A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Remaja Sihat

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/video/remaja/Remaja_Sihat/Remaja_Sihat.flv[/flv]

Download:

 

Transkipsi

Pelajar yang cemerlang akan mengatur aktiviti harian supaya seimbang antara keperluan , jasmani,emosi,rohani, intelek dan sosial.

Aspek Pengurusan masa amat penting untuk pelajar  supaya lebih produktif dan bertanggungjawab.
Buat jadual dengan menyenaraikan aktiviti yang perlu dilakukan setiap minggu termasuklah mengulangkaji mata pelajaran sekolah dan aktiviti ko-kurikulum

Kemudian perlicinkan jadual  bermula  bangun dari tidur sehinnga masa di perlukan untuk  bersiap ke sekolah ,
Ini termasuk beribadah , dan bersarapan 

Semasa di sekolah  jika perlu menyiapkan  kerja sekolah  tetapkan had masa untuk menyiapkan kerja tersebut
Selain daripada itu maanfaat kan hubungan  dengan rakan-rakan untuk berbincang mengenai pelajaran dan kehidupan

Dialog Pelajar 1: Ada aku tak faham ini apa yang cikgu ajar ni
Dialog pelajar 2: tajuk apa?
Dialog Pelajar 1: Tajuk Mirco Komputer ,ko tahu tak?

Belajar secara bekumpulan memang seronok ,tapi perlu ingat jangan leka dan lalai dengan berborak hingga  lupa tujuan utama untuk belajar

Dialog Pelajar 1: Man ini kan perpustakaan ,kita mana boleh buat bising ,aku pun banyak kerja ini
Dialog pelajar 2: betul juga cakap engkau itu
Setelah pulang dari sekolah, atur jadual aktiviti mengikut keutamaan.  Contohnya: Menyiapkan kerja sekolah dan bersenam adalah keutamaan
Sebenarnya aktiviti aktivti riadah di sebelah petang dapat menghilang rasa stress serta meningkatkan kecergasan fizikal dan mental

Dapatkan rehat yang cukup setelah melakukan senaman.

Setelah membersihkan diri,tunaikan ibadah, dan luangkan masa untuk makan malam bersama keluarga. ia membolehkan kita berkumpul dan berinteraksi satu sama lain .

Dialog Bapa Pelajar   : Macam mana sekolah tadi man ?
Dialog pelajar           : Sekolah ok abah , bulan depan nak periksa  ,Minggu ini banyak cikgu buat ulang kaji kat kelas

Walaupun tiada kerja sekolah lakukan ulangkaji mengikut mata pelajaran yang telah ditetapkan

Dialog Pelajar  India : Mak ,minta maaf ,saya sedang baca ,boleh tolong perlahankan tv

Kadang kala tumpuan pada pelajaran boleh terjejas  oleh gangguan persekitaran seperti ingin menonton tv ,bermain komputer dan ajakan kawan-kawan untuk berhibur

Jangan pula perkara seumpama ini menganggu minat dan tumpuan untuk belajar ,berbincang dengan ahli keluarga
Jika anda mempunyai sebarang masalah
DIALOG PERTAMA
Dialog Bapa : Ada apa-apa bagi tahu abah
Dialog Pelajar  : Ye lah abah Selama ini man tak pernah bagi tahu abah
Dialog bapa: Klau disimpan tak selesai-selesai masalah susah nanti

DIALOG KEDUA
Dialog Pelajar : Mak ,hari jadi saya tahun ni,boleh tak kita rayakan secara besar-besaran ?
Dialog Ibu : Boleh ,kita tanya semua ahli keluarga ,kemudian kita buat lah
Dialog pelajar : terima kasih mak

Pastikan anda mempunyai masa tidur sekurang-kurangnya 8 jam supaya kekal cergas untuk hari esok.

Pengurusan masa yang baik yang bail harus dilakukan melalui jadual masa yang terurus di samping itu ia memberi peluang untuk merancang aktiviti lain yang boleh di lakukan

Remaja bijak dan berwawasan dapat menguruskan kehidupan dengan yang baik secara terancang untuk mencapai kejayaan

R

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,520,219

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia