Sebanyak 8.1% daripada warga emas yang berumur 50 tahun ke atas di Malaysia adalah dijangka mengalami masalah penglihatan sederhana-teruk di kedua-dua belah mata. Sebanyak 86.3% daripada kes tersebut berpotensi untuk dirawati.
Simptom
Sebab-sebab gangguan penglihatan
- Rabun Mata
- Katarak
- Tekanan tinggi dalam bola mata (Glaukoma)
- Kerosakan pada selaput dalam mata (macular degeneration)
- Kerosakan mata akibat diabetes
Komplikasi
- Kemalangan
- Jatuh
- Patah tulang
- Ketidakupayaan berdikari atau melakukan aktiviti harian
- Kualiti hidup yang rendah
- Pengasingan sosial
- Kemurungan
Rawatan
- Rabun Mata – penggunaan cermin mata
- Katarak – pembedahan dan pembuangan katarak dan penggantian kanta mata
- Tekanan tinggi dalam bola mata (Glaukoma) – rawatan secara ubat atau pembedahan oleh pakar mata
- Kerosakan pada selaput dalam mata (macular degeneration) – rawatan laser dan alat bantuan penglihatan
- Kerosakan mata akibat diabetes – kawalan diabetes dengan baik dan rawatan lanjut dengan laser
Pencegahan
- Diabetes – Saringan awal dan rawatan optima untuk mengawal penyakit diabetes sebelum melarat
- Tekanan tinggi dalam bola mata (Glaukoma) – Saringan awal untuk pesakit yang mempunyai sejarah keluarga
Rehabilitasi
- Alat bantuan penglihatan seperti kanta mata
- Penilaian dan nasihat oleh jurupulih anggota dan jurupulih cara kerja mengenai pengubahsuaian dan keselamatan persekitaran
Rujukan:
Chew FLM1, Salowi MA1,2, Mustari Z3, Husni MA1, Hussein E1, Adnan TH4, Ngah NF5, Limburg H6, Goh PP4. Estimates of visual impairment and its causes from the National Eye Survey in Malaysia (NESII).
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Dr. Mohd Daud Che Yusof |
: | Pn. Normah Bachik | |
Akreditor | : | Dr Lee Fatt Soon |
Penyemak | : | Dr. Ho Bee Kiau |