Apakah Itu Ergonomik Dan Kepentingan Dalam Kehidupan Seharian – Mengangkat Bag Membeli Belah
Ergonomik ialah prinsip sains yang digunakan untuk meminimumkan kecederaan atau tekanan fizikal keatas sendi.
Amalan ergonomik semasa mengangkat beg beli belah dapat membantu untuk melindungi sendi dan mengekalkan postur badan yang betul dan menjadikan badan kurang penat atau sakit.
Kesan Mengangkat Beg Membeli Belah Yang Berat Tanpa Mengamalkan Prinsip Ergonomik
- Sakit pada bahagian sendi yang terlibat
- Penat
- Tidak selesa
- Boleh mengakibatkan postur badan yang tidak betul
Tips Amalan Ergonomik Semasa Mengangkat Beg Membeli Belah
a) Mengagihkan berat dan beban beg membeli belah pada beberapa bahagian sendi. Contohnya membawa barang menggunakan lengan atau kedua-dua tangan.
b) Elakkan menggunakan genggaman yang kuat atau tekanan pada sendi jari semasa membawa beg membeli belah. Gunakan sendi yang lebih besar untuk membawa barang, kerana sendi yang lebih besar dapat menampung tekanan yang lebih.
Salah | Betul | Betul |
c) Menggunakan postur badan dan mekanik badan yang betul semasa mengangkat bag shopping. Pastikan posisi kepala selari dengan badan dan posisi bahu selari dengan pinggul. Ini untuk mengelakkan kesakitan dan tidak mencederakan otot atau sendi
d) Menghormati kesakitan.
Menghentikan aktiviti yang dilakukan sekiranya berasa penat atau tidak selesa.
e) Mengamalkan prinsip penjimatan tenaga. – Gunakan troli sekiranya membawa beg atau barang yang banyak dan berat.
f) Menggunakan sendi yang besar
Penggunaan sendi yang besar boleh menampung tekanan yang lebih contohnya menggunakan sendi bahu untuk membawa barang berbanding dengan sendi tangan atau hujung jari.
g) Elakkan daripada mengekalkan sendi dalam posisi yang sama untuk jangkamasa yang lama.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kita perlu mengunakan teknik mengangkat beg membeli belah yang betul dengan mengamalkan prinsip ergonomik dan teknik penjagaan sendi yang betul semasa mengangkat barang.
Rujukan
J.Ackerman et al/ 48(2005)1084-1091/Journal of Biomechanics/Dynamics f carrying a load with a handle suspension.
Charlene Giraldo OTR/L/CLT/ Joint protection principle
Department for communities and Social Inclusion, government of south Australia (2013)/ Disability information.
Sumber : Dikodkan dari yahoo! Malaysia image
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Suzana Bt Zakaria |
Akreditor / Penyemak | : | Tan Foo Lan |