Blog adalah satu laman web tidak formal yang selalunya berformatkan seperti sebuah diari. Blog sering mengandungi maklumat atau perbincangan mengenai sesuatu perkara. Terdapat beberapa jenis blog seperti blog peribadi, blog berkumpulan/ kolaboratif, blog video, microblog dan banyak lagi.
Penulis blog memainkan peranan penting untuk membentuk persepsi awam mengenai sesuatu topik. Kandungan blog akan kekal. Oleh itu adalah penting untuk setiap penulis blog untuk jujur, beretika dan menghormati pendapat orang lain. Beretika bermaksud mematuhi standard kelakuan profesional dan sosial yang diterima oleh masyarakat.
Tatacara kelakuan penulis blog (The Blogger’s Code of Conduct) telah dicadangkan pada 2007 oleh Tim O’Reilly untuk membantu penulis-penulis blog. Setiap penulis blog perlu bertanggungjawab kepada tulisan mereka sendiri dan juga bertanggungjawab kepada komen-komen yang ditulis di blog tersebut.
Kod etika dan kelakuan untuk penulis blog:
- Tidak membahayakan sesiapa
- Jangan menulis maklumat yang boleh membahayakan orang yang tidak bersalah, secara sengaja.
- Jangan menulis kenyataan rasis
- Jujur dan adil
- Jangan meniru hak cipta tulisan orang lain (plagiarize)
- Kenalpasti sumber rujukan tulisan anda
- Jangan sekali-kali menulis maklumat yang tidak tepat
- Hormati orang lain.
- Akauntabiliti
- Isytiharkan sebarang konflik berkepentingan (conflict of interest), sebarang agenda, aktiviti-aktiviti dan kerjasama dengan mana-mana individu/ persatuan.
- Sekiranya ada kesilapan dalam tulisan anda, akui kesilapan tersebut dan betulkan dengan segera.
- Dedahkan amalan yang tidak beretika penulis blog yang lain.
- Tulis perkara yang tepat
- Cuba sedaya upaya untuk menulis perkara yang tepat di blog.
- Sentiasa menulis perkara yang benar
- Meminimakan kemudaratan(minimize harm)
- Peka dengan sensitiviti golongan yang perlu dilindungi (vulnerable) seperti golongan kanak-kanak.
- Sensitif kepada mereka yang menjadi mangsa akibat sebarang tragedi
- Sedar bahawa setiap orang ada hak privasi masing-masing.
- Tulis pendapat anda sebagai pendapat, bukan fakta. Jangan mengelirukan pendapat dengan fakta.
- Pastikan pembaca anda tahu tahap toleransi anda untuk komen-komen yang kesat dan menghina.
- Jangan menulis apa yang anda tidak akan katakan sekiranya berjumpa secara berdepan.
- Berikan pujian sekiranya pujian berhak diterima.
Kesimpulan:
Integriti dan nilai-nilai peribadi memainkan peranan penting untuk menunjukkan kredibiliti penulis blog.
Rujukan:
- https://mor10.com/code-of-ethics-for-bloggers-social-media-and-content-creators/
- https://en.wikipedia.org/wiki/Blog
- http://ijnet.org/en/blog/basic-ethics-bloggers
- https://fromtheleft.wordpress.com/bloggers-code-of-ethics/
- https://en.wikipedia.org/wiki/Blogger%27s_Code_of_Conduct
- http://kikolani.com/become-ethical-blogger.html
Semakan Akhir | : | 25 Jun 2018 |
Penterjemah | : | Dr. Harlina Bt. Bahar |
Akreditor | : | Dr. Hargeet Kaur a/p Basant Singh |