A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Meningitis Meningokokus

Pengenalan

Kes-kes sporadik terdapat di seluruh dunia. Kebanyakan kes berlaku pada musim sejuk di kawasan bersuhu sederhana. Wabak setempat berlaku di kawasan sesak yang tertutup (contoh: asrama, berek tentera atau kawasan penginapan jemaah haji).

Di Sub-Sahara Afrika, wabak berlaku semasa musim kering (November hingga Jun) di seluruh benua dari Senegal ke Ethiopia (African ‘meningitis belt’).

Agen penyebab: Bakteria meningitides, 12 serogroup yang dikenalpasti. Kebanyakan kes penyakit meningokokus disebabkan oleh serogroup A, B, dan C. Jangkitan disebabkan oleh serogrup Y dan W-135 jarang berlaku. Epidemik di Afrika biasanya disebabkan oleh N. meningitides jenis A.

Cara jangkitan: Hubungan secara langsung dari orang kepada orang lain iaitu melalui rembesan yang keluar dari mulut dan hidung pesakit atau pembawa asimptomatik (tidak bergejala). Tiada reservoir di kalangan haiwan atau serangga sebagai vektor.

Tempoh pengeraman: Di antara 2 hingga10 hari. Selalunya antara 3 hingga 4 hari

Tanda dan Gejala

Kebanyakan jangkitan tidak menunjukkan tanda klinikal. Kebanyakan orang yang dijangkiti (5-10%) adalah pembawa bakteria asimptomatik (tidak bergejala) dan bertindak sebagai reservoir dan sebagai punca jangkitan kepada orang lain.

Meningococcal meningitis menunjukkan onset tanda dan gejala dengan tiba-tiba. Tanda awal termasuklah:

  • sakit kepala
  • demam
  • loya
  • muntah
  • fotofobia (takut atau tidak suka pada tempat yang terang/bercahaya)
  • leher menjadi tegang
  • pelbagai tanda neurologi lain

Penyakit ini boleh menyebabkan kematian pada kadar 5 hingga 10% walaupun segera dirawat dengan antibiotik.

Komplikasi

20% pesakit yang hidup mempunyai masalah neurologi yang berkekalan.

Septisemia Meningokokus jarang berlaku dan mempunyai tanda dan gejala seperti kegagalan peredaran darah, tanda perdarahan seperti tanda ruam kulit dan kadar kematian yang tinggi.

Rawatan

Rawatan khusus: Antibiotik Penisilin disuntik kepada penghidap meningitis meninggokokus. Ubat lain seperti Ampicillin dan Chloramphenicol juga berkesan.

Pesakit dengan penyakit meningokokus atau Hib perlu diberikan Rifampicin sebelum discaj dari wad untuk memastikan organisma telah dimusnahkan.

Pencegahan

Saranan

Satu dos vaksin tetravalen yang mengandungi polisakarida kapsul untuk serogroup A, C, Y, dan W135. Tempoh imuniti tidak diketahui, tetapi dos ulangan adalah disyorkan setiap dua tahun. Keberkesanan perlindungan dianggarkan sebanyak 90%.

Vaksin sebagai profilaksis

Jenis vaksin: Bakteria polisakarida kapsul dikultur (purified bacterial capsular polysaccharide)

Bilangan dos: Satu (1)

Dos tambahan: Setiap 3 tahun, perlindungan bertahan sekurang-kurangnya 2 tahun.

Kontraindikasi: Kesan buruk yang serius terhadap dos sebelumnya.

Sebelum berlepas: Dapatkan vaksin 2 minggu sebelum berlepas

Disyorkan untuk:  

  • Individu yang melakukan perjalanan ke kawasan sub-Sahara Afrika semasa musim kering, antara Disember dan Jun, terutamanya jika mempunyai kontak rapat dengan penduduk tempatan.
  • Individu yang melaksanakan Umrah/Haji.
  • Individu yang melakukan perjalanan ke negara-negara lain yang dikenalpasti mengalami wabak penyakit meningokokus.
  • Warga tua atau pesakit yang menghadapi splenektomi atau masalah limpa tidak berfungsi.

Langkah berjaga-jaga khas untuk vaksin: Kanak-kanak di bawah umur 2 tahun tidak dapat dilindungi oleh vaksin ini.

Langkah berjaga-jaga: Elakkan berada di tempat sesak yang tertutup. Sekiranya mempunyai kontak rapat dengan orang yang menghidap penyakit meningokokus, segara berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan chemoprofilaksis.

 

Semakan Akhir : 14 November 2014
Penulis : Dr. Norhayati bt. Rusli
Penterjemah : Noorhayati bt. Kassim
Akreditor : Dr. Norhayati bt. Rusli

 

Artikel Berkaitan

Radang Paru-Paru

Pengenalan Paru-paru adalah organ di dalam badan yang mengandungi gelembung-gelembung

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,804,193

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-21 15:33:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia