A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mengata di Belakang Orang Lain/ Mengumpat

Samada anda sedar atau tidak, mengumpat itu adalah perkara yang pernah dilakukan oleh semua orang..

Pernahkah anda berasa bahawa anda diperkata dibelakang oleh kawan-kawan anda sendiri?

Ya?

Dan pernahkah pula anda sendiri mengatakan sesuatu yang buruk tentang kawan anda tanpa pengetahuan kawan anda itu?

Ya?

Mengata di Belakang Orang Lain

Jika kita ingat bagaimana perasaannya apabila kita diperkata dibelakang oleh kawan kita sendiri, kita juga tidak patut berbuat demikian.

Semua agama mengajar penganutnya supaya sentiasa menjaga tali persahabatan diantara sesama manusia dan tidak berkata buruk tentang rakannya.

Mari kita selami kisah ini untuk mengetahui apa yang mungkin boleh berlaku akibat perkara ini.

Sejak beberapa hari lalu, M merasa rakan2 nya tidak mahu bercakap dengannya. M cuba mendekati mereka tetapi tetap menerima layanan yang sama. .

Perkara ini berlanjutan sehingga beberapa minggu dan ini membuatkan dia berasa sedih dan keliru. Akhirnya, salah seorangrakannya S memberitau bahawa seorang kawan mereka bernama R telah menceritakan sesuatu yang tidak baik tentang dirinya. Ini menyebabkan kemarahan kepada kawan-kawannya yang lain terhadap dirinya, antas mereka membuat keputusan untuk memulaukannya.

M berasa sungguh sedih, marah dan renda diri, tambahan pula,perkara yang diperkatakan itu adalah tidak benar sama sekali. Beliau merasa tidak bersemangat untuk kesekolahlagi. Disebabkan itu pelajarannya terjejas dan dia tidak mendapat markah yang baik didalam peperiksaan akhir.

Semua orang akan merasa sedih apabila berdepan dengan situasi diatas.

TETAPI bagaimana anda menangani masalah ini boleh memberi kesan yang BERBEZA.

Jika anda menanganinya dengan negatif, anda mungkin akan berakhir dengan situasi sama seperti M. Tetapi jika anda bertindak dengan lebih bijak, anda boleh memenangi hati kawan-kawan anda semula dan kekal cemerlang didalam pelajaran anda.

Tips untuk menangani masalah apabila mengetahui ada orang mengata atau mengumpat di belakang kita.

  1. Anda boleh membuat keputusan untuk terus membaiki tali persahabatan dengan individu tersebut atau tidak.

Sekiranya anda tidak mahu meneruskan persahabatan dengan individu tersebut, anda hanya perlu diam dan teruskan kehidupan seperti biasa.

  1. Jika anda rasa ingin meneruskan persahabatan dengan rakan terbabit, ada baiknya anda bersemuka dan berbincang secara privasi dan bersifat jujur.
  1. Elakkan daripada menuduh rakan anda kerana ini boleh mengundang kemarahan dan menyukarkan anda berbincang secara baik.
  1. Jadi individu yang lebih baik. Bak kata pepatah “Things Happened for a Reason” atau “Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya”. Mungkin baik untuk muhasabah diri dan memperbaiki diri supaya kita lebih disenangi oleh rakan-rakan.
  1. Elakkan dari melakukan perkara yang sama (mengata di belakang / mengumpat).

Rujukan:

http://www.wikihow.com/Deal-With-Overhearing-Your-Friends-Backbiting-on-You

Mengata di Belakang Orang Lain2

Artikel Berkaitan

Buli Siber

Apakah buli siber? Buli siber adalah satu kejadian yang biasa

Buli Di Sekolah

Buli adalah perbuatan tingkah laku agresif  yang berulang bertujuan untuk menyakiti individu lain, dari segi fizikal, mental atau emosi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,493,386

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia