod-episod ‘delirium’ yang lepas.
  • Faktor-faktor bersabit prosedur semasa pembedahan.
  • Penyakit-penyakit lain seperti kelecuran akibat kebakaran, AIDS, jangkitan lain, perubahan metabolik dan sebagainya.
  • Faktor-faktor berkait dengan ubatan termasuk ketagihan dadah dan alkohol.
  • Faktor-faktor sekitar termasuk stres, pengasingan sosial, kerosakan deria dan kelumpuhan yang berpanjangan dan sebagainya.

Rehabilitasi

Setelah keluar dari hospital, pesakit mungkin memerlukan penilaian yang berterusan, dan juga perawatan dari segi defisit kognitif dan fungsi harian. Kebiasaannya ia di dalam bentuk rawatan cara kerja dan fisioterapi yang berterusan.

Semakan Akhir : 19 April 2012
Penulis : Dr. Suraya binti Yusoff
Penyemak : Dr. Hamdan Bin Buyong @ Abd Rahman

 

Artikel Berkaitan

Susu Ibu

Soalan 1 Bagaimana mengatasi masalah pemberian susu ibu di bulan

Radang Tonsil

R Radang TonsilRawatan Jambatan Rawatan Karies Gigi Rawatan Penskaleran Rawatan

WARNA DAN PSIKOLOGI

Warna dianggap sebagai bahasa global atau universal.  Selain daripada itu, warna juga seringkali dijadikan simbol penyatuan kaum ataupun ideologi. Setiap manusia mempunyai warna personaliti yang unik

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,140

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia