Kehilangan gigi biasanya bermula pada usia enam tahun. Gigi susu akan tanggal bagi memberi ruang kepada gigi kekal untuk tumbuh. Dalam situasi normal, gigi ‘dewasa’ akan tumbuh tanpa sebarang masalah dan kekal sepanjang hayat kita.
Malangnya, mengekalkan gigi sepanjang hayat kadangkala tidak menjadi kenyataan. Orang dewasa boleh mengalami kehilangan gigi kerana beberapa sebab.
Kehilangan Gigi Boleh Terjadi Akibat:
- Cabutan yang disebabkan oleh masalah pergigian (karies gigi atau penyakit gusi)
- Trauma atau kecederaan
- Tiada pembentukan gigi kekal atau gigi gagal tumbuh selepas gigi susu tanggal
- Dicabut untuk rawatan ortodontik
Tidak semua orang menghadapi masalah dengan kehilangan gigi. Ianya bergantung kepada bilangan gigi yang hilang dan kedudukannya di dalam mulut. Ia mungkin tidak memberi kesan atau impak yang penting semasa makan.Tetapi dalam sesetengah kes, ianya amat memberi kesan dari segi kosmetik atau fungsi yang mendorong individu itu mendapatkan rawatan bagi menggantikan kehilangan gigi tersebut.
Sepertimana yang kita ketahui, gigi mempunyai pelbagai fungsi seperti mengunyah, bertutur, senyuman yang menawan, menahan otot dan tisu muka serta mencegah gigi lain dari bergerak. Apabila kehilangan gigi berlaku, keseluruhan keseimbangan ini terganggu dan boleh menyebabkan berbagai masalah.
Masalah-Masalah Akibat Kehilangan Gigi :
- Kesukaran untuk makan atau mengunyah
- Kesukaran dalam pertuturan
- Estetik (kecantikan)
- Pipi dan bibir kelihatan ke dalam (sunken in)
- Pergerakan gigi-gigi bersebelahan (Shifting or drifting )
- Pertumbuhan melampau gigi bertentangan (over erupt)
- Sakit pada sendi temporomandibel (antara rahang atas dan bawah)
Tidak semua kehilangan gigi perlu diganti. Ianya perlu untuk menambahbaik salah satu atau kombinasi masalah di atas.
Dengan kemajuan pesat di dalam bidang pergigian moden, kehilangan gigi boleh diganti dengan beberapa cara. Pilihan dibuat bergantung kepada beberapa faktor yang sama penting peranannya. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan termasuklah kos, tempoh ketahanan, keselesaan, estetik, serta kesan terhadap gigi bersebelahan dan tisu mulut yang lain. Empat pilihan asas rawatan yang perlu dipertimbangkan adalah:
- Tidak perlu penggantian
- Dentur sebahagian (boleh tanggal)
- Jambatan tetap
- Implan pergigian
Tidak Perlu Penggantian
Tidak semua kehilangan gigi perlu diganti. Ianya bergantung kepada gigi apa dan kedudukanya di dalam mulut. Jika kehilangan gigi tidak memberi kesan kepada fungsi dan estetik, maka tiada gantian merupakan pilihan terbaik. Contohnya kehilangan gigi molar ketiga (geraham bongsu) tidak menyebabkan fungsi kunyahan terjejas serta tiada memberi kesan kepada senyuman dan struktur muka yang lain. Kehilangan gigi molar kedua pula tidak semestinya perlu diganti. Kajian klinikal mendapati walaupun kesemua empat molar kedua tiada, keberkesanan fungsi kunyahan tidak terjejas. Kehilangan gigi ini jarang memberi kesan kepada senyuman dan struktur muka serta paras rupa. Walau bagaimanapun, gigi bertentangan mungkin akan tumbuh melampau kerana tidak ditentang. Ini tidak semestinya terjadi, tetapi doktor pergigian dapat memantaunya melalui pemeriksaan mulut berkala.
Dentur Sebahagian Boleh Tanggal
Ia adalah prostesis boleh tanggal yang duduk secara padan rapat dan/atau lekatan dan perlu ditanggalkan untuk tujuan pembersihan. Ianya boleh diperbuat daripada logam (contohnya: cobalt-chrome) dan/atau akrilik. Biasanya seseorang itu mengambil masa untuk menyesuaikan diri memakainya. Makan dan bercakap akan menjadi lebih mudah setelah dapat menyesuaikan diri. Dengan peredaran masa, tulang dan gusi dibawah dentur akan mengecut. Ini akan menyebabkan dentur menjadi longgar dan perlu dibaiki untuk membolehkan ianya duduk semula dengan selesa.
Kelebihan |
Kekurangan |
|
|
Jambatan Tetap
Tidak seperti dentur sebahagian boleh tanggal, jambatan disimenkan tetap pada gigi asli ataupun pada implant. Gigi asli ini dipanggil gigi tupang yang bertindak sebagai penyokong jambatan. Gigi yang diganti dikenali sebagai pontik yang dihubungkan kepada korona yang meliputi gigi tupang.
Kelebihan |
Kekurangan |
|
|
Implan Pergigian
Implan pergigian adalah fikstur titanium yang ditanamkan ke dalam tulang untuk menggantikan akar gigi yang hilang. Ia tetap pada kedudukannya dan boleh membantu memelihara tulang sekeliling. Ia paling sesuai untuk menggantikan kehilangan satu gigi atau sebagai penyokong kepada jambatan untuk kes kehilangan gigi yang banyak. Ia juga boleh digunakan sebagai penyokong dentur penuh dan sebahagian. Dalam menggantikan fungsi kehilangan satu atau lebih batang gigi, implan adalah pilihan terbaik kerana tidak menjejaskan gigi bersebelahan. Ia tidak terdedah kepada karies dan lebih tahan daya terhadap penyakit gusi berbanding dengan gigi asli.
Kelebihan |
Kekurangan |
|
|
Dentur Sebahagian Diperbuat dari Cobalt-Chrome dan Akrilik
|
Dentur Penuh Dan Sebahagian Diperbuat Dari Akrilik
|
|
Jambatan Tetap Menggantikan Kehilangan Beberapa Batang Gigi
|
||
Kehilangan Sebatang Gigi Digantikan Oleh Korona Yang Disokong Oleh Implan
|
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis / Penterjemah | : | Dr. Zaini bt. Aziz |
Akreditor | : | Dr. Kamarul Hisham bin Kamarudin |
Penyemak | : | Dr. Roshima bt. Mohd Sharif |