Soalan 1 Apakah Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan apakah tanda/gejala ADHD? Jawapan 1 DHD adalah satu masalah ‘neurodevelopmental’ yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Definisi, tanda dan gejala serta maklumat lanjut tentang ADHD boleh didapati di Portal MyHEALTH: http://myhealth.moh.gov.my/?p=338 Soalan 2 Anak saya berumur 8 tahun. Berdasarkan maklumat yang saya baca di internet, saya dapati anak saya ada tanda-tanda ADHD. Apa yang perlu saya lakukan? Jawapan 2 Dapatkan surat rujukan untuk berjumpa pakar kanak-kanak daripada doktor di klinik kesihatan kerajaan atau swasta. Ia bertujuan untuk melakukan proses mengenalpasti, mengesah dan mendiagnosa masalah yang dihadapi. Kadangkala kanak-kanak bukan hyperaktif dan cuma aktif biasa atau kurang perhatian dari orang dewasa yang menjaga (attention seeking) atau kerap dipukul , satu sebab kanak-kanak hyperaktif. Keterangan lanjut boleh didapati di Portal MyHEALTH: Soalan 3 Anak lelaki saya yang berumur 4 tahun mengalami masalah hiperaktif. Bagaimana saya dapat menghadapi masalah ini? Jawapan 3 Secara normalnya kanak-kanak adalah cergas dan aktif. Kanak-kanak amat memerlukan perhatian dan kasih sayang ibubapa. Kesabaran yang tinggi sangat perlu dalam diri kita sebagai ibu dan bapa semasa proses membesarkan anak terutama anak yang aktif. Puan digalakkan membaca atau menghadiri seminar yang berkaitan dengan kemahiran keibubapaan dalam mendidik anak hiperaktif. Berkaitan itu, pastikan kebajikan dan keperluan anak puan terjaga. Walau bagaimanapun sekiranya puan merasakan anak puan perlu rawatan serta pemeriksaan tahap mental dan kesihatan anak, sila bawa anak puan untuk berjumpa doktor atau pakar kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut. Dapatkan surat rujukan untuk berjumpa Doktor dari klinik kesihatan (kerajaan atau swasta) yang berhampiran. Sila layari Portal MyHEALTH untuk maklumat lanjut berkaitan ADHD : http://myhealth.moh.gov.my/?p=338 Semakan Akhir: 15 Disember 2014 |