Pengenalan
Sekiranya ibu bapa atau orang yang tersayang adalah dibawah jagaan anda sepenuhnya, ini bermaksud mereka mungkin bergantung kepada orang lain untuk menjalankan aktiviti seharian termasuklah penjagaan diri dan pemakanan. Usia yang makin lanjut, masalah penyakit kronik dan ketidakupayaan fizikal adalah faktor-faktor yang menyebabkan mereka memerlukan bantuan sepenuhnya dalam menjalankan rutin harian seperti menggosok gigi, mandi dan sebagainya.
Peranan sebagai seorang penjaga kepada warga emas adalah sangat mencabar. Ini memerlukan pemahaman dan kesabaran yang tinggi terutama apabila berhadapan dengan cabaran berkaitan ingatan yang semakin lemah dan isu tingkahlaku. Bukan mudah untuk melakukan penjagaan kesihatan pergigian seperti memberus gigi untuk orang lain. Walau bagaimanapun, apabila matlamat ini tercapai, ia akan menjadi suatu pengalaman yang berharga.
Apakah yang dimaksudkan dengan mulut yang sihat?
Mulut yang sihat tidak hanya setakat mempunyai gigi yang bersih dan gusi yang sihat. Matlamat untuk mendapatkan mulut yang sihat bagi warga emas ini tercapai apabila:
-
Mampu mengunyah dan minum/ makan dengan mudah
-
Bercakap dengan selesa
-
Merasa selesa dengan rupa paras diri sendiri
-
Boleh berinteraksi secara sosial dan menghargai diri sendiri
-
Mengelakkan kesakitan di dalam mulut dan kehilangan gigi
-
Berupaya untuk mengekalkan penjagaan kesihatan pergigian
-
Mempunyai motivasi terhadap penjagaan kesihatan pergigian
Penjagaan Kesihatan Untuk Gigi Semulajadi
Jenis-jenis berus gigi yang sesuai digunakan oleh warga emas yang bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
Bagaimana untuk mengenal pasti kesakitan berkaitan pergigian untuk warga emas yang kehilangan upaya untuk berkomunikasi secara verbal mengenai kesakitan yang dialami?
Bagaimana memberus gigi untuk orang lain?
Berdiri di belakang warga emas tersebut. Stabilkan kepalanya dengan meletakkan lengan merangkumi kepala dan beri sokongan kepada rahang bawah seperti di dalam gambar.
Strategi-strategi untuk melakukan penjagaan kesihatan pergigian
Apakah peranan dan tugas penjaga warga emas semasa lawatan pergigian?
-
Beritahu doktor gigi mengenai sebarang masalah kesihatan atau pergigian warga emas dalam jagaan anda.
-
Bawa bersama senarai ubat-ubatan yang diambil. Nyatakan jika ada alahan ubat yang diketahui.
-
Penjaga mungkin diperlukan untuk membantu semasa rawatan pergigian dijalankan bagi mengurangkan keresahan/ masalah tingkahlaku warga emas dibawah jagaan.
-
Berbincang mengenai sebarang kemusykilan atau untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada doktor gigi.
Rujukan
- Chalmers JM. Behavior management and communication strategies for dental professionals when caring for patients with dementia. Spec Care Dent 2000;20:147-54.
Semakan Akhir | : | 20 Mac 2015 |
Penulis | : | Dr. Norjehan bt. Yahaya |
Akreditor | : | Dr. Siti Zaleha bt. Hamzah |