A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Psikologi Kaunseling
  6. /
  7. Umum
  8. /
  9. Lain-lain
  10. /
  11. Persediaan Persaraan Di Kalangan...

Persediaan Persaraan Di Kalangan Kakitangan Kerajaan

Definisi

Persediaan persaraan secara umumnya adalah perancangan seseorang untuk menghadapi kehidupan selepas gaji bekerja berakhir, bukan hanya simpanan tetapi hampir keseluruhan kehidupan. Aspek selain simpanan termasuklah pilihan gaya hidup, kaedah pembahagian masa setelah bersara,tempat tinggal dan masa untuk menyempurnakan dalam melepaskan kerjaya. Persediaan Persaraan dapat didefinisikan sebagai proses seseorang individu yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia membuat persediaan fizikal, mental dan intelek dalam menempuh alam persaraan contohnya seorang yang berjawatan Pegawai Psikologi yang akan melepaskan jawatan yang disandang demi kepentingan Jabatan sama ada bersara wajib atau sebab semasa contohnya penyakit dan ketidakupayaan.

Jenis persaraan terbahagi kepada : Jenis persaraan terbahagi kepada

  1. Persaraan Paksa di bawah Seksyen 10 Akta 227/239
  1. Persaraan di Atas Kehendak Kerajaan atau Menteri di  bawah Seksyen 11 Akta 227/239
  1. Persaraan Pilihan dibawah Seksyen 12 Akta 227/239
  1. Persaraan Kerana Penswastaan Agensi Kerajaan di bawah Seksyen 10/(5)(b),12 dan 12A/13 Akta 227/239
  1. Faedah Penamatan Perkhidmatan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980

Persediaan Emosi

Penjawat awam yang akan bersara dikategorikan kepada 3 situasi :

  1. Bersara wajib (umur maksimum) – Persaraan ini melibatkan penjawat awam yang telah mencapai umur persaraan wajib iaitu samada pada umur 56 tahun, 58 tahun atau 60 tahun. Emosi stabil (gembira akan terlepas daripada komitmen waktu pejabat) akan dirasakan kerana telah selesaikan baki hutang sedia ada seperti pinjaman rumah, mendapat sokongan pasangan dan anak-anak yang telah dewasa (tiada tanggungan) dan menanti akan diraikan keluarga atau Jabatan. Sekiranya penjawat awam itu sihat, mereka sudah mempunyai pelan kerjaya sendiri yang lebih fleksibel dan mengikut minat yang sudah lama diceburi seperti berniaga, pertanian, keagamaan dan kesenian. Penjawat awam ini kebanyakannya telah mencapai 5 kehendak manusia biasa seperti menurut Teori Keperluan Maslow iaitu keperluan fisiologi (makan,minum,seks), keselamatan, ingin disayangi, Penghargaan Kendiri dan “nirwana kendiri” (kesempurnaan hidup).
  1. Bersara hilang upaya – Persaraan jenis ini melibatkan penjawat awam yang terlibat dengan kemalangan yang tidak disangka, seringkali mengalami masalah emosi yang tidak stabil contohnya penyakit dan kemalangan hingga menyebabkan seorang penjawat awam itu tidak mampu bekerja seperti biasa. Emosi yang terhasil berkemungkinan bersifat negatif misalnya menyalahkan, menyesal, bimbang tanggungan keluarga, paranoid, impian tidak kesampaian dan tertekan.
  1. Bersara pilihan- Penjawat awam ini adalah kumpulan yang lebih proaktif dan sanggup menerima risiko kerana sanggup melepaskan jawatan yang disandang demi memilih kerjaya lain yang dirasakan lebih menepati kehendak diri. Kebanyakan mereka terdiri daripada penjawat awam telah berkhidmat lebih 10 tahun dalam sektor Kerajaan. Kerjaya yang sering mereka ceburi ialah perniagaan, pendidikan persendirian atau mungkin berhijrah ke luar negara.

Tips Persaraan

  1. Kekuatan spiritual – Kekuatan spiritual merupakan asas kepada kekuatan dalaman yang mengaitkan hubungan seorang manusia dengan Maha Pencipta atau disebut juga sebagai elemen kerohanian. Seorang bakal pesara perlu mempunyai kekuatan kerohanian/ spiritual yang mantap untuk melalui perubahan hidup yang dialami dengan tenang. Ini boleh dilaksanakan mengikut kepercayaan dan amalan agama masing-masing.

Kekuatan spiritual2. Penjagaan kesihatan adalah antara faktor utama kebahagiaan emosi seseorang bakal pesara kerajaan. Individu yang sihat ialah individu yang sihat emosi dan fizikal serta ada perancangan kewangan yang baik. Oleh yang demikian, sejak muda perlu ada perancangan penjagaan kesihatan yang baik supaya duit pencen tidak banyak dihabiskan untuk merawat penyakit sahaja.

Penjagaan kesihatan

3. Perlu ada pelan kerjaya pengganti untuk membantu meningkatkan kesihatan mental yang baik. Sepertimana pepatah Yuang mengatakan “manusia akan bermasalah apabila tiada kerja yang patut dibuat berbanding tiada wang mahu dibelanjakan”. Manusia yang berinteraksi dengan manusia yang lain akan semakin sihat kerana pelbagai kemahiran yang mereka akan peroleh berbanding duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa (bekerja). Namun begitu, kepada bakal pesara perlu mencari kerja atau hobi yang disukai untuk menjamin kesihatan mental dan kehidupan keluarga dengan lebih baik.Perlu ada pelan kerjaya pengganti

4. Sokongan keluarga terdekat – Keluarga adalah orang yang paling dekat dengan bakal pesara contohnya isteri, anak-anak dan cucu. Oleh yang demikian, kepada penjawat awam yang akan bersara perlu ada komunikasi dan interaksi yang baik serta banyak berbudi dalam keluarga. Sekiranya berlaku sebarang insiden atau kemalangan, keluarga merupakan orang yang pertama akan menghulurkan bantuan, tiada lagi rakan-rakan sekerja di sekeliling.

5. Ubah suai gaya hidup – Perkara ini merangkumi kaedah perbelanjaan, pembahagian masa, aktiviti/rutin yang lebih gembira dan mengurangkan tekanan mengikut kemampuan diri. Contohnya, selama 25 tahun seorang penjawat awam mengamalkan rutin bekerja selama 9 jam sehari iaitu dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Apabila sudah ketiadaan kerja yang rutin perlu dijana semula melalui kerjaya lain yang lebih santai, berbaloi dan bermanfaat untuk diri sesuai dengan faktor umur.

Rumusan

Setiap individu menginginkan 5 perkara dalam hidup mereka iaitu rasa disayangi, kuasa, kegembiraan, kebebasan dan survival. Oleh yang demikian kepada bakal pesara perlulah membuat persediaan awal dalam menempuh alam persaraan sama ada yang dirancang atau terpaksa bersara. Manusia yang baik adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Rumusan

Rujukan

  1. http://www.investopedia.com/terms/r/retirement-planning.asp
  2. http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=ms
  3. http://www.jpapencen.gov.my/dasar_baru.html
  4. http://www.jpapencen.gov.my/wajib.html
  5. http://www.telegraph.co.uk/finance/personalfinance/pensions/5296073/10-tips-for-a-happy-retirement.html

 

Semakan Akhir : 3 Februari 2016
Penulis : Siti Maimunah binti Ahmad Mudaker
Akreditor : Ruhana binti Mahmod

Artikel Berkaitan

CT FORENSIK

Apakah CT Forensik? Perubatan forensik merujuk kepada penggunaan perubatan dan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,141

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia