A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Dewasa
  8. /
  9. Slipped Disc pada Tulang...

Slipped Disc pada Tulang Belakang

Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk

Pengenalan

Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.

Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami factor mekanikal, trauma, nutrient, and genetik.

Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent). Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama, atau, apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).

Sakit belakang yang di alami berpunca dari :

  • Perubahan kepada disc

  • Kecederaan otot

  • Postur tidak betul

  • Patah tulang belakang (jarang)

  • Kelemahan otot stabiliti

Gejala-gejala Slipped dics

  • sakit belakang

  • sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah)

  • Cauda equina syndrome ( kegagalan mengawal air besar atau air kencing)

Objektif Rawatan Fisioterapi

  1. Untuk mengurangkan sakit

  2. Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal

  3. Untuk mengekalkan julat pergerakan badan

  4. Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan

  5. Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit

Klasifikasi sakit

  • Sakit belakang akut – Sakit yang di alami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan

  • Sakit belakang kronik – Sakit yang di alami melebihi 3 bulan

  • Sakit belakang berulang (recurrent) – Sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari 3 bulan

Komplikasi

Limitasi dalam aktiviti harian disebabkan sakit.

Pencegahan

  • Pastikan postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira pekara- pekara berikut :

Semasa baring

  • Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.

  • Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melenkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut

Semasa berjalan

  • Memakai kasut bertumit rendah yang selesa

Semasa duduk

  • Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik

  • Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang

Semasa berdiri

  • Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah

  • Gunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul

  • Lakukan senaman secara tetap

  • Menjaga berat badan

  • Amalkan kecergasan keseluruhan

Rehabilitasi

  1. Pengurusan sakit

  • Ice pack – untuk sakit belakang yang akut

    • Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak dibahagian sakit selama 15 minit.

  • hot pack – untuk sakit belakang yang kronik dan berulang

    • Cara melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pastikan tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit.  Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.

  1. Program senaman sakit belakang

Pelvic Tilt

Posisi : baring di atas permukaan yang rata Cara melakukan : keraskan otot  abdominal, tekan belakang ke bawah, bernafas seperti biasa, tahan lima saat Ulangi kaedah ini minima 5 kali

Hip Rolling

Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan cara melakukan : letak tangan secara bersilang di bahagian dada, pusing kepala ke sebelah kanan manakala kedua-dua lutut pusing ke sebelah kiri. Kemudian luruskan lutut dengan perlahan- lahan. Ulangi kaedah ini minima 5 kali

Lower Abdominal Exercise

Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan Cara melakukan :

1) gerakkan lutut kanan ke dada, tahan 5 saat kemudian relaks, Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah kiri.

2) Angkat kaki ke atas dengan kedua- dua lutut dalam keadaan lurus. Kemudian perlahan- lahan turunkan kaki ke lantai. Ulangi kaedah ini pada lutut sebelah

 Ulangi kaedah ini minima 5 kali

Cat and camel

Posisi : merangkak Cara melakukan : Melengkungkan bahagian belakang sambil muka pandang atas, tahan untuk 3 saat. Kemudian bongkokkan   tulang belakang dan tahan 3 saat. Ulangi kaedah ini minima 5 kali

Hip Extension

Posisi : Merangkak Cara melakukan : Secara selang seli, bawa lutut ke depan dan kemudian ke belakang hingga kaki lurus dan selari dengan lantai..  Ulangi kaedah ini minima 5 kali

  1. Lumbar stabilization Exercises

  • Posisi : baring di atas permukaan yang rata, kedua- dua lutut dibengkokkan

  • Cara Melakukan : luruskan lutut kanan, Keraskan otot abdominal dan pastikan badan dalam posisi neutral. Angkat kaki kanan setinggi 12 inci dari lantai, (lutut kanan dalam keadaan lurus), tahan 3 saat dan turunkan kaki.

  • Ulangi kaedah ini minima 5 kali.

Rujukan

  1. Care protocol Low Back Pain oleh Jawatankuasa teknikal Profesion Fisioterapi, KKM

  2. Tarek, M. Khalil, 1993, Ergonomics  in Back Pain, A Guide to Prevention and Rehabilitation,New York,  Van Nostrand Reinhold

  3. Janie Hampton, 1992, Aches and Pain, Oxford Health Publications for the international League Against Rheumatism.

  4. Marilyn Moffat, 2006, Muskuloskleletal Essentials , Applying the preferred Physical Therapist Practice Patterns, SLACK Incorporated

  5. Boucher, P. and Robidoux, S. (2014) Lumbar disc herniation and cauda equine syndrome following spinal manipulative therapy: A review of six court decisions in Canada; Journal of forensic of legal medicine 22, 159-169.

  6. Baker, ADL. And Burke (2008)Back pain: Background, aetiology, diagnosis and treatment; The Foundation years 4(8), 302-308.

  7. www. Patient.co.uk/health/ prolapsed-Disc-(Slipped dics).htm.

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Sia Lee Lee
Akreditor : Daaljit Singh a/l Harbachan Singh 
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Penyakit

PENYAKIT BERJANGKIT JANGKITAN PARASIT MIKROBIOLOGI KESIHATAN REPRODUKTIF DIAGNOSIS MAKMAL VAKSIN

Rawatan Fisioterapi Bagi Hemofilia

Hemofilia boleh menyebabkan pendarahan berpanjangan atau spontan, khususnya dalam otot, sendi atau organ dalaman, yang bukan sahaja menyebabkan kesakitan, tetapi juga kerosakan teruk pada sendi, kurang upaya dan juga kematian awal.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,804,986

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-22 11:55:38
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia