Hiperlipidemia (Pemakanan Remaja yang Mengandungi Tinggi Lemak)
Pengenalan
Kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi sangat merbahaya kepada kesihatan. Ia boleh menyebabkan sakit jantung, darah tinggi dan angin ahmar. Anda perlu memantau tahap kolesterol dalam darah. Ia boleh dilakukan di hospital yang berdekatan dengan tempat tinggal anda
Tahap kolesterol darah saya tinggi, apakah makanan yang perlu saya ambil ?
Ambil sekurang-kurangnya satu hidangan yang kaya vitamin A atau “Carotenoids” setiap hari, contohnya :- sayuran hijau, lobak merah, tomato, kentang, mangga, betik atau tembikai. Ambil juga kumpulan makanan yang kaya dengan vitamin C. Contoh:- jambu, betik, oren, mangga atau belimbing
- Kurangkan pengambilan lemak atau ambil makanan rendah lemak.
- Kurangkan pengambilan kolesterol atau ambil makanan yang mengandungi rendah kolesterol
- Gantikan daging dengan mengambil kekacang. Contoh :- kacang pis, kacang soya dan sebagainya.
- Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
- Lebihkan makan bijiran seperti nasi, oat, barli, jagung, gandum dan produk bijirin.
- Lakukan senaman atau tingkatkan aktiviti fizikal.
Kandungan lemak di dalam makanan yang terpilih
Bijiran
Makanan
|
Saiz Hidangan (g)
|
Kandungan Lemak (g)
|
---|---|---|
Nasi | ½ cawan (64g) |
0.05
|
Oat | 3 sudu besar (18g) |
0.6
|
Pulut | 20 g |
0.46
|
Barli | 2 sudu besar (26g) |
0.4
|
Tepung gandum | 3 sudu besar (26g) |
0.3
|
Makaroni | 1/3 cawan |
0.3
|
Mi | 1/3 cawan |
0.3
|
Biskut krim kraker | 3 keping |
3.6
|
Biskut marie | 3 keping (21g) |
2.4
|
Biskut bijan | 3 keping (15g) |
1.2
|
Ubi-ubian
Makanan
|
Saiz Hidangan (g)
|
Kandungan Lemak (g)
|
---|---|---|
Keladi | ½ cawan (69g) |
0.3
|
Ubi kayu | ½ cawan (77g) |
0.2
|
Kekacang
Makanan
|
Saiz Hidangan (g)
|
Kandungan Lemak (g)
|
---|---|---|
Kacang kuda | 1/3 cawan (62g) |
3.2
|
Dal | 1/3 cawan (66g) |
0.87
|
Kacang pis | 1/3 cawan (65.7g) |
0.5
|
Susu kacang soya | 1 kotak (50mls) |
3.0
|
Produk daging
Makanan
|
Saiz Hidangan (g)
|
Kandungan Lemak (g)
|
---|---|---|
Daging lembu tanpa lemak | ½ cawan (123g) |
2.6
|
Ginjal lembu | ½ cawan (128g) |
3.5
|
Paru lembu | ½ cawan (92g) |
0.1
|
Usus lembu | 1 keping (11g) |
0.1
|
ayam | 1 keping (11g) |
3.0
|
Organ dalaman ayam | 2 ketul (66g) |
1.8
|
Kambing | 5 keping (61g) |
2.6
|
Hati khinzir | 1 keping (73g) |
3.1
|
Ikan | 40g |
<3.00
3.00 |
Kuih
Makanan
|
Saiz Hidangan (g)
|
Kandungan Lemak (g)
|
---|---|---|
Coklat wafer | 1 keping (14g) |
3.2
|
Kuih koci pulut putih | 1 keping (82g) |
2.9
|
Kuih seri muka | 1 keping (99g) |
3.8
|
Kuih pau kacang merah | 1 keping (80g) |
2.8
|
Kuih tat nanas | 3 keping (15g) |
3.0
|
Buah-buahan
Makanan
|
Saiz Hidangan (g)
|
Kandungan Lemak (g)
|
---|---|---|
Buah susu / Avocado | 1 (229g) |
30.6
|
Buah pala | 1 |
40.6
|
Susu, yogurt dan keju
Makanan
|
Saiz Hidangan (g)
|
Kandungan Lemak (g)
|
---|---|---|
Aiskrim | 2 skop (90g) |
12.0
|
Keju | 1 keping (20g) |
7.0
|
Marjerin | 2 sudu teh (10g) |
8.0
|
Susu pekat manis | 1 sudu besar (15g) |
1.0
|
Susu penuh krim | 1 sudu besar (7g) |
2.0
|
Susu tanpa lemak/ skim | 1 sudu besar (7g) |
0.0
|
Yogurt rendah lemak | 1 cawan (150g) |
0.0
|
Yogurt perisa buah-buahan | 1 cawan (150g) |
Semakan akhir | : | 25 Januari 2008 |
Penulis | : | Dr. Zainab bt. Kusiar |