A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Pemulihan Perubatan (Carakerja)
  6. /
  7. Cara Ergonomik Untuk Mengangkat...

Cara Ergonomik Untuk Mengangkat Beg Beli Belah

Amalan ergonomik semasa mengangkat beg beli belah dapat membantu untuk melindungi sendi dan mengekalkan postur badan yang betul dan menjadikan badan kurang penat atau sakit.

Apakah Itu Ergonomik Dan Kepentingan Dalam Kehidupan Seharian – Mengangkat Bag Membeli Belah

Ergonomik ialah prinsip sains yang digunakan untuk meminimumkan kecederaan atau tekanan fizikal keatas sendi.

Amalan ergonomik semasa mengangkat beg beli belah dapat membantu untuk melindungi sendi dan mengekalkan postur badan yang betul dan menjadikan badan kurang penat atau sakit.

Kesan Mengangkat Beg Membeli Belah Yang Berat Tanpa Mengamalkan Prinsip Ergonomik

  1. Sakit pada bahagian sendi yang terlibat
  2. Penat
  3. Tidak selesa
  4. Boleh mengakibatkan postur badan yang tidak betul

Tips Amalan Ergonomik Semasa Mengangkat Beg Membeli Belah

a) Mengagihkan berat dan beban beg membeli belah pada beberapa bahagian sendi. Contohnya membawa barang menggunakan lengan atau kedua-dua tangan.

b) Elakkan menggunakan genggaman yang kuat atau tekanan pada sendi jari semasa membawa beg membeli belah.  Gunakan sendi yang lebih besar        untuk membawa barang, kerana sendi yang lebih besar dapat menampung tekanan yang lebih.

Salah Betul Betul

c) Menggunakan postur badan dan mekanik badan yang betul semasa mengangkat bag shopping. Pastikan posisi kepala selari dengan badan dan             posisi bahu selari dengan pinggul.  Ini untuk mengelakkan kesakitan dan tidak mencederakan otot atau sendi

d) Menghormati kesakitan.

Menghentikan aktiviti yang dilakukan sekiranya berasa penat atau tidak selesa.

e) Mengamalkan prinsip penjimatan tenaga. – Gunakan troli sekiranya membawa beg atau barang  yang banyak dan berat.

 

f) Menggunakan sendi yang besar

Penggunaan sendi yang besar boleh menampung tekanan yang lebih contohnya menggunakan sendi bahu untuk membawa barang berbanding dengan sendi tangan atau hujung jari.

 

g) Elakkan daripada mengekalkan sendi dalam posisi yang sama untuk jangkamasa yang lama.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kita perlu mengunakan teknik mengangkat beg membeli belah yang betul dengan mengamalkan prinsip ergonomik dan teknik penjagaan sendi yang betul semasa mengangkat barang.

Rujukan

J.Ackerman et al/ 48(2005)1084-1091/Journal of Biomechanics/Dynamics f carrying a load with a handle suspension.

Charlene Giraldo OTR/L/CLT/ Joint protection principle

Department for communities and Social Inclusion, government of south Australia (2013)/ Disability information.

Sumber : Dikodkan dari yahoo! Malaysia image

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Suzana Bt Zakaria
Akreditor / Penyemak : Tan Foo Lan

Artikel Berkaitan

Rawatan Fisioterapi bagi Tennis Elbow

Sakit di bahagian luar sendi siku dan ia dikategorikan sebagai sakit akut. Ia juga berkait dengan Common Extensor Tendon (yang terletak di bahagian luar lengan) dan sakit apabila ditekan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,803,647

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-21 15:33:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia