Pengenalan
Bagi yang merokok, berhenti merokok boleh meningkatkan kesihatan pergigian anda.
Gigi berkarat akibat nikotin
|
Gigi tidak berkarat
|
|
Gambar rajah : Perbezaan antara gigi berkarat dan tidak berkarat
|
Bagaimana Merokok Boleh Menjejaskan Kesihatan Pergigian Anda
Hasil kajian menunjukkan bahawa merokok mengurangkan sistem pertahanan badan dan mendedahkan struktur pergigian kepada jangkitan. Malah, perokok dikatakan dua kali ganda lebih cenderung untuk mendapat penyakit gusi daripada bukan perokok. Oleh itu, jika anda mengambil berat tentang kesihatan anda , senarai di bawah mungkin boleh membantu anda mencari makna untuk berhenti merokok.
- Risiko kehilangan gigi bagi perokok adalah dua kali ganda dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok. Merokok menggalakan plak dan karang gigi untuk membentuk dan dengan ini lebih sukar mengawal kerosakan gigi.
- Merokok mendedahkan risiko jangkitan akar gigi kerana perokok sering mengalami penyakit gusi yang lebih teruk . Apabila akar gigi terdedah, gigi akan menjadi sensitif apabila anda terdedah dengan makanan atau minuman yang panas dan sejuk.
- Merokok mengurangkan daya ketahanan badan untuk melawan jangkitan termasuk di dalam mulut dan gusi.
- Merokok menyebabkan nafas berbau, suatu keadaan yang boleh memalukan di dalam pergaulan.
- Merokok melambatkan keupayaan badan untuk pemulihan daripada kecederaan atau pembedahan (termasuk selepas mencabut gigi dan pembedahan pergigian). Jadi anda mungkin mengalami masalah lambat sembuh selepas menjalani pembedahan pergigian.
- Merokok mengurangkan keberkesanan rawatan penyakit gusi. Jika berulang ulang dan tidak terkawal, akhirnya gigi akan menjadi longgar dan terpaksa dicabut
- Merokok menyebabkan gigi berkarat (Tahukah anda bahawa kebanyakan orang menganggap bahawa gigi putih dan senyuman yang sihat sebagai petunjuk awet muda dan kecantikan?)
- Merokok boleh menyebabkan keradangan pada kelenjar air liur di dalam mulut disebabkan oleh haba yang dikeluarkan semasa merokok.
- Merokok (penggunaan tembakau) meningkatkan risiko kanser mulut. (Menurut Pertubuhan Kanser Amerika, kira-kira 90% daripada pesakit yang mengalami kanser mulut, bibir, lidah dan tekak terdiri dari mereka yang merokok. Perokok adalah enam kali ganda lebih cenderung untuk mendapat kanser mulut berbanding mereka yang tidak merokok .
- Merokok adalah risiko utama untuk mendapat penyakit gusi. Lazimnya, lebih banyak merokok, lebih teruk kesannya terhadap gusi anda. Penyakit gusi sukar dirawat selagi anda terus merokok kerana ia boleh berulang, maka tiada kesudahan dalam masa panjang.
Bolehkah Berhenti Merokok Meningkatkan Kesihatan Pergigian Anda?
Berhenti merokok boleh meningkatkan kesihatan pergigian anda dengan ketara dengan cara-cara berikut :
- Mengurangkan risiko terhadap penyakit pergigian
Tidak kira berapa lama anda telah menggunakan produk tembakau, berhenti merokok sekarang boleh mengurangkan risiko penyakit gusi, kehilangan gigi dan masalah-masalah kesihatan pergigian lain Dengan mengurangan batang rokok yang dihisap seharian, anda akan dapat berunsur unsur menikmati suatu manfaat tambahan . Apabila anda sudah berjaya berhenti merokok , risiko kesihatan akan berkurangan perlahan lahan sehingga suatu hari akan mencapai hampir sama seperti orang yang tidak pernah merokok.
- Gusi menjadi yang lebih sihat
Berhenti merokok boleh meraih faedah dalam bentuk gusi yang lebih sihat. Apabila berhenti merokok, gusi boleh dihindari dari menjadi longgar dalam masa jangka panjang. Perubahan pemulihan gusi akan menjadi lebih ketara selepas satu tahun berhenti merokok, jika dibanding dengan mereka yang masih mengamal tabiat merokok.
- Penambahbaik deria bau dan rasa
Berhenti merokok bukan mudah, tetapi sekiranya yakin, anda boleh mencapai kejayaan. Sebaik sahaja selepas anda berhenti merokok, anda akan mendapati bahawa deria bau dan rasa akan makin pulih. Apabila deria bau dan rasa sudah pulih, anda akan boleh menikmati makanan dengan lebih baik. Kepuasan yang dinikmati adalah berbaloi kerana anda akan merasa lebih sihat dan bangga kerana boleh mengawal kesihatan diri sendiri.
- Mencegah mulut berbau untuk meningkatkan keyakinan apabila berinteraksi dengan orang lain
Jika anda diganggu oleh nafas berbau akibat merokok. Berhenti merokok akan membantu anda mengurangkan masalah ini. Dengan pengurangan mulut berbau, anda akan meningkatkan keyakinan anda apabila bersosial dengan orang di sekeliling anda.
- Menambahbaik peredaran darah ke tisu mulut
Berhenti merokok akan meningkatkan aliran kapilari dan arteriolar darah. Ini membuat penampilan anda menjadi lebih berseri dan kelihatan segar. Sekiranya anda sedang berfikir tentang mendapatkan rawatan pergigian seperti ortodontik, pembedahan pergigian , implan atau pembedahan gusi untuk meningkatkan penampilan anda, anda mungkin lebih bersedia selepas peredaran darah pulih baik.
- Meningkatkan estetika gigi anda
Selagi anda merokok, rawatan untuk pembersihan gigi agak sukar dilakukan dengan jayanya kekotoran akan berulang – ulang kemudian. Selagi anda masih merokok, rawatan hasil hanya sementara. Jadi, jika anda berhasrat untuk kejayaan jangka panjang, anda perlu berhenti.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekarang?
Berhenti merokok adalah satu langkah yang benar-benar positif untuk anda. Jika anda boleh bersabar untuk menerima cabaran dan akhirnya berjaya, anda akan mencapai kepuasan dan lebih yakin bahawa anda boleh mengawal kesihatan anda dengan lebih baik dari sudah.
Jadi, jika anda sedang merokok sekarang, adalah lebih baik untuk anda berjumpa doktor anda untuk bertanya tentang berhenti merokok hari ini. Mulalah langkah hidup baru ke arah hidup lebih sihat tanpa rokok!
Berhenti merokok untuk kesihatan mulut yang lebih baik. Sekiranya anda tidak pernah merokok, jangan mula.
Bagaimanakah Anda Boleh Mendapat Bantuan Berhenti Merokok?
- Talian pertanyaan berhenti merokok : Tel 03-888334400
- Sila kenal pasti klinik kesihatan berhampiran dengan kawasan anda (perkhidmatan awam atau swasta). Jika anda tidak mampu untuk membayar kos rawatan hadirlah ke klinik kesihatan kerajaan. Kebiasaannya klinik berhenti merokok dilaksanakan petang hari selasa atau khamis.
- Dapatkan maklumat lanjut mengenai berhenti merokok melalui www.myhealth.gov.my
- Sekiranya anda masih dibangku sekolah, dapatkan maklumat daripada kaunselor sekolah anda.
Rujukan
- Smoking and Oral Health. Web MD. October 26,2012. Retrieved from: http://www.webmd.com/oral-health/guide/smoking-oral-health
- Smoking Nearly Doubles Root Canal Requirements. MedPage. October 29, 2012. Retrieved from: http://www.medpagetoday.com/PrimaryCare/DentalHealth/2736
- U.S. Department of Health and Human Services. The health consequences of smoking: a report of the Surgeon General. Atlanta, GA: U.S. Department of Health and Human Services, Centers for Disease Control and Prevention, National Center for Chronic Disease Prevention and Health Promotion, Office on Smoking and Health, 2004.
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Dr. Lydia Mason ak Lionel |
Akreditor / Penyemak | : | Dr. Sharol Lail bin Sujak |