A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Neurologi
  8. /
  9. Pemeriksaan Air Tulang Belakang

Pemeriksaan Air Tulang Belakang

Air tulang belakang dikeluarkan dengan cara memasukkan jarum khas yang sangat kecil pada bahagian bawah tulang belakang untuk mengesahkan penyakit yang berkaitan dengan otak dan saraf tunjang yang merupakan sebahagian dari sistem saraf pusat. Air tulang belakang yang dikeluarkan tidak akan berkurangan kerana ia sentiasa dihasilkan di dalam otak.

Apa itu lumbar puncture?

Lumbar puncture adalah merupakan satu prosedur perubatan. Ia tidak melibatkan sebarang pembedahan.

Air tulang belakang dikeluarkan dengan cara memasukkan jarum khas yang sangat kecil pada bahagian bawah tulang belakang untuk mengesahkan penyakit yang berkaitan dengan otak dan saraf tunjang yang merupakan sebahagian dari sistem saraf pusat. 

Air tulang belakang yang dikeluarkan tidak akan berkurangan kerana ia sentiasa dihasilkan di dalam otak.

Gambar 1: Kawasan di mana lumbar puncture dilakukan
Sumber: NHS website

Mitos berkaitan Lumbar Puncture. Adakah ia akan menyebabkan seseorang itu lumpuh?

Lumbar puncture seringkali dikaitkan lumpuh atau tidak boleh berjalan sesudah ia dilakukan. Kepercayaan ini sangat mendalam terutamanya pada generasi-generasi lama.

Apa yang berlaku sebenarnya, penyakit-penyakit yang melibatkan otak dan saraf tunjung itu sendiri yang berpotensi untuk menyebabkan lumpuh, terutamanya jika lambat dirawat atau rawatan yang kurang tepat diberikan. Penyakit-penyakit yang berkaitan otak dan saraf tunjang inilah yang memerlukan lumbar puncture dijalankan untuk tujuan diagnosia. 

Jika terdapat sebarang keraguan, sila berbincang dengan doktor anda untuk penerangan yang lebih lanjut. Mereka sedia membantu terutamanya dalam memberikan rawatan yang terbaik kepada anda dan juga mereka yang anda sayang. Ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa.

Adakah prosedur lain yang sekan-akan Lumbar Puncture?

Ada.

Prosedur ‘Lumbar puncture’ adalah sama dengan pemberian bius separuh badan (Spinal Anaesthesia) dan seakan-akan ‘Epidural Anaesthesia” yang diberikan semasa melahirkan anak.
Jika ramai yang memilih untuk ‘Epidural Anaesthesia’ dan Spinal Anasthesia, tidak ada sebab anda perlu takut dengan ‘Lumbar puncture’

Bilakah doktor akan menasihatkan untuk menjalani pemeriksaan “Lumbar Puncture”?

Apabila doktor mengesyaki ada peyakit berkaitan dengan otak dan saraf tunjang. Contohnya:

  • Jangkitan pada otak/selaput otak (meningitis, encephalitis) yang diakibatkan oleh bakteria, virus, parasit atau kulat)
  • Lymphoma
  • Leukemia
  • Kanser otak
  • Inflamasi pada salur darah otak (vasculitis)
  • Penyakit ‘auto-immune’ seperti Multiple sclerosis, Neuromyelitis Optica

Lumbar puncture juga boleh digunakan untuk tujuan perawatan untuk pemberian ubat kemoterapi dan antibiotic dalam kes-kes tertentu.

Apakah yang dilakukan dengan air tulang belakang yang diambil?

Ia akan dihantar ke makmal untuk dianalisa untuk mengesahkan penyakit-penyakit berkaitan otak dan saraf.

Bagaimanakah prosedur ini dilakukan?

Prosedur biasanya dilakukan di dalam ward atau sebagai rawatan harian ‘daycare’
Biasanya pesakit akan berbaring di atas katil dalam keadaan mengiring. Tetapi ia juga boleh dilakukan dalam keaadan duduk dan tunduk sedikit kehadapan untuk membuka ruang diantara tulang belakang.

Sumber: Atlas ADAM

Pesakit biasanya dalam keaadan sedar. Doktor akan menerangkan bagaimana prosedur dilakukan dan kebenaran bertulis akan diambil.

Bahagian bawah belakang akan dibersihkan menggunakan cecair antiseptik khas dan ubat bius setempat akan diberikan secara suntikan di kawasan bahagian bawah tulang belakang. Selepas kawasan tersebut menjadi kebas, doktor akan memasukkan jarum khas di kawasan tersebut. Kebanyakan pesakit tidak akan merasai sebarang kesakitan tetapi masih boleh merasai pergerakkan jarum semasa ia dimasukkan. 

Apabila sampel air tulang belakang sudah didapati, tekanan air di dalam otak akan diukur dan sampel akan diambil dan dihantar ke makmal untuk mengesahkan penyakit-penyakit yang disenaraikan seperti soalan 4.

Sumber: Sampel di sebelah kiri merupakan contoh air tulang belakang yang normal dan di sebelah kanan merupakan cecair tulang belakang yang tidak normal

Setelah sampel didapati, jarum akan dikeluarkan semula dan plaster akan dilekatkan dikawasan tersebut. Pesakit dikehendaki berbaring dan tidak digalakkan berjalan dan duduk selama 4-6 jam selepas prosedur selesai dilakukan.

Pemeriksanan CT scan kepala juga biasanya akan dilakukan sebelum ‘lumbar puncture’ dilakukan untuk memastikan keselamtan prosedur ‘lumbar puncture’ tersebut.

Sumber: Wikipedia

Adakah ia menyakitkan?

Tidak. Ubat bius setempat akan diberikan sebelum presedur ini dilakukan

Berapa lama masa untuk prosedure ini dilakukan?

Biasanya sekitar 30-45 minit.

Apakah persedian yang perlu dilakukan oleh pesakit sebelum dan selepas prosedur?

Pesakit diminta bertenang dan dinasihatkan untuk ke tandas untuk membuang air dahulu kerana selepas prosedur mereka tidak digalakkan untuk bergerak.

Lebih mudah sekiranya terdapat ahli  keluarga/ penjaga yang menemani selepas prosedur dilakukan.

Sila beritahu doktor anda sekiranya anda mempunyai sebarang alahan terhadap ubat bius sebelum prosedur dilakukan

Apakah risiko-risiko “Lumbar puncture”?

Secara umumnya ‘lumbar puncture’ adalah selamat dan risiko untuk komplikasi serius berlaku adalah sangat rendah. Sebelum presedur dilakukan doktor akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengurangkan risiko-risiko dari berlaku.

Risiko-risiko yang boleh berlaku termasuklah:

  1. Sakit kepala (biasanya untuk sementara waktu sahaja)
  2. Kebas pada bahagian belakang atau kaki (biasanya untuk sementara waktu sahaja)
  3. Pendarahan atau jangkitan pada tempat prosedure dilakukan (sangat jarang)
  4. Kegagalan untuk mendapatkan sampel

Bilakah kepututusan untuk “lumbar puncture” boleh diperolehi?

Keputusan Lumbar punture biasanya boleh diperolehi kurang dari 48 jam untuk ujian yang biasa. Untuk ujian-ujian yang khas, biasanya masa yang lebih lama diperlukan  bergantung kepada jenis-jenis ujian tersebut

Rujukan

  1. Johns Hopkins Medicine Health Library.
  2. ADAM Atlas of Anatomy, Cambridge University Press
  3. National Health Institute (NIH) official website 

 

Semakan Akhir : 13 November 2015
Penulis : Dr. Ahmad Shahir b. Mawardi
Akreditor : Dato’ Dr. Md Hanip b. Rafia

Artikel Berkaitan

Kematian Otak

Pengenalan Sejak zaman dahulu, kematian dikatakan berlaku pada detik semua

“Brain Aneurysm”

‘Brain aneurysm’ adalah pembengkakan yang berlaku pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak. Ia terjadi kerana terdapat bahagian pada dinding salur darah tertentu yang lemah.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,803,675

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-21 15:33:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia