Definisi
Kepatuhan (komplians) kepada ubat ialah mematuhi arahan dan nasihat berkaitan ubat-ubatan anda yang akan diberikan oleh kumpulan profesional kesihatan.
Kepentingannya adalah:
- Bagi memulih kesihatan dan kekal sihat
- Bagi mengawal kesihatan diri anda
- Mengurangkan komplikasi akibat cara pengambilan ubat yang salah
- Mengelakkan peningkatan kos akibat pertambahan perundingan dengan doktor atau ahli farmasi atau kemasukan ke hospital.
Panduan Dalam Meningkatkan Komplians
- Ambil ubat pada waktu yang sama setiap hari.
- Kaitkan pengambilan ubat dengan waktu makan atau aktiviti harian seperti menggosok gigi.
- Gunakan alat bantuan untuk membantu anda mengingati jadual pengambilan ubat seperti kotak pil, carta/jadual pengambilan ubat, penggera (alarm) dan sebagainya.
- Bincang dengan ahli farmasi untuk membantu anda menyediakan jadual pengambilan ubat (lihat jadual 1: Contoh Jadual Pengambilan Ubat)
Nama Ubat | Jenis/Warna/ Bentuk/ sampel | Tujuan pengambilan | Waktu untuk diambil | Nota (Kesan sampingan / arahan tertentu) |
---|---|---|---|---|
Jadual 1: Jadual Pengambilan Ubat
- Gunakan alat khas seperti pemotong atau pemecah pil untuk memotong atau menghancurkan ubat jika diperlukan.
- Gunakan pelekat/pengingat pada cabinet/kotak/bekas ubat atau pada peti sejuk untuk mengingatkan tentang pengambilan ubat.
- Mintalah bantuan saudara-mara untuk mengingatkan anda untuk mengambil ubat.
- Ketahuilah tentang ubat anda, mengapa ia diberikan kepada anda, bagaimana ia berfungsi, dan lain-lain daripada ahli farmasi.
- Jangan ubah cara pengambilan ubat anda tanpa terlebih dahulu merujuk kepada doktor/ahli farmasi.
Semakan Akhir | : | 23 April 2014 |
Penulis | : | Rosidah bt. Din |
Siti Nurul Fathihah bt. Baharudin | ||
Hazlin bt. Othman | ||
Akreditor | : | Dr. Nour Hanah bt. Othman |
Penyemak | : | Nor Aida bt. Sanusi |