A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kecederaan Mata

Pengenalan

Kecederaan mata adalah merupakan kes kecemasan yang sering dirujuk dan dilihat di hospital. Ini boleh berlaku akibat dari pergaduhan, terjatuh, terdedah pada bahan kimia atau bendasing di tempat kerja atau kemalangan jalanraya. Adalah sangat penting sekiranya orang awam dan pengamal perubatan awam dapat membezakan di antara kecederaan mata akibat benda tumpul dengan kecederaan mata akibat tusukan. Kecederaan jenis tertusuk boleh menyebabkan jangkitan kuman yang mana akan mengancam penglihatan jika tidak dirujuk dan dirawat dengan segera.

Kecederaan mata jenis tertutup adalah akibat dari tumbukan dan kecederaan sukan (contohnya badminton atau tennis). Kecederaan mata jenis tertusuk sering terjadi pada kanak-kanak semasa bermain dengan objek tajam, kemalangan jalanraya akibat kemasukan serpihan cermin kenderaan yang pecah dan kemalangan ditempat kerja dimana terdapat partikel-partikel yang berterbangan pada kelajuan yang tinggi.

Gambar menunjukkan kecederaan akibat benda tumpul

(sering berlaku ketika kimpalan dan meratakan permukaan besi)

 

Gambar menunjukkan kecederaan akibat benda tumpul

 

Gambar menunjukkan kecederaan akibat tusukan benda tajam

Tanda & gejala

Kecederaan mata jenis tertutup boleh mengakibatkan lebam di sekeliling mata , sakit mata akibat luka pada kornea, kabur penglihatan akibat pendarahan atau kecederaan pada bahagian retina dan penglihatan berganda akibat keretakan pada tulang rongga mata.

Sebaliknya, sekiranya terdapat sebarang perubahan pada iris atau anak mata selepas kecederaan, kita seharusnya lebih peka tentang kemungkinan berlakunya luka terbuka pada mata tersebut kerana pesakit seperti ini memerlukan rujukan segera.

Secara amnya, gejala-gejala seperti kurang penglihatan, sakit, penglihatan berganda dan lain-lain ketidakselesaan yang luar biasa selepas kecederaan mata, merupakan petanda bagi mendapatkan rawatan mata yang segera.

AWAS: Sebarang kes kecederaan mata di kalangan kanak-kanak perlulah mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor mata.

Komplikasi

Seperti yang telah diterangkan diatas, mata dengan luka terbuka memerlukan rawatan segera untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan kuman yang boleh mengancam penglihatan. Sesetengah kecederaan mata boleh mengakibatkan jangkitan kuman pada kornea, katarak, glaukoma, atau lekangan retina, dan kelewatan dalam mendapatkan rawatan boleh mengancam penglihatan

Rawatan

Rawatan pertama bagi kecederaan kimia adalah dengan mencuci mata menggunakan air yang bersih dengan banyak. Di dalam kes kecederaan kimia, seseorang itu tidak sepatutnya mencuba untuk menampan bahan kimia tersebut tetapi sebaliknya hendaklah mencairkannya dengan menyiram air bersih yang banyak. Mencuci mata serta merta dengan air yang banyak sebelum sampai ke hospital atau klinik adalah sangat penting untuk mengurangkan tahap kerosakan yang disebabkan oleh bahan kimia tersebut keatas mata.

PERHATIAN:Cucian mata hendaklah dilakukan serta merta di tempat kejadian dengan menggunakan air bersih yang berdekatan seperti air minuman, mineral atau air paip. Cucian mata hendaklah dilakukan dengan mata terbuka dan menggerakkan bola mata dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Ini bagi memastikan cucian adalah sekata dan berkesan.

Lain-lain jenis kecederaan mata seperti tusukan memerlukan perhatian segera dan rawatan pembedahan yang sewajarnya.

Pencegahan

Pencegahan adalah kata kunci yang paling utama. Pekerja-pekerja yang bekerja di persekitaran yang terdedah kepada risiko kecederaan mata hendaklah sentiasa memakai gogel pelindung.

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Kursiah Bt. Mohd Razali
Pn. Nor’Aini Bt. Anuar
Pn. Nor Azizah Bt. Ismail
Penyemak : Dr. Rosniza bt. Ab. Razak

Artikel Berkaitan

Ulser Kornea

Kornea adalah lapisan jernih terluar bahagian hadapan mata yang berbentuk

Bendasing

Kejadian bendasing memasuki mata agak sering ditemui. Dalam kebanyakan kes,

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,803,881

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-21 15:33:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia