A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Kembung Perut

Kembung Perut

Pengenalan

Kembung perut adalah reaksi angin dalam perut. Ia terjadi apabila badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan yang terhasil daripada minuman dan menelan makanan bersama air liur. Kembung perut adakala boleh memalukan. Tetapi ia masalah biasa yang boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Secara purata kebanyakan manusia melepaskan gas 15 kali hingga 40 kali setiap hari.

Diagnosis

Angin adalah kesan lebihan gas di dalam usus dan ia bukanlah penyebab utama yang perlu diambil kira. Walau bagaimanapun sekiranya angin ini diikuti dengan gejala lain, anda mungkin perlu bertemu dengan anggota kesihatan, kemungkinan gejala tersebut adalah kesan daripada situasi yang tidak didiagnosa. Walaupun kebanyakan kes kembung tidak merbahaya, ia boleh merupakan gejala ketidakhadaman makanan seperti gastroenteritis(cirit birit) atau irritable bowel syndrome(IBS)(cirit birit yang berterusan).

Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti sakit perut, najis berdarah, najis berwarna pucat dari kebiasaan dan susah untuk membuang air, sembelit dan/atau kehilangan berat badan, sila berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian dignosa yang lebih lanjut.

Dari segi perubatan keadaan yang menyebabkan kembung perut adalah:

  • irritable bowel syndrome (IBS), ” gastroenteritis,
  • diverticulosis atau diverticulitis, “
  • penyakit seliak (coeliac disease) “
  • ketidakhadaman

Tanda dan Gejala

Kembung perut yang berlebihan boleh diikuti oleh gejala lain yang disebabkan gas isi perut.

Sendawa – Gas dilepaskan melalui mulut dengan tindakan refleks secara tiba tiba. Keadaan ini berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin berlebihan yang biasanya daripada pemakanan, minuman atau merokok.

Kembung – perut anda terasa sangat penuh membuatkan anda terasa untuk sendawa. Ini biasanya berlaku apabila memakan makanan berat yang memerlukan masa yang panjang untuk proses pencernaan

Perut meragam – berlaku apabila perut bertindak balas dengan cepat , menyebabkan isi perut bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila anda lapar dan juga boleh terjadi apabila anda murung dan juga berdebar debar.

Komplikasi

  1. Malu untuk bersosial
  2. Terlalu merendah diri

Rawatan

Kembung perut biasanya dirawat dengan rawatan pemakanan. Pengubahsuaian cara hidup dan juga ubatan tanpa preskripsi doktor juga adakala boleh membantu. Penyelesaian tidak sama untuk setiap orang, namun dengan cubaan demi cubaan kebanyakan pesakit akan menemui cara penyembuhan yang sesuai.

Ubat tanpa preskripsi doktor( boleh dibeli di kedai-kedai ubat). Sesetengah ubat dapat membantu , anda boleh mencuba:

  1. Suplemen Laktosa : sekiranya anda mengalami masalah penghadaman laktosa, enzim laktosa boleh diambil untuk membantu mencernakan laktosa . Anda juga boleh mencuba produk tenusu tanpa laktosa yang terdapat di kebanyakan kedai dan pasaraya.
  2. Simethicone : mencuba semithicone yang terdapat di kedai ubat dan farmasi dapat membantu memecahkan gelembung gas dan sendawa yang berterusan,
  3. Activated charcoal : Pil charcoal juga boleh membantu, anda boleh mengambilnya sebelum dan selepas makan dan boleh didapati di kedai ubat dan sebagainya.

Pencegahan

Ukuran Pemakanan

  • Mengubah amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan jumlah gas yang dihasilkan oleh badan atau membantu mengeluarkan gas dengan lebih cepat melalui sistem anda.
  • Cuba kenalpasti dan galakkan makanan yang memberi kesan besar kepada anda. Kebanyakan orang tidak dapat menerima makanan seperti kacang, bawang, brokoli, bunga kobis, asparagus, buah pir, epal, buah pic, prun, gula gula tanpa gula, dan gula gula getah, roti gandum, bijiran bran, bir, soda dan minuman berkarbonat, susu, krim, aiskrim, dan susu ais.
  • Mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung terhasil daripada makanan berlemak. Lemak melambatkan proses pencernaan dan meningkatkan rasa perut yang penuh.
  • Mengurangkan pengambilan makanan tinggi serat seperti sayuran dan buah sementara waktu . Sekiranya anda mengambil suplemen serat, cuba kurangkan jumlah pengambilan dan ambil semula dengan keadaan beransur ansur. Pastikan suplemen serat diambil bersama sekurang kurangnya 8 auns air dan minum air lebih sepanjang hari.
  • Mengurangkan penggunaan produk tenusu harian anda. Cuba menggunakan produk tenusu berlaktosa rendah seperti yogurt. selain susu. Mengambil susu dalam jumlah yang rendah pada satu satu masa atau mengambil susu dengan makanan lain juga memudahkan proses penghadaman. Ada sesetangah kes memerlukan anda untuk terus berhenti dari mengambil produk tenusu.
  • Cubalah secawan teh pudina. Minyak pudina mengandungi menthol, yang mempunyai antispasmodic. Anda akan dapati rasa panas secawan teh pudina akan memberikan penyembuhan daripada gas dan kesakitan berpunca dari gas. Dalam hal lain, pudina boleh menyebabkan pedih ulu hati dan tindak balas asid.

Pengubahsuaian Cara Hidup

  • Cubalah jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan kerap daripada dua tiga kali jumlah yang besar.
  • Makan perlahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya susah, perlahankan cara dengan meletakkan sudu dan garfu diantara setiap suapan.
  • Elakkan gula gula getah, gula gula keras dan meminum menggunakan straw. Aktiviti ini boleh menyebabkan anda menelan jumlah air yang banyak.
  • Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dan perlahan lahan. Makan ketika dalam keadaan tertekan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.
  • Periksa gigi palsu anda. Kedudukan gigi palsu yang longgar boleh menyebabkan udara berlebihan tertelan semasa makan dan minum.
  • Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan.
Semakan Akhir : 22 April 2008
Penulis : Dr. A. Khalek Abd. Rahman

Artikel Berkaitan

Duromine

What is Duromine? Duromine is a product containing Phentermine as

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,803,884

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-21 15:33:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia