Apakah ‘Brain aneurysm’?
‘Brain aneurysm’ adalah pembengkakan yang berlaku pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak. Ia terjadi kerana terdapat bahagian pada dinding salur darah tertentu yang lemah.
Kadang kala ‘brain aneurysm’ boleh pecah dan menyebabkan pembentukan darah beku di dalam otak. Kerosakan otak dan kematian boleh berlaku bergantung kepada kepada tahap keterukan darah beku tersebut.
Salur darah yang terlibat biasanya terletak pada bahagian pangkal otak yang dinamakan ‘circle of Willis’
‘Brain Aneurysm’ dan lokasi di mana ia biasa terjadi Sumber: MedicineNet.com |
Apakah yang menyebabkan ‘brain aneurysm’?
Seseorang boleh mendapat ‘brain aneurysm’ kerana faktor genetik atau kerana salur darah yang bertukar menjadi keras (atherosclerosis) dan faktor usia
Faktor-faktor yang berikut boleh meningkatkan risiko untuk mendapat ‘brain aneurysm’:
- Faktor keturunan: Mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai ‘brain aneurysm’ berkemungkinan untuk mendapat ‘brain aneurysm’
- Pernah mempunyai‘brain aneurysm’: Berkemungkinan besar mempunyai ‘aneurysm’ di lokasi yang berbeza
- Jantina: Perempuan lebih berisiko untuk mendapat ‘brain aneurysm’ dan pendarahan dalam otak
- Darah tinggi: Risiko untuk mendapat pendarahan dalam otak lebih tinggi untuk mereka yang mempunyai darah tinggi
- Merokok: Merokok boleh meningkatkan risiko untuk ‘brain aneurysm’ pecah
Apakah simptom-simtom ‘brain aneurysm’?
Kebanyakan ‘brain aneurysm’ tidak mempunyai simptom dan ditemui secara tidak sengaja semasa menjalani pemeriksaan untuk penyakit lain.
Simptom selalunya terjadi apabila ‘brain aneurysm’ pecah dan menyebabkan pendarahan dalam otak (stroke). Simptom-simptom tersebut adalah:
- Sakit kepala teruk yang berlaku secara tiba-tiba dan berbeza dari sakit kepala biasa
- Lemah atau lumpuh sebahagian dari anggota badan
- Kesukaran untuk bercakap atau memahami percakapan
- Sakit leher yang teruk dan berterusan
- Loya dan mutah yag berterusan
- Sangat sensitif terhadap cahaya
- Pengsan/ tidak sedarkan diri
- Sawan
Apabila ‘brain aneurysm’ pecah, risiko utuk kematian adalah sebanyak 30-40%. Risiko mengalami kerosakan otak yang sederhana kepada teruk adalah sebanyak 20-35% jika ‘brain aneurysm’ tidak dirawat. Sebanyak 15- 30% lagi hanya mengalami kerosakan otak yang ringan. Jika ‘aneurysm’ tidak dirawat dengan cepat, terdapat juga risiko untuk pendarahan berlaku semua.
Apakah simptom-simptom ‘brain aneurysm’ yang tidak pecah?
‘Aneurysm’ yang kecil selalunya tidak mempunyai apa-apa simptom. Jika ‘aneurysm’ ini membesar, ia boleh memberikan tekanan setempat kepada sturuktur-struktur penting di dalam otak. Simptom yang berlaku adalah bergantung kepada bahagian otak yang terlibat dan saiz ‘aneurysm’ itu sendiri. Simptom-simptom yang boleh berlaku adalah seperti sakit kepala yang teruk, kabur penglihatan, perubahan pada percakapan, kebas atau lemah separuh anggota badan dan sawan.
Apakah risiko untuk aneurysm untuk pecah/berdarah?
Banyak faktor yang menentukan sama ada aneurysm itu boleh pecah dan menyebabkan pendarahan berlaku. Ini termasuk saiz, jenis , lokasi ‘aneurysm’, dan simptom-simptom yang disebabkan oleh ‘aneurysm’ itu sendiri. Sebagai contoh, ‘aneurysm’ yang bersaiz kecil dan mempunyai bentuk yang regular adalah kurang berisiko untuk pecah berbanding dengan ‘aneurysm’ yang bersaiz besar dan berbentuk tidak regular. Oleh itu, rawatan seharusnya diberikan sebaik sahaja seseorang pesakit itu disahkan mempunyai ‘brain aneurysm’
Apakah yang menyebabkan aneurysm itu pecah dan menyebabkan pendarahan dalam otak?
Buat pada masa ini penyebab sebenar masih belum diketahui. Tetapi, faktor-faktor yang boleh menyebabkan ‘aneurysm’ itu pecah adalah:
- Tekanan darah yang tinggi. Mengangkat barang-barang yang berat dan meneran juga boleh menyebabkan tekanan dalam otak meningkat.
- tekanan emosi seperti terlalu sedih dan marah boleh menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.
- ubat ‘pencair darah’ seperti warfarin, ubat untuk menguruskan badan dan dadah merbahaya seperti kokain.
Bagaimakah ‘brain aneurysm’ disahkan?
- Angiography merupakan sejenis ujian yang melibatkan penggunaan ‘contrast’ untuk mengkaji struktur pembuluh darah. Pemeriksaan Angiography otak, boleh mengesan ‘aneurysm’ dan struktur salur darah otak yang sempit atau tersumbat.
Sumber: Society of NeuroInterventional Surgery (SNIS) |
- CT angiogram
Merupakan cara yang paling cepat, tidak mendatangkan sebarang kesakitan dan tidak invasif untuk mengesan ‘cerebral aneurysm’ dan mengesahkan sama ada aneurysms tersebut sudah pecah dan mengakibatkan pendarahan dalam otak
Film CT scan yang menunjukkan pendarahan didalam otak akibat daripada aneurysm yang pecah Sumber: Radiopedia |
- Magnetic Resonance Imaging (MRI): menggunakan gelombang bersama-sama dengan medan magnet yang dihasilkan oleh komputer untuk menghasilkan imej otak yang terperinci. Magnetic Resonance Angiography (MRA) boleh menghasilkan imej 2 dimensi dan 3 dimensi salur darah.
MRI otak menunjukkan salur darah otak yang normal Sumber: wikipedia.org |
- Pemeriksaan air tulang belakang. Pemeriksaan ini dilakaukan jika pendarahan dalam otak disyaki terjadi tetapi tidak dapat dikesan oleh pemeriksaan CT Scan kepala. Sampel air tulang belakang akan dihantar ke makmal untuk dianalisis kandungan darah
Contoh cecair air tulang belakang yang mengandugi darah di sebelah kiri dan yang normal di sebelah kanan Sumber: webmd.com |
Apakah jenis rawatan yang boleh dilakukan?
Tujuan rawatan dilakukan adalah untuk mengelakkan pendarahan berlaku disamping mengekalkan fungsi salur darah yang terlibat
Pada masa ini, terdapat 2 jenis rawatan:
- Pembedahan
‘Clip’ istimewa diletakkan pada bahagian pangkal aneurysm semasa pembedahan berlaku merupakan rawatan yang standad dengan peratus kejayaan yang tinggi. Sepanjang 20 tahun yang lepas, pelbagai kemajuan dalam teknik pembedahan termasuk ‘clipping’ secara pembedahan mikro dengan risiko yang sangat rendah. - Terapi endovaskular
Ini merupakan alternatif kepada pembedahan.
‘Angiogram’ otak akan dilakukan dan alat istimewa yang dinamakan ‘coils’akan diletakkan di dalam aneurysm semasa prosedur ini dilakukan. ‘Coils’ ini akan menyebabkan ‘aneurysm’ tersumbat, kemudian darah beku terhasil dan seterusnya ‘aneurysm’ tersebut menjadi keras. Proses ini dapat menghalang aneurysm dari pecah dan mengakibatkan pendarahan otak.
Terapi endovascular Sumber: Society of NeuroInterventional Surgery (SNIS) |
Apakah prognosis pesakit yang mempunyai ‘brain aneurysm’?
‘Aneurysm’ yang kecil mungkin tidak disedari oleh pesakit itu sepanjang hayatnya
Jika aneurysm in pecah dan pendarahan dalam otak berlaku, 40% daripada kes-kes sebegini berakhir dengan kematian dalam masa 24 jam pertama. Dua puluh lima peratus lagi maut dalam masa 6 bulan pertama.
Pesakit yang menerima rawatan bagi aneurysm yang belum pecah, memerlukan masa yang kurang untuk proses rehabilitasi berbanding dengan mereka yang mempunyai aneurysm yang sudah pecah. Proses rehabilitasi bagi mereka ini mungkin mengambil masa berminggu-minggu sehingga berbulan-bulan.
Rujukan
- Society of NeuroInterventional Surgery (SNIS)
- MedicineNet.com
- The aneurysm and brain foundation
Semakan Akhir | : | 13 November 2015 |
Penulis/Penterjemah | : | Dr. Ahmad Shahir b. Mawardi |
Akreditor | : | Dato’ Dr. Md Hanip b. Rafia |