A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kaki Bengkak atau Edema di kalangan Warga Emas

Punca utama bengkak kaki di kalangan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas ialah pembuluh darah yang kurang berfungsi (venous insufficiency)

Pengenalan

  • Bengkak kaki boleh terjadi  di mana-mana bahagian kaki, termasuklah  tapak kaki, buku lali, betis dan peha
  • Punca bengkak kaki kronik ini adalah rumit dan berbagai-bagai faktor yang boleh menyebabkan terjadinya pembengkakan kaki
  • Pesakit yang mengalami bengkak kaki kronik boleh menyebabkan tekanan psikologi dan mungkin mempunyai masalah untuk bergerak
  • Strategi  rawatannya ialah untuk mengawal kebengkakan dan mengurangkan masalah yang berkaitan untuk meningkatkan kualiti hidup
  • Punca utama bengkak kaki di kalangan warga emas yang berumur  60 tahun ke atas ialah pembuluh darah yang kurang berfungsi (venous insufficiency). Keadaan ini melibatkan 30% daripada jumlah populasi
  • Jenis pembengkakan kaki bergantung kepada tempoh masa pembentukan edema itu :
    • Edema akut @ kurang 72 jam (3 hari)
    • Edema kronik @ lebih dari 72 jam
  • Pembengkakan kaki / edema dihasilkan oleh :
    • Pengumpulan cecair (penyimpanan cecair atau cecair yang terperangkap dalam tisu)
    • Inflamasi atau kecederaan  tisu atau sendi
  1. Pembengkakan kaki /edema  dihasilkan oleh pengumpulan cecair dalam tisu kaki dikenali sebagai  peripheral oedema. Punca-punca penyebabnya seperti berikut :
    • Kegagalan ginjal/ buah pinggang secara akut / kronik
    • Penyakit tisu jantung (cardiomyopathy)
    • Pembuluh darah kurang berfungsi yang kronik (chronic venous insufficiency)
    • Kegagalan jantung
    • Sistem  limfa yang tersumbat (lymphedema)
    • Penyakit buah pinggang (Nephrotic syndrome)
    • Ubat tahan sakit (non-steroidal anti-inflammatory drugs/ NSAIDs), contohnya : ibuprofen
    • Ubat-ubatan untuk rawatan kemurungan, diabetes dan darah tinggi
    • Duduk atau berdiri terlalu lama
    • Darah beku biasanya di bahagian kaki (thrombophlebitis)
  1. Punca pembengkakan kaki disebabkan oleh inflamasi:

    • Pembengkakan kaki mungkin disebabkan tindakbalas sistem  pertahanan badan terhadap inflamasi tisu di kaki
    • Bengkak kaki berkaitan dengan inflamasi  biasanya  mempunyai kesakitan

Faktor–faktor yang boleh menyebabkan inflamasi di kaki ialah :

  • Tendon  Achilles yang terputus / cedera
  • Koyak anterior cruciate ligament ( ACL) pada lutut
  • Patah tulang kaki, betis atau buku lali
  • Penyakit gout (sakit sendi disebabkan uric acid berlebihan)
  • Infeksi atau luka pada kaki
  • Bursitis lutut ( inflamasi kantung air dalam sendi lutut)
  • Osteoarthritis
  • Rheumatoid arthritis (inflamasi sendi)
  • Lutut yang terseliuh

Gejala dan tanda-tanda

Pengambilan kronologi penyakit adalah penting untuk mengetahui punca kaki bengkak. Elemen yang penting dalam pengambilan kronologi penyakit termasuklah:

  1. Berapa lamakah pembengkakan kaki itu berlaku?
    • Akut atau kronik. Jika  akut, kemungkinan berpunca daripada ‘deep vein thrombosis’
  2. Adakah edema itu sakit?
    • Deep vein thrombosis dan reflex sympathetic dystrophy  biasanya sakit
    • Kronik venous insufficiency biasanya sakit sedikit
    • Lymphedema yang tiada sakit
  3. Apa jenis ubat-ubatan yang diambil?
    • Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kaki bengkak adalah : calcium channel blocker,b-blocker,prednisolone, anti- inflammatory , hormone progesterone, estrogen, testosterone
  4. Adakah sejarah penyakit sistemik?
    • Penyakit jantung, hati atau  buah pinggang
  5. Adakah sejarah barah pelvik atau abdomen dan menjalani rawatan radiasi?
    • Barah rahim, barah usus dan lain-lain lagi
  6. Adakah edema itu bertambah baik pada waktu malam?
    • Venous edema akan berkurangan pada waktu malam
  7. Adakah sejarah berkaitan dengan sleep apnea?
    • Sleep apnea akan menyebabkan pulmonary hypertension – punca utama kaki bengkak

Pemeriksaan Fizikal :

Elemen yang penting dalam pemeriksaan fizikal termasuk :

  • Body mass index (BMI) – Kegemukan berkait rapat dengan sleep apnea dan venous insufficiency
  • Lokasi kaki bengkak :
    • Kaki bengkak pada sebelah sahaja – punca setempat contohnya deep vein thrombosis,venous insufficiency
    • Kaki bengkak pada kedua-dua belah –  punca setempat atau penyakit sistemik, contohnya kegagalan jantung atau penyakit buah pinggang
    • Bengkak pada keseluruhan badan – penyakit sistemik
  • Kesakitan  bila disentuh – deep vein thrombosis, cellulitis

  • Bengkak berlekuk bila ditekan (pitting) – deep vein thrombosis dan venous insufficiencyMyxedema dan lymphedema yang teruk biasanya bengkak tidak berlekuk bila ditekan
  • Varicose veins – pesakit dengan venous insuffiency  selalu mempunyai salur darah bergumpul-gumpul di kaki
  • Tanda Kaposi-Stemmer – tidak boleh mencubit kulit pada permukaaan dorsal jari kaki kedua
  • Perubahan kulit – hemosiderin berwarna coklat berkumpul di bahagian kaki bawah dan buku lali. Ini konsisten dengan penyakit venous insuffiency
  • Tanda-tanda penyakit sistemik :
    • Kegagalan jantung – saluran darah jugular mengembang, paru-paru berbunyi
    • Penyakit hati – air terkumpul di ruang perut (ascites), jaundis

Komplikasi

  • Tidak boleh bergerak disebabkan oleh kaki bengkak
  • Deformiti kaki
  • Bengkak kaki yang kronik akan menyebabkan perubahan pada kulit dan senang mendapat infeksi kulat dan bakteria
  • Menurunkan kualiti hidup

Rawatan

Jika punca kaki bengkak tidak diketahui, beberapa ujian patut dilakukan :

  • Complete blood count
  • Urinalysis
  • Fungsi buah pinggang dan elektrolit
  • Paras gula dalam darah
  • Fungsi tiroid
  • Fungsi hati

Ujian tambahan yang disarankan bergantung ke atas presentasi klinikal. Contohnya :

  • Punca jantung – ECG, Echocardiogram, x-ray dada.
  • Edema akut (< 72 jam) – pemeriksaan doppler.
  • Nephrotic syndrome – ujian lemak dalam darah dan uji kaji asas.
  • Ujian pengimejan lymphoscintigraphy – untuk membezakan lymphedema daripada venous edema dan untuk mengetahui punca lymphedema.

Rawatan bergantung kepada punca bengkak kaki atau edema sama ada akut atau kronik, penyakit sistemik atau kanser.

Contohnya :

  1. Acute deep vein thrombosis – dirawat dengan low – molecular weight heparin
  2. Venous insufficiency – keadaan kronik yang dirawat dengan meninggikan kaki dan penggunaan sarung kaki panjang. Tujuan utamanya untuk membantu mengurangkan bengkak dan mengekalkan bentuk kaki kepada bentuk asal supaya tidak berlaku pengumpulan cecair.
  3. Lymphedema – rawatan yang tidak spesifik  termasuklah  senaman, meninggikan kaki, compressive  garments dan manual pengaliran limfa

Pencegahan

  1. Rawat punca penyebabnya sebelum komplikasi bengkak kaki terjadi
  2. Nasihat, informasi dan pendidikan kesihatan  kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan awal jika berlaku kaki bengkak
  3. Petua- petua yang boleh diikuti untuk mengurangkan kaki bengkak :
    • Letakkan bantal di bawah kaki apabila berbaring, ini akan mengurangkan bengkak kaki disebabkan pengumpulan cecair
    • Jika memerlukan waktu yang panjang untuk duduk atau berdiri, luangkan masa untuk rehat seketika  dan bergerak di sekeliling kecuali pergerakan itu menyebabkan kesakitan.
    • Jangan sesekali memberhentikan ubat-ubatan yang diberi oleh doktor  sebelum memberitahu mereka walaupun  ubat itu menyebabkan kaki bengkak

Rehabilitasi

  • Tujuan utama menjalankan senaman dalam kes bengkak kaki kronik adalah untuk meningkatkan pergerakan dan fleksibiliti dan seterusnya menambah baik perjalanan aliran saluran limfa dan pembuluh darah
  • Memerlukan nasihat/ bantuan jurupulih anggota dan jurupulih cara kerja.
  • Program senaman adalah secara individu/bersendirian
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Sanidah bt. Md. Ali
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,803,646

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-21 15:33:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia