Bilakah saya mengalami kematangan seksual?
Kematangan seksual berlaku semasa alam remaja. Perubahan yang berlaku pada seseorang lelaki dan perempuan secara fizikal membolehkan mereka berkeupayaan mendapat anak.
- Bagi perempuan, permulaan kitaran haid menandakan mereka berkebolehan untuk mengandung
- Bagi lelaki, penghasilan sperma dan ejakulasi merupakan tanda kematangan seksual mereka
Perubahan fizikal pada payudara, zakar, testis dan bulu kemaluan menandakan anda sudah mengalami kematangan seksual. (Lihat Peringkat akil baligh)
Selamat datang ke alam dewasa!
Anda kini punya kemampuan dalam:
- Menangani lebih kebebasan yang berhak
- Diberikan lebih tanggungjawab
- Membuat pilihan dalam isu-isu penting dalam setiap perkara yang dilakukan
Anda berinteraksi lebih dengan rakan sebaya, tapi haruslah dengan cara yang bertanggungjawab dan beradab. Ini termasuklah keputusan dan pilihan berkaitan seks dan jantina.
Sebagai remaja, anda pastinya ingin mencuba pelbagai perkara. Pemilihan rakan-rakan yang baik adalah penting agar anda dapat menjauhkan diri daripada terjebak dengan aktiviti-aktiviti berisiko seperti:
Berhati-hatilah dengan akibatnya! Perlakuan berisiko anda boleh menyebabkan kepada :
|
Adakah selamat untuk melakukan seks?
Melakukan perhubungan seks adalah satu peristiwa yang penting dan istimewa. Ia seharusnya dilakukan hanya setelah pasangan tersebut berkahwin. Perhubungan seks sebelum kahwin adalah tidak digalakkan oleh kebanyakan agama dan bangsa. Walau bagaimanapun, Oleh itu, sekiranya anda berhasrat melakukan hubungan seks, berhati-hatilah dengan akibatnya!! Gunakan kondom untuk melindungi anda daripada terkena jangkitan penyakit kelamin dan kehamilan yang tidak diingini. Nota: Di bawah Akta Kanak-kanak 2001, sebarang hubungan seks bawah umur (bawah 16 tahun) adalah dianggap Rogol. Ianya adalah satu kesalahan jenayah dan boleh dijatuhkan hukuman rotan dan penjara.
Di manakah saya boleh mendapatkan nasihat?
Anda boleh mendapat nasihat daripada:
- Kaunselor di sekolah anda
- Doktor keluarga
- Ahli keluarga yang dipercayai
- Perbadanan Bukan Kerajaan seperti ASNITA, BEFRIENDERS, AWAM
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Datin Dr. Sheila Marimuthu |
: | Dr. Jemah Sajari | |
Penyemak | : | Dr. Nazhatussima bt. Suhaili |