Kriteria Untuk Jagaan
Hak Penjagaan untuk menempatkan seseorang remaja dalam jagaan JKM akan diputuskan selepas kes tersebut dibentangkan ke mahkamah. Tanggungjawab utama dalam menempatkan anda di pusat jagaan adalah untuk memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan anda terjamin setiap masa. Keputusan mengenai hak penjagaan yang dibuat oleh Hakim adalah berdasarkan “kepentingan terbaik kanak-kanak”. “Kepentingan terbaik kanak-kanak” dari segi undang-undang menghendaki mahkamah untuk memberi tumpuan kepada keperluan kanak-kanak dan bukan berdasarkan keperluan ibu bapa.
Hakim perlu melihat pada pelbagai aspek untuk memastikan keputusan mereka berdasarkan kepentingan terbaik anda sebagai seorang kanak kanak (Akta Kanak – Kanak 2001):
- Adakah ibubapa anda mendera anda?
- Adakah ibubapa terlibat dalam penyalahgunaan sama ada dadah atau alkohol?
- Adakah anda terdedah kepada keganasan rumah tangga?
- Adakah anda sebagai kanak-kanak mempunyai tempat yang selamat untuk hidup?
- Adakah anda sebagai kanak-kanak dapat cukup makan dan pakai?
- Adakah anda mendapat pengawasan dan penyeliaan yang mencukupi?
- Adakah anda mendapatkan sokongan emosi yang mencukupi?
Apakah kelebihan untuk hidup dalam jagaan?
- Anda akan menerima sokongan ekonomi yang mencukupi
- Keselamatan anda terjamin
- Anda dikeluarkan dari sebarang konflik
- Anda mendapat kestabilan emosi
Bagaimana untuk mengatasi pengaruh negatif?
- Sentiasa berfikiran positif
- Luah dan kongsi kebimbangan anda dengan rakan anda
- Laporkan kepada penyelia atau pegawai anda jika terdapat sebarang masalah
- Laporkan sebarang kejadian buli (
Menangani perubahan hidup ( Perubahan Hidup )
Perkara yang anda boleh lakukan untuk menghadapi perubahan kehidupan lebih mudah:
- Raikan sebarang perkara positif.
- Terima dan merangka semula.
- Uruskan tekanan atau masalah anda dengan baik (Pengurusan Stres)
- Menerima hakikat dan mengakui ianya
- Tanya diri anda adakah anda boleh mengawal keadaan.
- Bertindak segera dan dapatkan sokongan.
Semakan Akhir | : | 25 Jun 2018 |
Penterjemah | : | Dr. Siti Aishah Bt. Saidin |
Akreditor | : | Dr. Rozimah Bt. Abdul Latiff |