Pengenalan
Lidah pendek atau tongue tie sering dikaitkan dengan kanak-kanak bercakap pelat atau lambat bercakap. Lidah pendek berlaku apabila keadaan otot nipis di bawah lidah iaitu frenulum terlalu pendek. Ia akan menghadkan pergerakan lidah dan akan mengganggu fungsi lidah.
Empat fungsi utama lidah ialah untuk percakapan, penyusuan, percernaan serta melakukan aktiviti sosial. “Jika lidah anak anda didapati tidak berfungsi secara normal, bawalah anak anda berjumpa dengan doktor pakar untuk rawatan awal”.
Ciri-ciri fizikal lidah pendek ialah
-
hujung lidah (tongue tip) tidak boleh atau sukar diunjur keluar
-
hujung lidah berbentuk rata, jantung atau terbelah
-
lidah tidak dapat atau sukar digerakkan ke kiri dan kanan
-
hujung lidah tidak dapat menyentuh lelangit
-
hujung lidah tidak dapat menjilat bibir atas
-
tidak boleh digulung ke belakang
Fungsi Lidah | Lidah Normal | Lidah Pendek/ Tongue Tie |
Pertuturan | Otot-otot lidah berupaya membuat pelbagai gerakan seperti mengembang, mengecut, menggulung, dan mengubah bentuknya untuk menghasilkan pelbagai bunyi pertuturan. Contoh: “Vokal Tinggi” merujuk kepada bunyi yang dibuat apabila lidah melengkung ke bumbung mulut, dan “vokal rendah” dihasilkan apabila kedudukan lidah rendah dan rata di dalam mulut. | frenulum yang sangat pendek akan memberi kesan kepada kualiti pertuturan kanak-kanak. Pergerakan lidah yang terhad akan menyebabkan:
|
Pengunyahan dan penelanan | Lidah amat penting semasa proses pencernaan makanan semasa dalam mulut:
|
|
Penyusuan | Penyusuan yang selesa | Bayi anda mungkin mempunyai lidah pendek, jika:
|
Aktiviti Sosial | Lidah digunakan untuk aktiviti sosial seperti isyarat, meniup, menjilat dan lain-lain. |
|
Peranan Terapis Pertuturan dan Bahasa
Langkah 1: Terapis Pertuturan-Bahasa akan menilai dan merekod maklumat pesakit baru seperti berikut:
- Mengenal pasti maklumat pesakit (nama, umur, butir-butir keluarga, dll)
- Sejarah termasuk sejarah keluarga
- Sejarah pemakanan, penyusuan awal
- Perkembangan pemakanan terkini
- Pergerakan Lidah
- Kebersihan mulut dan gigi
- Kawalan air liur
- Penilaian pertuturan
- Perkembangan Bahasa
Langkah 2: Terapis akan menentukan keperluan pembedahan atau tidak
- Sekiranya memerlukan pembedahan, pesakit akan dirujuk semula kepada doktor.
Langkah 3: Merancang objektif terapi selepas pembedahan.
Fakta Berkaitan Pembedahan
- Tidak semua pesakit dengan lidah pendek akan menjalani pembedahan.
- Pembedahan akan dilakukan hanya apabila perlu.
- Selain aduan pesakit atau penjaga, pemeriksaan doktor dan penilaian terapis akan menentukan samada kanak-kanak ini perlu menjalani pembedahan atau tidak untuk membebaskan frenulum. Pembedahan dijalankan dengan persetujuan pesakit atau penjaga.
- Pembedahan melibatkan guntingan tisu dan pembiusan oleh doktor pakar.
Tujuan Latihan Lidah Selepas Pembedahan
Latihan dilakukan bertujuan:
- Membentuk hujung lidah, ketinggian dan unjuran, di dalam dan di luar mulut.
- Meningkatkan kesedaran kinestetik untuk mengetahui bahagian mulut yang lain, apa yang boleh dilakukan dari aspek struktur dan tekstur.
- Melatih lidah berkaitan pergerakan membersihkan rongga mulut supaya sempurna.
Antara latihan yang disyorkan:
- Gerakkan lidah keluar-masuk mulut. Ulang 10X.
- Regang lidah ke arah hidung, kemudian turun ke arah dagu. Ulang.
- Jilat bibir bawah dan bibir atas dengan hujung lidah dalam kedudukan mulut terbuka. Ulang 10X. Boleh dilakukan secara berasingan. Anda boleh letak jem atau perasa di bibir untuk menarik minat anak menjilat.
- Gerak lidah untuk menolak otot pipi dari dalam mulut
- Gerak lidah ke kiri dan kanan sisi mulut
- Gerak lidah untuk menyentuh lelangit atas
Tips Latihan Lidah
- Tips 1: Bincang dengan Terapis Pertuturan-Bahasa sebelum melakukan sebarang latihan. Syor daripada terapis amat penting supaya latihan tersebut sesuai dengan anak anda
- Tips 2: Lakukan dalam bentuk permainan yang menyeronokkan bersama anak anda.
- Tips 3: Lakukan selama 5 hingga 10 minit sebanyak dua atau tiga kali setiap hari.
- Tips 4: Gunakan gambar, video dan memberikan tunjuk ajar yang betul dan tepat.
- Tips 5: Beri galakkan dan pujian kepada usaha anak anda.
- Tips 6: Libatkan ahli keluarga yang lain untuk memberi kerjasama.
“Adakah percakapan anak saya akan pulih apabila melakukan latihan lidah sahaja tanpa pembedahan?”
Latihan lidah sahaja tidak dapat menjanjikan kualiti pertuturan menjadi lebih baik memandangkan banyak faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi sebutan seseorang. Segera bertemu dengan Terapis Pertuturan-Bahasa di hospital berdekatan untuk mendapat penilaian awal.
Rujukan
- Carmen.F (1998). Tongue Tie- From Confusion to Clarity: A Guide to the diagnosis and Treatment of Ankyloglossia. Publisher: Tandem Publications
- Dental Health (2011). Tongue-tie. Retrieved from http://www.betterhealth.vic.gov.au/bhcv2/bhcarticles.nsf/pages/Tongue-tie
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Norhafillah bt Abdul Rahman |
Akreditor | : | Zaidi bin Ya’acob |
Penyemak | : | Nadwah bt. Onwi |