Panduan Pengubahsuaian Tekstur Dan Cara Penyediaan Makanan Bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Pengenalan
Pengubahsuaian tekstur makanan adalah perlu untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat atau kanak-kanak yang mengalami kecederaan pada mulut yang akan mempengaruhi keupayaan mereka untuk mengunyah dan menelan makanan.
Walau bagaimanapun, mereka masih boleh dilatih untuk mengambil makanan yang biasa melalui pengenalan tekstur makanan secara beransur-ansur seumpama proses memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi. Manakala, tempoh masa pengenalan tekstur makanan mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang jika dibandingkan dengan bayi normal.
Pengubahsuaian tekstur makanan berperingkat
Tekstur makanan perlu diubahsuai mengikut keupayaan kanak-kanak mengunyah dan menelan. Makanan puri adalah makanan paling halus dan sesuai dijadikan makanan pertama bagi pengenalan tekstur makanan. Tekstur seterusnya yang patut diperkenalkan ialah makanan dilecek, dicincang dan makanan lembut sehingga kanak-kanak boleh makan makanan biasa.
Perubahan Tekstur Makanan Daripada Tekstur Halus ke Tekstur Biasa (Makanan Normal) |
||||
---|---|---|---|---|
Tekstur Makanan puri (separa cecair) |
Makanan dilecek |
Makanan dicincang |
Makanan lembut |
Makanan biasa |
Kanak-kanak perlu mengambil makanan dengan lebih kerap jika mereka mengambil tekstur makanan yang semakin halus. Ini adalah kerana mereka memerlukan 2 atau 3 kali ganda saiz sajian untuk mendapat tenaga dan nutrien yang cukup untuk menampung keperluan dan menyokong pertumbuhan mereka. Tenaga dan nutrien akan semakin berkurangan semasa proses pengubahsuaian tekstur makanan. Sehubungan dengan itu, ibu bapa atau penjaga perlu berusaha membantu kanak-kanak berkeperluan khas untuk menambahbaik keupayaan mengunyah dan menelan mereka semungkin yang boleh.
Makanan disediakan dalam bentuk dan tekstur yang sesuai akan menggalakkan kanak-kanak berkeperluan khas mengambil makanan dalam sukatan yang disarankan dan mengelakkan kanak-kanak tercekik. Pengubahsuaian makanan dapat memastikan pemberian makanan yang selamat dan membantu menstimulasikan perkembangan keupayaan untuk makan (feeding development).
Cara penyediaan makanan mengikut tekstur bersesuaian
Tesktur Makanan
|
Cara Penyediaan Makanan
|
---|---|
Makanan puri (separa cecair) |
Makanan masak dikisar bersama sup atau jus. Contoh:
|
Makanan dilecek |
Makanan dilecek tanpa jus atau sup tambahan. Contoh:
|
Makanan dicincang |
Makanan dipotong kecil atau di cincang halus. Contoh:
|
Makanan lembut |
Makanan yang telah dimasak sehingga lembut/lembik Makanan tidak keras/liat, tiada tulang dan tidak pedas. Contoh:
|
Makanan biasa |
Makanan biasa adalah makanan normal bagi dewasa atau makanan keluarga. Contoh:
|
Contoh Modifikasi Menu Sehari Bagi Kanak-kanak Berkeperluan Khas
- Modifikasi Tekstur Makanan yang perlu disediakan adalah bergantung kepada keupayaan kanak-kanak tersebut untuk mengunyah dan menelan.
- Jika perlu, sila dapatkan nasihat dari Jurupulih Pertuturan.
Kanak-kanak Mampu Mengunyah dan Menelan (1300 kcal) |
Kanak-kanak Bermasalah Mengunyah dan Menelan (1300 kcal) |
---|---|
Sarapan:
|
Sarapan:
|
Minum pagi:
|
Minum pagi:
|
Makan tengah hari:
|
Makan tengah hari: Bubur Nasi Campuran mengandungi :
|
Minum petang:
|
Minum petang:
|
Makan malam:
|
Makan malam: Bubur Nasi Campuran mengandungi :
|
Minum malam:
|
Minum malam: Bijirin Bersusu mengandungi :
|
Semakan Akhir | : | 03 September 2012 |
Penulis | : | Teh Wai Siew |