Soalan 1 Apakah kesan pengambilan ubat diet duromine ?
Jawapan 1 Pil Duromine mengandungi bahan aktif yang dinamakan Phentermine. Ia digunakan untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan atau obesiti (kegemukan terlampau). Ia hanya disyorkan oleh doktor sebagai pilihan terakhir kepada pesakit sekiranya usaha berdiet dan senaman gagal menunjukkan hasil dalam penurunan berat badan. Duromine hanya digunakan dalam dos yang tertentu kerana ia boleh menyebabkan ketagihan kepada pesakit. Duromine atau phentermine bertindak pada saraf di otak yang mengawal selera makan. Oleh itu , pesakit tidak akan berasa lapar. Di dalam pelan pengurangan berat badan,duromine hanya digunakan sebagai terapi tambahan selain daripada pengawalan diet serta program senaman. Pesakit juga perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor sebelum mengambil pil ini Kesan sampingan yang dialami oleh individu yang mengambil pil ini adalah tekanan emosi, denyutan jantung yang semakin cepat , kesukaran untuk tidur, bibir kering, masalah jantung, muntah, pening kepala, mengantuk dan beberapa kesan buruk lain. Jika pesakit mengalami penurunan berat badan yang mendadak, kesukaran untuk bernafas, sakit dada dan terasa hendak pitam, sila beritahu doktor yang merawat anda dengan segera. Perlu diingatkan bahawa pesakit jantung, penghidap sawan, wanita hamil, pesakit jiwa dan penagih dadah atau alkohol adalah dilarang sama sekali untuk menggunakannya.
Soalan 2 Saya ada membeli pil pelangsing badan yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun saya masih berasa was-was untuk mengambil ubat itu. Pil itu berfungsi untuk menguruskan badan, melegakan senggugut dan memudahkan pembuangan air besar. Bagaimana saya dapat memastikan bahawa produk itu adalah benar-benar berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia? Jawapan 2 Semua produk yang hendak dipasarkan di Malaysia perlu berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Agensi ini akan memastikan semua produk farmaseutikal adalah berkesan , berkualiti dan selamat digunakan. Bagi produk-produk dalam kategori tradisional ataupun kosmetik, pihak BPFK hanya menilai produk –produk dari segi kualiti dan keselamatan produk sahaja. Ini bermaksud, pihak BPFK akan menjalankan ujian analisa terhadap produk tersebut serta memastikan produk yang dikilangkan mematuhi Amalan Pengilangan Baik yang telah ditetapkan oleh BPFK. Dari segi keberkesanan produk kategori ini , ia tidak dapat dinilai kerana masih tiada kajian klinikal yang banyak bagi membuktikan keberkesanan tersebut. Kegunaan produk yang dicadangkan hanya berdasarkan kegunaan secara tradisional atau digunakan secara turun temurun yang telah direkodkan. Nombor Pendaftaran yang diberikan oleh BPFK adalah bermula dengan MAL, diikuti oleh 8 digit serta mempunyai kod kategori produk ( Contoh kod : A,X,T, XC dll) pada penghujung nombor. Contoh nombor pendaftaran produk adalah MAL08054724T dimana T merujuk kepada produk tradisional. Pihak tuan boleh melayari laman web www.bpfk.gov.my untuk mengenal pasti sama ada produk tersebut berdaftar atau tidak. Jika produk tersebut tidak berdaftar, aduan boleh dikemukakan kepada mana-mana bahagian penguat kuasa farmasi yang berdekatan. Semakan Akhir : 19 Ogos 2010 |
Cerebral Palsi
Memahami Penyakit Cerebral Palsi (CP) Cerebral Palsi (CP) adalah gangguan