A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Oftalmologi
  8. /
  9. Degenerasi Makula Berkaitan Dengan...

Degenerasi Makula Berkaitan Dengan Usia

Makula adalah bahagian saraf (retina) dalam mata yang paling penting untuk melihat objek dengan jelas dan warna yang betul.

?Apakah itu makula?

Makula adalah bahagian saraf (retina) dalam mata yang paling penting untuk melihat objek dengan jelas dan warna yang betul.

Apakah itu DEGENERASI MAKULA?

Degenerasi makula adalah perubahan tidak sihat pada bahagian saraf (retina) dalam mata tanpa penyebab yang nyata yang boleh menyebabkan gangguan pandangan kekal.

Apakah itu DEGENERASI MAKULA BERKAITAN UMUR (ARMD)?

Keadaan di mana perubahan tidak sihat pada makula berlaku apabila umur semakin meningkat.

ARMD adalah merupakan salah satu penyebab kebutaan di kalangan warga emas. Secara umumnya lebih kurang 30-50 juta orang penduduk dunia telah terjejas akibat penyakit ini. ARMD boleh menyebabkan seseorang sukar melakukan aktiviti seperti membaca dan mengecam muka seseorang.

Apakah jenis-jenis ARMD?

ARMD Kering ARMD Basah
Jenis ini paling kerap terjadi. Deposit kuning yang dipanggil “DRUSEN” akan terbentuk pada makula. Pada tahap ini, pandangan selalunya belum terjejas. Pandangan akan mula terganggu bila bilangan drusen terbentuk semakin besar dan banyak. Jenis ini berlaku pada 10-15% dari keseluruhan pesakit ARMD. Salur darah tak normal akan terbentuk dalam retina menyebabkan pendarahan dan bengkak, membawa kepada berlakunya kerosakan makula yang kekal. Pandangan akan mula terjejas dan kabur jika tidak dirawat segera. Walaupun terdapat beberapa jenis rawatan yang yang disyorkan untuk ARMD basah, tiada satu pun rawatan yang dapat memulihkan semula penglihatan yang telah hilang.

Apakah penyebab ARMD?

Apabila umur semakin meningkat, metabolisma saraf (retina) dalam mata semakin tidak efisyen. Bahan nyahkumuh / toksik mula terkumpul dalam saraf retina dan membentuk mendapan (deposit) yang dipanggil drusen. Ditambah pula dengan kekurangan nutrien menyebabkan sel-sel makula rosak dan tidak berfungsi. Ini menyebabkan pandangan menjadi semakin kabur.

Apakah gejala / tanda-tanda ARMD?

ARMD boleh menjejaskan 1 atau kedua-dua mata.

ARMD peringkat awal : Tiada tanda atau gejala

Pesakit mungkin tidak menyedarikan sebarang perubahan sekiranya hanya satu mata terjejas kerana masih boleh melihat dengan baik menggunakan mata yang sebelah lagi.

ARMD tidak menyebabkan kesakitan pada mata.

Gejala mungkin akan bermula dengan gangguan penglihatan. Gejala gangguan penglihatan yang biasa adalah perubahan bentuk objek yang dilihat seperti garisan lurus dilihat menjadi bengkok. Lama kelamaan kawasan gangguan imej akan berubah menjadi bayang hitam yang boleh menjadi semakin besar dan mengganggu pandangan.

Medan pandangan normal Medan pandangan pesakit ARMD

 

Simulasi penglihatan normal (kiri) dan penglihatan terganggu
Simulasi penglihatan normal (kiri) dan kabur pada kawasan tengah medan penglihatan

 

Umur – semakin meningkat umur semakin bertambah peluang untuk mendapat ARMD.Apakah faktor risiko ARMD?

  • Merokok – merokok akan menjejaskan bekalan oksigen kepada retina dan menggalakkan ARMD.
  • Sejarah keluarga – Sekiranya terdapat di kalangan ahli keluarga terdekat (ibu/bapa/adik-beradik) yang mengidapi ARMD.
  • Terdedah kepada sinaran matahari yang berpanjangan – Sinaran ultra ungu (UV) boleh merosakkan sel-sel retina dan meningkatkan risiko mendapat ARMD.
  • Pemakanan – Pengambilan diet tinggi lemak, kolesterol dan gula, serta rendah anti oksidan & kurang sayur-sayuran hijau boleh meningkatkan risiko ARMD.
  • Darah tinggi – tekanan darah yang tinggi akan mengurangkan aliran oksigen ke mata.
  • Jika sebelah mata mengidapi ARMD, maka mata yang sebelah lagi juga berisiko untuk mendapat ARMD.

Apakah rawatan bagi ARMD?

Setakat ini tiada rawatan yang berkesan bagi menyembuhkan sepenuhnya mata pesakit ARMD.

Buat masa kini, rawatan yang diberikan adalah untuk melambatkan ARMD dari melarat serta membantu memulihkan pandangan pesakit.

Apakah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan ARMD?

  • Cuba kekalkan berat badan yang sihat.
  • Galakkan pengambilan makanan berkhasiat seperti sayuran hijau, buah-buahan seperti buah oren, betik, mangga dan lain-lain. Lebihkan pengambilan ikan di dalam diet.
  • Jangan merokok.
  • Kawal tekanan darah sebaik mungkin (tahap normal) dan kawal masalah kesihatan yang berkaitan seperti kencing manis dan lain-lain.
  • Lindungi mata anda dari sinaran cahaya matahari dengan memakai cermin mata gelap atau memakai topi semasa di luar rumah atau bangunan.
  • Segera berjumpa Doktor Mata (Oftalmologis) sekiranya anda mengalami gangguan penglihatan yang berterusan.

Nota & Rujukan

  1. Sebahagian dari maklumat diperolehi dari Google web : National Eye Institute and the National Library of Medicine.
  2. Lutein + zeaxanthin and omega-3 fatty acids for age-related macular degeneration: The Age-Related Eye Disease Study 2 (AREDS2) randomized clinical trial. JAMA. Published online May 2013.
  3. Cardiovascular risk factors and age-related macular degeneration: the Los Angeles latino eye study. American Journal of Ophthalmology. February 2008.
  4. Dietary carbohydrate and the progression of age-related macular degeneration: a prospective study from the age-related eye disease study. American Journal of Clinical Nutrition. 2007.
  5. Physical activity and the 15-year cumulative incidence of age-related macular degeneration: the Beaver Dam Eye Study. British Journal of Ophthalmology. October 2006.
  6. Cigarette smoking, fish consumption, omega-3 fatty acid intake, and associations with age-related macular degeneration. Archives of Ophthalmology. 2006.
  7. Dietary fatty acids and the 5-year incidence of age-related maculopathy. Archives of Ophthalmology. 2006.
  8. Comprehensive adult medical eye evaluation, preferred practice pattern. American Academy of Ophthalmology. 2005.
  9. Prospective study of intake of fruits, vegetables, vitamins and carotenoids and risk of age-related maculopathy.Archives of Ophthalmology. 2004.
  10. Smoking and blindness. British Journal of Ophthalmology. 2004.
  11. Progression of age-related macular degeneration: association with dietary fat, transunsaturated fat, nuts, and fish intake. Archives of Ophthalmology. 2003.
  12. Age-related eye disease study group. A randomized, placebo-controlled, clinical trial of high-dose supplementation with vitamins C and E, beta-carotene and zinc for age-related macular degeneration and vision loss. Archives of Ophthalmology. 2001.
  13. Effects of a combination of beta carotene and vitamin A on lung cancer and cardiovascular disease. The New England Journal of Medicine. 1996.
  14. Dietary carotenoids, vitamins A, C, and E, and advanced age-related macular degeneration. Eye disease case-control study group. Journal of the American Medical Association. 1994.
  15. Eye health: macular degeneration. BMJ Specialist Journals.

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis/Penterjemah : Dr. Zaidah bt. Mohd Kasim
Akreditor : Dr. Salmah bt. Othman
Penyemak : Dr. Rosniza bt. Ab. Razak

Artikel Berkaitan

Lekangan Retina

Pengenalan Retina merupakan lapisan nipis tisu saraf yang melapisi bahagian

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,803,873

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-21 15:33:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia