Pengenalan
Warga emas mudah menjadi keliru. Kekeliruan ini boleh berlaku secara serta merta (keliru akut) atau beransur-ansur (keliru kronik).
Antara sebab yang boleh membuat wargatua mudah keliru adalah:
- Kecederaan langsung pada otak akibat luka, kemalangan, penyakit serebrovaskular atau ketumbuhan/ barah
- Sebab-sebab tidak langsung seperti penyakit fizikal lain, ganguan metabolik, kesan arak dan racun
- Gangguan emosi
- Sebab-sebab sosial seperti berpindah rumah
Kajian mendapati 10-40% warga emas yang dimasukkan ke hospital telah mengalami masalah keliru akut manakala 10% daripada golongan ini mengalami keliru kronik.
Tanda-tanda
Kita boleh mengesyaki seseorang warga emas mengalami keliru jika beliau:
-
- Sering lupa atau susah untuk mengingati peristiwa yang masih baru berlaku.
- Mengalami masalah memberi tumpuan semasa melakukan sesuatu aktiviti atau menjawab soalan yang diajukan.
Mengalami perubahan tingkah laku yang ketara seperti menjadi cepat resah gelisah, marah atau perlakuan agresif.
- Mengalami perubahan emosi yang berselang-seli seperti murung dan gembira lebih dari kebiasaan atau kedua-duanya pada masa yang sama. Kadangkala emosi-emosi lain juga boleh dialaminya.
- Menghadapi masalah melakukan kerja yang biasanya boleh disiapkan dengan mudah setiap hari. Penjelasan lanjut mengenai keliru akut boleh diperolehi melalui seksyen:
- Delirium
- Keterangan lanjut mengenai keliru kronik boleh diperolehi pada seksyen:
- Dementia
Komplikasi
- Berisiko untuk mendatangkan kecederaan pada diri sendiri atau orang lain
- Kurang zat makanan atau air akibat gagal menjaga diri dengan baik
- Mudah sesat
- Boleh tercicir atau kehilangan harta benda
- Persengketaan antara ahli keluarga
Rawatan
Rawatan yang dapat mengurang masalah keliru pada warga emas melibatkan pendekatan yang melibatkan:
- Ahli keluarga
- Pesakit sendiri:
- Pendekatan tanpa menggunakan ubat
- Penggunaan ubat khusus yang boleh didapati dari doktor
Pencegahan
- Mengamalkan cara hidup sihat seperti tidak merokok, makan secara sihat.
- Mengenal pasti masalah dan rawatan awal.
- Merawat penyakit yang menyumbang kepada masalah keliru.
- Latihan mental menerusi membaca, bermain permainan menguji minda.
- Kekalkan mental yang aktif
Pemulihan
Beberapa pendekatan boleh mengurangkan masalah bagi warga tua yang mengalami masalah keliru kronik
- Terapi validasi
- Terapi Mengimbau kenangan (Reminiscence)
Kumpulan Sokongan
NASCOM (National Council of Senior Citizens Organisations Malaysia)
AFDM(Alzheimer’s Disease Foundation of Malaysia) (www.adfm.org.my)
Persatuan Pesara Kerajaan
Majlis Pusat Kebajikan Malaysia
Gerantology Association of Malaysia (http://www3.jaring.my/gem)
Semakan Akhir | : | 20 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Suraya binti Yusoff |
: | Dr. Susy Mathew | |
: | En. Harol Hanam bin Muhammed Wahid | |
Penyemak | : | Prof. Madya Dr. Ramli Bin Musa |