A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Penjagaan Mulut Di Hujung Hayat

Pengenalan

Di penghujung kehidupan, perkara yang amat penting untuk dititikberatkan ialah keselesaan, meredakan kesakitan dan mencegah jangkitan. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak sedar bahawa untuk mencapai objektif-objektif tersebut, penjagaan kesihatan mulut memainkan peranan yang penting. Ini terbukti terutamanya apabila seseorang yang mengidap penyakit lain yang dalam keadaan sangat aktif, progresif dan berada di peringkat yang lebih serius boleh mempengaruhi keadaan di dalam mulut. Di antara faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini termasuklah rawatan radioterapi dan kemoterapi, mempunyai penyakit di tahap kritikal, kurang daya tahan penyakit, warga emas, kesukaran untuk menelan, angin ahmar, makan menggunakan tiub PEG atau nasogastrik dan masalah oro-farings. Tujuan artikel ini adalah untuk memberi pengetahuan mengenai rutin penjagaan oral yang boleh dilakukan kepada pesakit yang berada di tahap kritikal dan juga pengenalan kepada penjaga pesakit tentang masalah mulut yang seringkali dialami pada peringkat ini.

Penjagaan Kesihatan Oral di Rumah


Bibir
 

Lembabkan bibir dengan kain lembap yang bersih dan lindungi bibir dengan pelembab contoh : oral balance gel

 
 
 
 
 
 

Gigi
 

Gosok gigi dan gusi dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida dan berus gigi yang kecil dan lembut
Guna flos gigi untuk membersihkan celah-celah gigi.

 
Flos Gigi

Lidah
 

Bersihkan lidah sekali sehari menggunakan berus gigi yang lembut atau alat pembersih lidah

 

Pembersih Lidah
 
 
 
 
 

Gigi Palsu
 

Keluarkan gigi palsu dan bersihkannya pada waktu pagi dan malam dengan kain lembut menggunakan sabun biasa dan air

Membasuh gigi palsu selepas makan

Merendam gigi palsu di dalam air pada waktu malam

 
 

Masalah Mulut dan Penjagaannya

 
 
Penyakit Periodontal
 
 
Gingivitis
 
 
 
 
Tip-Tip Pencegahan : Berus gigi dua kali sehari waktu pagi dan malam dengan ubat gigi berfluorida.
 
 
 
 
 

Karies Gigi
 

Tip-Tip Pencegahan :

  • Rutin memberus dan memflos gigi
  • Kurangkan pengambilan makanan bergula, berkumur dengan air selepas mengambil ubat yang manis, menggunakan ubat gigi dan ubat kumur berfluorida
 
 
 
 
 
 
Mulut Kering
 
Lidah Bersalut
 
 

Tip-Tip Pencegahan : Minum air dengan kerap, sentiasa terhidrat, mengeluarkan salutan dengan berus gigi lembut yang lembap, menggunakan saliva substitute, berkumur dengan ubat kumur mengandungi chlorhexidine 0.2% tanpa alkohol dua kali sehari.

 
 
 
 
 
   
Stomatitis Gigi Palsu
Jangkitan Kulat
 
 
Sumber Gambar : Mackie S, Munroe M, Caring for Smiles, NHS Healthy Scotland

Tip-Tip Pencegahan : Berkumur dengan ubat kumur mengandungi chlorhexidine 0.2%  tanpa alkohol dua kali sehari, menggunakan ubat kumur antifungal (preskripsi oleh doktor gigi), elakkan memakai gigi palsu pada masa ini, bersih dan simpan gigi palsu dengan sempurna.

Kesimpulan

Penjagaan kesihatan mulut adalah faktor utama dalam memastikan mulut yang sihat bagi pesakit yang kritikal. Penjaga haruslah menilai dan mengenal pasti sekiranya terdapat kesakitan atau tanda-tanda yang tidak normal di dalam mulut dari semasa ke semasa untuk menghalang penyakit daripada melarat dan ketidakselesaan. Sekiranya terdapat sebarang tanda yang luar biasa dan tidak normal, sila dapatkan nasihat doktor gigi dengan segera.

Rujukan

  1. Chalmers J., et.al., In Info-Connect Oral Hygienecare for Palliative Care Residents in Nursing Homes, Iowa Geriatric Education Centre, University of Iowa, 2004
  2. Rooney A., et.al., In Home Care of the Hospice Patient, Stamford: Purdue Pharma L.P, 2013: 14
  3. Wiseman M., The treatment of Oral Problems in the Palliative Patient, Journal of Canadian Dental Association 2006, 72(5): 453-457

 

Semakan Akhir : 11 Mei 2015
Penulis / Penterjemah : Dr. Siti Zaleha bt. Hamzah
Akreditor : Dr. Norjehan bt. Yahaya

 

 

Artikel Berkaitan

Pemakaian Elastik

Elastik adalah gegelang kecil kenyal yang diperbuat daripada getah asli / tiruan yang akan diberikan oleh pakar ortodontik anda untuk dipakaikan pada pendakap gigi dalam konfigurasi tertentu. Pendakap gigi sahaja kadangkala tidak dapat menggerakkan gigi ke kedudukan yang dikehendaki oleh pakar ortodontik, tetapi dapat dibantu dengan pemakaian elastik.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,803,870

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-21 15:33:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia