A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Alahan Ubat

Mengenalpasti tanda dan gejala alahan ubatan adalah satu perkara penting kerana ia boleh mengancam nyawa. Walau bagaimanapun kematian disebabkan oleh alahan ubat jarang berlaku.

Tindakbalas alahan adalah kesan sampingan ubat ubatan yang tidak diingini dan jarang berlaku.

Pelbagai jenis tindakbalas alahan boleh berlaku. Tindakbalas ini boleh berlaku dalam pelbagai jenis daripada ruam ringan hinggalah kesan teruk kepada sistem utama badan. Tindakbalas alahan boleh memberi kesan kepada banyak sistem organ, tetapi selalunya kulit adalah organ yang selalu mengalami alahan.

Mengenalpasti tanda dan gejala alahan ubatan adalah satu perkara penting kerana ia boleh mengancam nyawa. Walau bagaimanapun kematian disebabkan oleh alahan ubat jarang berlaku.

Alahan ini jarang berlaku ketika kali pertama mengambil ubat. Biasanya alahan akan berlaku selepas pengambilan kali kedua. Sekiranya anda bertindak balas pada kali pertama, berkemungkinan anda telah terdedah dengan ubatan jenis tersebut tanpa mengetahuinya.

Tidak semua tidak balas sampingan terhadap ubatan adalah alahan. Malah sebenarnya kurang daripada 10 peratus kesan sampingan ubat merupakan alahan. Penyebab lain kesan sampingan merupakan interaksi antara 2 atau lebih jenis ubat, ketidakcernaan ubat sepenuhnya di dalam badan (hati dan buah pinggang), terlebih dos dan kesan sampingan seperti loya, muntah atau cirit birit.

Tanda dan Gejala

Alahan ubatan boleh menyebabkan pelbagai jenis gejala berlaku bergantung kepada ubat dan kekerapan anda mengambilnya. Berikut adalah merupakan tindakbalas yang selalu berlaku:

  • Kulit
    • Campak – seperti ruam
    • Gatal –tompokan merah di atas kulit dengan rupa bentuk yang berbeza menyebabkan terasa gatal
    • Photoallergy – Sensitif terhadap cahaya matahari, kulit menjadi gatal dan kemerahan apabila terdedah kepada cahaya matahari
    • Erythema multiforme – Bulatan merah, bengkak dan gatal di tempat tempat tertentu adakala dikaitkan dengan pembengkakan permukaan lidah
  • Demam
  • Sakit sendi dan otot
  • Bengkak nodus limfa
  • Radang pada buah pinggang
  • Tidak seperti kebanyakan tindakbalas alahan yang berlaku secara pantas selepas terdedah kepada bahan penyebab alahan, tindakbalas alahan terhadap ubatan akan berlaku sehari atau seminggu selepas pengambilan dos pertama.
  • Anaphylaxis atau tindak balas anaphylactic – Merupakan tindak balas yang serius dan boleh membawa kematian. Pesakit yang mengalami tindak balas ini perlu dirawat dengan segera di bahagian kecemasan Hospital.
    • Tindak balas kulit- Gatal-gatal , tanda kemerahan , terasa panas dan gatal
    • Kesukaran bernafas – Saluran udara tersumbat, terasa ketat, mengeluarkan bunyi “wheezing”, tekak tersekat.
    • Pitam – Sakit kepala dan hilang daya imbangan badan secara tiba-tiba akibat penurunan tekanan darah
    • Degupan jantung tidak sekata
    • Bengkak pada muka, lidah, bibir, tekak, sendi, tangan atau kaki
  • Hampir semua tindak balas Anaphylactic berlaku dalam masa 4 jam selepas dos pertama. Kebanyakannya berlaku selepas 1 jam mengambil ubat, namun ada juga yang berlaku dalam masa seminit malah sesaat.

Sebab-Sebab

Tindak balas alahan ini berlaku disebabkan oleh sistem imun badan bertindak balas secara berlebihan terhadap ubatan, juga dikenali sebagai penyerang kimia atau antigen. Tindakbalas berlebihan ini selalu dirujuk sebagai tindak balas hipersensitiviti.

Badan menghasilkan antibodi terhadap antigen dan menyimpannya di dalam sel khas.

  • Antibodi dalam tindak balas alahan disebut immunoglobulin E, atau IgE.
  • Apabila badan terdedah kepada ubat yang sama sekali lagi. antibodi akan memberi signal kepada sel untuk melepaskan bahan kimia “mediator”.” Histamine adalah contoh sejenis mediator
  • Kesan mediator ini akan menunjukkan gejala-gejala tindakbalas.

Penyebab utama alahan ubatan adalah seperti berikut:

  • Ubat tahan sakit (analgesics) seperti codeine, morphine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs, seperti ibuprofen atau indomethacin), dan aspirin.
  • Antibiotics seperti penisilin, ubat sulfa, dan tetracycline
  • Ubatan masalah sawan seperti phenytoin atau carbamazepine

Faktor Risiko

Faktor risiko bagi alahan ubat:

  • Kecenderungan keturunan untuk mendapat alahan ubat
  • Banyak atau pelbagai ubatan diambil pada waktu yang sama (interaksi ubat-ubatan)
  • Buah pinggang atau hati tidak berfungsi dengan baik
  • Penyakit-penyakit yang melibatkan sistem imun seperti systemic lupus erythematosis atau HIV

Rawatan

Rawatan untuk alahan ubat termasuklah memahami perkara yang perlu dilakukan jika anda mempunyai tindakbalas alahan. Elakkan ubatan yang menyebabkan alahan dan ambil ubatan seperti antihistamines untuk gejala yang sederhana.

Sekiranya anda syak mendapat alahan sebaik sahaja selepas mengambil ubat, berjumpalah dengan doktor. Anda boleh mengambil antihistamine seperti chlorpheniramine malaete untuk menghilangkan kegatalan dan mengurangkan ruam. Sekiranya tindakbalas menjadi lebih teruk, anda memerlukan rawatan seperti suntikan ataupun pengambilan secara oral bagi corticosteroids. Tindakbalas anaphylaxis memerlukan tindakan segera dengan suntikan epinephrine dan rawatan di hospital untuk mengekalkan tekanan darah dan membantu pernafasan.

Pencegahan

  • Tiada cara yang diketahui untuk mengelakkan alahan ubat. Anda boleh mengurangkan risiko dengan meminimumkan pengambilan ubat selagi boleh. Semakin banyak badan terdedah dengan ubatan, semakin mudah untuk mendapat alahan ubatan.
  • Sentiasa memberitahu anggota kesihatan yang anda temui untuk rawatan mengenai alahan anda dan jenis tindakbalas yang anda hidapi.
  • Jangan mengambil ubat yang ada tindak balas kepada anda sebelum ini. Sekiranya anda sudah terdedah dengan tindak balas kali pertama, risiko untuk mendapat tindakbalas yang lebih teruk akan lebih meningkat.
  • Sekiranya perlu, pakailah gelang atau rantai pengenalan kesihatan. Peralatan ini dipakai pada pergelangan tangan atau leher untuk memberitahu anggota kesihatan mengenai tindak balas alahan dan risikonya.
  • Anda boleh membawa kad berkaitan informasi kesihatan di dalam dompet. Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda mengenai sebarang kesan sampingan yang pernah dialami sebelum mereka memberi ubat kepada anda.
  • Beritahu anggota kesihatan yang merawat anda tentang sebarang ubat, preskripsi atau tanpa preskripsi yang anda telah ambil.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Ali bin Puteh
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Demam

Demam bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus.

Kesukaran Untuk Menelan

Kesukaran untuk menelan adalah terasa seperti makanan tersangkut dalam tekak di bahagian atas dada. Ini mungkin juga dirasai di belakang tulang dada (sternum) atau di leher.

Sesak Nafas

Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,803,676

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-21 15:33:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia