Penjagaan Makanan Untuk Pesakit Yang Mengambil Warfarin
Apa Itu Warfarin?
Warfarin ialah UBAT yang digunakan untuk mencegah pembekuan darah. Ia digunakan untuk:
- mengurangkan risiko pembekuan darah dalam saluran darah, atau
- menghentikan pertambahan saiz darah beku yang telah terbentuk.
Kenapa Darah Beku Berbahaya?
- Menghalang pengaliran darah
- Darah beku akan mengakibatkan risiko lain seperti serangan jantung, strok dan sebagainya.
Penyakit yang berisiko tinggi adalah:
- Atrial fibrillation (Denyutan jantung yang tidak seragam)
- Pulmonary embolism (darah beku di paru-paru)
- Deep vein thrombosis (darah beku di saluran darah)
- Prosthetic heart valve ( Injap jantung tiruan ) :
- Mekanikal
- Bioprostetik (sumber semula jadi)
Warfarin dan INR
INR adalah singkatan daripada International Normalized Ratio.
- INR akan memberikan maklumat mengenai status kelikatan darah sama ada “pekat” atau “cair” kepada pesakit.
- Doktor akan menentukan dos warfarin yang bersesuaian bergantung kepada bacaan INR.
Gambar 1: Ujian INR (Sumber : www.thrombocyte.com)
Interaksi Warfarin dan Vitamin K
Warfarin berfungsi untuk mencegah pembekuan darah manakala vitamin K membantu dalam proses pembekuan darah.
Memakan makanan yang mengandungi vitamin K yang tinggi dan berlebihan boleh mengurangkan kesan ubat warfarin.
Ambil warfarin dengan segelas air. Selain itu, ambil warfarin pada masa yang sama setiap hari.
Tips Diet Vitamin K
- Pesakit yang kebiasaannya memang tidak mengambil makanan yang tinggi vitamin K iaitu sayur-sayuran hijau untuk tempoh yang lama perlu mengelakkan sayur-sayuran hijau atau sayur yang mengandungi vitamin K yang tinggi. Sebaliknya, pesakit perlu juga menghadkan sayur-sayuran putih atau sayur-sayuran yang rendah kandungan vitamin K semasa mengambil ubat warfarin.
- Bagi pesakit yang biasanya gemar mengambil sayur-sayuran yang tinggi vitamin K, pengambilan perlu dihadkan kepada setengah cawan untuk sekali sehari sahaja dalam tempoh pengambilan warfarin.
- Pengambilan makanan yang tinggi kandungan vitamin K perlulah dilakukan secara konsisten setiap hari untuk membantu dalam kawalan bacaan INR.
- Sebarang perubahan besar mengenai pengambilan vitamin K perlu dimaklumkan kepada Doktor dan Pegawai Dietetik anda.
Contoh Makanan Dengan Kandungan Vitamin K Yang Tinggi
(Cadangan: Diambil tidak melebihi 1 hidangan setiap hari)
Brokoli (mentah) ½ cawan |
Bayam (mentah) ½ cawan |
Daun salad (mentah) ½ cawan |
Daun bawang (mentah) ½ cawan |
Kailan (mentah) ½ cawan |
Daun kucai (mentah) ½ cawan |
Kacang soya (mentah) ½ cawan |
Sawi hijau (mentah) ½ cawan |
Hati lembu (mentah) ½ cawan |
Daun pasli (mentah) ½ cawan |
Daun ketumbar (mentah) ½ cawan |
Daun selada air (watercress) (mentah) ½ cawan |
Gambar 2: Contoh makanan tinggi vitamin K.
Contoh makanan yang mengandungi vitamin K yang rendah:
Gambar 3: Makanan rendah vitamin K.
(Sumber : Buku Rawatan Antikoagulasi (Warfarin), Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia).
Herba dan Makanan Lain
Pengambilan ubat-ubat tradisional/herba dikhuatiri akan memberi kesan dan bertindak balas dengan warfarin. Justeru, anda disaran untuk TIDAK MENGAMBIL segala produk terbabit. Perbincangan dengan Doktor anda adalah PENTING.
Produk herba / Suplemen | Contoh |
---|---|
Makanan herba |
|
Teh herba |
|
Makanan tambahan / suplemen |
|
Pengambilan Alkohol
Pengambilan alkohol untuk mereka yang bukan muslim dan mengambil warfarin perlulah dihadkan kepada tidak lebih 2 unit minuman sehari.
Jenis Alkohol | Kuantiti (saiz 1 unit / 1 hidangan) |
Beer | 12 oz (360 ml) |
Wine | 5 oz (150 ml) |
Sherry / Port | 2 oz (60 ml) |
Liquor | 1 ½ oz (45 ml) |
Spirit | 1 oz (30 ml) |
Gambar 4: 1 unit / 1 hidangan jenis-jenis alkohol (Sumber : www.besthealthmag.ca)
PERHATIAN: Bir beralkohol tinggi dan minuman sejuk bercampur alkohol mengandungi lebih alkohol daripada 1 hidangan standard.
Rujukan
- Buku Warfarin, Panduan Untuk Pesakit, Hospital Kuala Lumpur.
- Diet and medicines with warfarin (Coumadin), JADA 2009.
- Diet and warfarin education update, 2008.
- www.alcohol.org.nz
- www.mayoclinic.com
- www.precisionnutrition.com
- www.usda.gov
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Siti Asilah binti Yusof |
Akreditor | : | Siti Mariam binti Tukimin |
Penyemak | : | Nik Mahani binti Nik Mahmood |