A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Penderaan Seksual Remaja

Aini telah datang ke klinik sendirian mengadu mengalami kegatalan pada kemaluan dan lelehan kekuningan semenjak sebulan lalu. Doktor Linda yang memeriksa mendapati  Aini mengidap penyakit kelamin. Aini baru berumur 14 tahun dan doktor Linda mula bertanya tentang apa yang telah berlaku. Akhirnya dalam tangisan Aini mengadu yang dia telah di dera secara seksual oleh bapanya sendiri semenjak 6 bulan yang lalu. Aini  takut untuk memberitahu ibunya kerana khuatir dia akan dipersalahkan atau ibu bapanya akan berpisah. Aini berasa sangat sedih dan terperangkap tetapi tidak tahu apa perlu dlakukan.

Ini adalah senario yang tidak asing di mana penderaan seksual dilakukan terhadap remaja. Remaja mungkin mengatakan perkara ini tidak ada kena mengena dengan mereka dan ianya tidak mungkin akan berlaku. Disebabkan sikap beginilah ianya berlaku dan ianya berlaku tatkala remaja lansung tidak menjangka ianya akan berlaku. Jika bukan untuk diri sendiri pengetahuan ini boleh sahaja digunakan bagi membantu orang di sekelling mereka.


Sumber: http://torontoist.com/attachments/toronto_jenr/16_6_2007sadteddy.jpg

Apa itu penderaan

Penderaan  adalah satu pencabulan atau pelanggaran hak kamu sebagai  remaja untuk terus membesar dan berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah. Disamping itu ia mengakibatkan remaja menjadi lebih berisiko dalam kehidupan  seterusnya. Penderaan ini mungkin berlaku secara fizikal, emosi atau seksual.

Penderaan fizikal ialah apabila sesaorang itu dicederakan secara fizikal. Kecedeaan yang dialami boleh dilihat dengan jelas di mana mana bahagian anggota badan. Selalunya ianya adalah akibat dipukul oleh benda keras atau senjata.


Sumber: http://i.ytimg.com/vi/CJzbDn58eTA/0.jpg

Penderaan emosi pula adalah sesuatu perbuatan termasuk memulau, mengasingkan, humiliasi, serangan cara lisan dan sebagainya sehingga menyebabkan sesaorang remaja itu berasa tiada identiti, jati diri dan harga diri. Mangsa penderaan emosi selalunya mempunyai harga diri yang rendah.

Penderaan seksual ialah gangguan terhadap remaja dengan niat untuk mendapat kepuasan seksual. Ianya tidak hanya terhad kepada melakukan aktiviti seks tetapi melibatkan perbuatan seperti meraba dan percakapan.

Siapa yang selalunya melakukan penderaan ini?

Kita selalu membayangkan orang yang melakukan penderaan seksual ini adalah saorang asing yang secara tiba tiba muncul dari dalam semak atau menceroboh masuk kedalam rumah dan melakukannya. Sebenarnya pendera seksual itu boleh juga dari kalangan sesiapa sahaja termasuk orang yang dikenali oleh remaja. Kerap kali juga penderaan seksual ini dilakukan oleh ahli keluarga sendiri. Oleh kerana itulah ianya sering berlaku apabila ianya tidak dijangka.

Kenapa penderaan berlaku

Seorang yang melakukan penderaan selalunya mempunyai masalah menguruskan emosinya. Dia mungkin mempunyai masalah kesedihan yang melampau, kekecewaan yang teruk atau kemarahan yang tidak dapat di kawal.  Tanpa pengurusan yang baik pendera melepaskan kemarahan dan kekecewaan dengan melakukan penderaan kepada orang lain. Selalunya remaja lelaki menjadi mangsa penderaan fizikal mungkin kerana sebagai lelaki mereka dianggap lebih kuat bertahan dari remaja perempuan. Seorang pendera seksual juga mungkin seorang yang pernah menjadi mangsa dera.
Penderaan seksual juga mungkin berlaku apabila pendera  tersebut teransang daripada menonton video atau gambar lucah.

Apakah yang akan terjadi pada mangsa dera?

Remaja yang telah didera mungkin berasa sangat sedih, murung dan merasakan masa depan mereka sangat gelap. Tanpa bimbingan dan sokongan yang kuat remaja mungkn mengambil tindakan mencederakan dirisendiri. Kemurungan ini mungkin akan menganggu polar tidur remaja dan tabiat pemakanan mereka.

 Sesetengah remaja pula mungkin memendamkan rasa sedih, kecewa marah dan geram ini dan  mempamirkan tingkahlaku yang agresif. Ada yang mula bertingkahlaku agresif terhadap haiwan, sering terlibat dalam pergaduhan di sekolah mahu pun di rumah.

Walaubagaimana pun sesetengah remaja berubah menjadi seorang yang pendiam dan suka bersendiri. Mereka juga mungkin menghadapi gangguan dalam pembelajaran dan tidak dapat menumpukan perhatian.


Sumber: http://wac.450f.edgecastcdn.net/Something-Terrible-4.jpg


Sumber: http://i1.tribune.com.pk/529740-cartoon-1364881042-724-640×480.JPG

Remaja perempuan yang didera secara seksual mungkin hamil atau menghidap jangkitan kelamin. Remaja yang gagal mendapatkan pertolongan mungkin berakhir dengan mencederakan diri sendiri. Remaja lelaki yang didera secara seksual lebih kerap terlibat dengan jenayah dan penyalahgunaan substans.

Remaja yang didera mungkn menghadapi masalah menjalin persahabat baru dan sukar ntuk mempercayai orang lain terutama orang dewasa. Kesan kesan ini adalah lebih ketara jika penderaan yang di alami adalah oleh ahli keluarga sendiri.

Apa yang boleh dilakukan oleh seorang remaja yang telah di dera?

  • Yang paling penting, JANGAN SALAHKAN DIRI SENDIRI. Anda tidak bersalah

  • Cari orang dewasa yang anda boleh percayai seperti guru, ibu bapa( jika mereka bukan pendera), atau saudara rapat dan ceritakan  masaalah ini. Jika anda berdiam perkara ini akan berterusan dan menjadi lebih teruk.

  • Hubungi talian Nur 15999. Anda bole mengadu dan mendapatkan pertolongan dari perkhidmatan ini.

  • Klinik kesihatan berdekatan dengan anda juga mempunyai perkhidmatan kesihatan remaja. Malah anda boleh mengadukan masalah anda kepada mana mana pegawai perubatan di klinik tersebut yang akan membantu anda mendapatkan pertolongan lanjut.

  • Hubungi polis

 Bagaimana mengelakkan penderaan seksual ini dari berlaku ?

Seorang remaja yang telah menjangkau umur 10 tahun di nasihatkan supaya tidur bersingan dari kedua ibu bapa. Malahan adik beradik lelaki dan perempuan juga dinasihatkan tidak tidur didalam bilik yang sama.

Pakai pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata walaupun didalam rumah sendiri. Remaja mungkin tidak sedar pakaian merka mungkn meransang ahli keluarga mereka sendiri terutama jika mereka di bawah tekanan dan di bawah pengaruh substans.

Elakkan menerima minuman atau makanan dari orang yang baru dikenali. Ia mungkn telah di cemari dadah yang akan menyebabkan anda khayal dan tidak boleh melawan.
Selalu keluar dalam kumpulan. Elakkan bersendirian dengan lelaki walaupun anda telah lama mengenali mereka. Jangan menumpang kenderaan orang yang tidak atau baru dkenali.

Pastikan jika anda bersama rakan dalam kumpulan, tidak ada pengunaan alkohol atau substans lain. Keputusan yang dibuat dibawah pengaruh substans sering keputusan yang  tidak rasional.

Jadilah remaja yang mempunya pengetahuan agama dan moral yang bagus dan mengamalkan nilai nailai agama dan moral tersebut.

Sebagai remaja, lengkapkan diri anda dengan ilmu dan seringlah bertanya dengan orang yang lebih tua dan matang jika anda mempunyai masalah. Ilmu yang anda dapat ini mungkin akan menyelamatan anda dari penyesalan seumur hidup

Rujuk portal myhealth bahagian penyakit jangkitan kelamin, kontraseptif (kontraseptif kecemasan) dan stress di dalam rangkaian ini.

Last Reviewed : 9 December 2014
Writer : Dr. Salmah bte. Nordin
Accreditor : Dr. Nik Rubiah bte. Nik Abdul Rashid

 

Artikel Berkaitan

Penjagaan Kaki

Fungsi penting kaki ialah untuk menampung berat badan. Kaki yang tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan banyak masalah. Masalah kaki akan mempengaruhi gaya berjalan dan imej diri seseorang

Masalah Kulup Zakar

Kulup adalah kulit yang menutup hujung kepala zakar. Semasa lahir kulup akan melekat pada hujung zakar dan tidak boleh ditarik ke belakang atas zakar. Tetapi dalam tempoh 2 tahun berikut kulup akan berpisah perlahan-lahan dari kepala zakar dan seterusnya ia boleh ditarik dari atas bahagian kepala zakar.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,129

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia