Dalam setiap makhluk, samada tumbuhan, haiwan mahupun manusia, semuanya mempunyai enzim di dalam jasad. Dalam badan manusia, enzim adalah sangat penting dalam memastikan badan berfungsi secara normal . Enzim boleh ditemui dalam mulut (air liur), usus (jus gastrik,jus dan mukosa intestinal), darah, semua organ dan sel-sel dalam badan.
Dalam sel hidup, enzim sangat diperlukan kerana fungsinya untuk pembentukan tisu baru, penggantian tisu lama, menukarkan makanan kepada tenaga, pembuangan bahan sisa dalam badan, pembiakan dan segala aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan. Enzim adalah sejenis protein yang terbentuk dalam badan dan bertindak sebagai pemangkin kepada sesuatu tindakbalas dalam keadaan normal. Setiap bahagian badan mempunyai enzim yang khas sesuai dengan kefungsiannya . Tindakan enzim adalah sangat spesifik.
Sifat mangkin enzim adalah bergantung kepada struktur sesuatu enzim. Penting bagi kita untuk mengetahui sifat tindakbalas enzim sebelum menganalisa enzim. Kemusnahan struktur enzim akan mengakibatkan kehilangan aktiviti enzim tersebut, di mana proses ini dikenali sebagai penyahasli. Enzim sangat sensitif terhadap suhu dan pH . Dalam keadaan ekstrim, enzim akan ternyah asli,
Contoh gambarajah tindakbalas enzim:
Dari segi klinikal , biasanya kita menganalisa kepekatan enzim dalam badan bagi mengesan penyakit seseorang. Contoh enzim selalu dianalisa untuk pendiagnosan penyakit di makmal-makmal perubatan di Malaysia adalah enzim amylase (AMY), alkaline phosphatase (ALP), alanine transferase (ALT), aspartate transferase (AST), lactate dehidrogenase(LDH), creatine kinase (CK) , dan gamma glutamyl tranferase (GGT). Di kebanyakan makmal perubatan di Malaysia, pengesanan enzim-enzim ini dianalisa menggunakan alatan Chemistry Analyser dan mengguna kaedahtidakbalas enzim. Julat normal sesuatu ujian enzim adalah bergantung kepada prinsip tindakbalas dan alatan Chemistry Analyser yang digunapakai oleh sesebuah makmal.
Jenis-jenis enzim yang biasa dikesan bagi mengesan penyakit ialah:
Amylase
Amylase adalah merupakan salah satu enzim yang dikeluarkan oleh pankreas dalam membantu sistem penghadaman karbohidrat. Amylase juga dirembeskan oleh organ lain terutamanya kelenjar saliva. Amylase biasanya hadir dalam darah pada kuantiti yang kecil sahaja, apabila kecedaraan pada pankreas (pancreatitis) atau pankrease tersumbat oleh batu karang atau tumor, amylase akan meningkat dalam aliran darah. Peningkatan juga akan berlaku dalam air kencing. Enzim amylase akan diukur apabila seseorang itu menunjukkan simpton pancreatic disorder, contohnya sakit yang teruk pada abdomen atau belakang, demam, kehilangan selera makan dan loya. Ujian amylase dalam air kencing juga akan dijalankan sekiranya doktor merasakan perlu untuk membantu rawatan.
Julat Normal Amylase:
Serum Amylase : 25 – 115 IU/L
Urine: 59 – 401 U/24 jam
Kaedah : 2-ChIoro –4-nitophenyl Linked Substrate (Non Blocked Maltotrioside-CNP-G3)
Analyzer : Beckman Coulter AU2700
Alanine Transaminase (ALT)
Enzim Alanine Transaminase merupakan sejenis enzim yang selalu dijumpai dalam sel hati dan buah pinggang dan sedikit dalam jantung dan otot. Dalam individu yang sihat, paras ALT dalam darah adalah rendah. Jika berlaku kerosakan hati, ALT akan dibebaskan ke aliran darah. ALT sangat diperlukan untuk mengesan kerosakan hati terutama dalam pesakit yang mengidap hepatis dan mengesan dadah/ ubat atau lain-lain sebatian yang berlebihan dalam hati. Pada kebiasaannya , doktor akan memohon ujian ALT bila pesakit menunjukkan keletihan, hilang selera makan, loya serta muntah, bengkak pada abdomen, jaundis , air kencing berwarna gelap atau najis berwarna cerah dan kegatalan
Julat Normal Alanine Trasaminase
Serum Alanine Trasaminase (Dewasa) : 30 – 65 U/L
Kaedah: L-Alanine ,IFCC 37?C/ Modified without Pyridoxal -5-Phosphate (P5P),
Analyzer: Beckman Coulter AU2700
Aspartate Transaminase (AST)
Enzim ini juga dikenali sebagai glutamic-oxaloacetic transaminase (SGOT). Kebiasaannya , enzim ini dijumpai di dalam sel –sel di seluruh badan , terutama di dalam hati dan jantung, dan paling kurang dalam buah pinggang dan otot. Dalam individu yang sihat, AST dalam darah adalah rendah. Bila ada kecedaraan pada sel hati dan otot, AST akan dirembeskan dalam darah dan parasnya akan meningkat. Ini menyebabkan AST sangat diperlukan untuk mengesan kerosakan hati. AST biasa digunakan untuk mengesan kerosakan hati. Doktor akan membuat permohonan ujian AST beserta ALT sebagai sebahagian dari ujian Fungsi Hati
Julat Normal Aspartate Trasaminase
Serum Aspartate Trasaminase (Dewasa) : 15 – 37 U/L
Kaedah: L-Aspartate,IFCC without P5P, Analyzer: Beckman Coulter AU2700
Alkaline phospatase (ALP)
Alkaline phosphatase biasanya dikenali sebagai ALP , ditemui di dalam beberapa tisu badan seperti hati, tulang, buah pinggang, usus, dan plasenta wanita yang mengandung. Walau bagaimanapun, ALP paling tinggi kepekatannya dalam sel yang terdapat pada hati dan tulang. Dalam hati diperlukan untuk membantu mencerna lemak dalam diet . ALP dalam tulang dikeluarkan oleh sel-sel yang dipanggil osteoblasts (sel-sel yang terlibat dalam pembentukan tulang).
Peningkatan paras ALP dalam darah biasanya berkaitan dengan penyakit hati atau penyakit tulang. Jika peningkatan paras ALP sangat tinggi, , kemungkinan berlaku satu atau lebih saluran hempedu tersumbat. Jika peningkatan paras ALP sedikit , kemungkinan berlaku dalam kanser hati dan sirosis disebabkan oleh dadah toksid yang memberi kesan kepada hati ataupun disebabkan oleh kuman hepatitis. ALP juga boleh meningkat dalam beberapa keadaan seperti pembetukan tulang yang berlebihan seperti dalam kes gangguan pembentukan tulang contohnya penyakit Paget’s, penyakit rheumatic dan semasa proses penyembuhan patah. Kanak-kanak dan remaja biasanya mempunyai paras ALP yang tinggi kerana tumbesaran tulang.
ALP biasanya dipohon sebagai salah satu ujian rutin yang termasuk dalam ujian fungsi hati.
Tanda-tanda dan simpton hati yang mungkin terlibat ialah letih, lemah , kehilangan selera makan, loya dan muntah. Selain itu tanda-tanda berkaitan sakit-sakit badan, bengkak, jaundis, air kencing gelap atau najis berwarna cerah serta gatal-gatal.
Julat Normal Alkaline phospatase
Serum Alkaline phospatase (Dewasa) : 50 – 136 U/L
Kaedah : P-nitrophenylphosphate, Analyzer: Beckman Coulter AU2700
Gamma – glutamyl tranferase (GGT)
GGT adalah enzim yang dijumpai dalam banyak organ, contoh buah pinggang, hati dan pancreas. Walau bagaimanapun sumber utama adalah dalam hati. GGT adalah meningkat dalam kebanyakan penyakit adalah disebabkan kerosakan hati/hempedu yang akut. Peningkatan paras GGT biasa dikaitkan dengan pengambilan alkohol atau keadaan lain contohnya Congestive heart failure. GGT boleh digunakan untuk saringan pengambilan alcohol yang berlebihan ( biasanya ia akan meningkat sebanyak 75% dalam peminum yang kronik. Kadang-kadang ia digunakan untuk memantau orang yang menyalahgunakan alkohol atau orang sedang dalam rawatan terhadap alkohol atau kerosakan hati, Tujuannya untuk mengetahui samada mematuhi rawatan atau tidak.
|
|
Normal Range Glutamyl Tranferase
Serum Glutamyl Tranferase (Dewasa) Lelaki : 15 – 85 U/L
Wanita : 5 – 55 U/L
Kaedah: IFCC 2002 (Enzymes), Analyzer: Beckman Coulter AU2700
Creatinine Kinase (CK)
CK merupakan salah satu daripada kardiak enzim.. Kardiak enzim pula ialah protein yang dikeluarkan dari sel otot jantung dan dirembeskan ke dalam darah apabila otot jantung cedera. CK dirembeskan ke dalam aliran darah 4 hingga 6 jam selepas kecederaan sel otot jantung berlaku dan mencapai paras puncak selepas 24 jam. Doktor akan memohon ujian ini bila mendapati seseorang berasa sakit dada dan disyaki ada serangan jantung.
Julat Normal Creatinine Kinase
Serum Creatinine Kinase (Dewasa) Lelaki : 35 – 235 U/L
Wanita : 21 – 215 U/L
Kaedah: IFCC 2002 (Enzymes), Analyzer: Beckman Coulter AU2700
Lactate Dehidrogenase (LDH)
Lactate dehidrogenase (LDH) ialah sejenis enzim yang dijumpai dalam sel-sel badan dan sedikit sahaja ditemui dalam darah. LDH memainkan peranan penting dalam respirasi sel. Contohnya dalam proses menukarkan gula kepada tenaga. Dalam keadaan normal,paras LDH akan berada keadaan rendah dalam badan. Paras LDH meningkat bila berlaku kecederaan tisu kerana dikeluarkan dari sel ke dalam darah terutama dalam hat dan jantung . LDH juga tinggi dalam pemecahan sel darh merah (hemolytic anemia), keretakan tulang , dalam sakit kanser dan juga jangkitan kuman, Walau bagaimanapun LDH selalunya digunakan sebagai petunjuk kepada serangan jantung dan selalunya dipohon bersama CK dan CKMB.
Normal Range Lactate Dehidrogenase
Serum Lactate Dehidrogenase (Dewasa) Lelaki : 85 – 227 U/L
Wanita : 81 – 234 U/L
Kaedah: Lactate-pyruvate , IFCC Standardization (IFCC 2002 Enzymes),
Analyzer: Beckman Coulter AU2700
Pungutan sampel untuk analisa enzim:
Jenis enzim |
Sampel untuk analisa |
Amylase |
Sampel darah diambil dari vena di tangan) ,kadang-kadang pungutan 24 jam air kencing atau cairan peritoneal. |
AST , ALT, ALP, CK, LDH dan GGT
|
Sampel darah diambil dari vena di tangan. Sampel darah diempar untuk mendapatkan serum. Sampel serum digunakan untuk dianalisa kandungan enzimnya.
|
Analisa Sampel Darah Di Makmal Perubatan
Contoh pungutan sampel darah untuk dianalisa. Gambar kanan contoh sampel darah di makmal patologi kimia, HRPZ II, Kota Bharu
Contoh Chemistry Analyser yang digunakan untuk analisa sampel darah
Rujukan
- http://www.labtestsonline.org.uk/understanding/analytes
- Soldin SJ, et al: Pediatric Reference Ranges, AACC Press, Washington DC 1997
Tietz Textbook of Clinical Chemistry. Editors Burtis and Ashwood. WB Saunders Company, Philadelphia, 1999 - Swaroop VS, Chari ST, Clain JE: Acute pancreatitis, JAMA 2004; 291:2865-2868
- Clinical Biochemistry- An Illustrated Colour Text (Fourth Edition), Allan Gaw, Michael J.Murphy, Robert A. Cowan, Denis St. J. O’Reilly, Michael J. Stewart, James Shepherd.
- http://kidshealth.org/parent/system/medical/test_ldh.html
Semakan Akhir | : | 26 Ogos 2014 |
Penulis / Penterjemah | : | Rofidah bt. Abu Bakar |
Akreditor | : | Dr. Nik Muhammad b. Mahmood |