Apakah Benda Asing?
Sesuatu objek atau bahan luar yang memasuki badan akibat kemalangan atau bentuk. [1]
Mengapa Pemeriksaan Ini Dilakukan?
Untuk mengesan, membantu dan mengesahkan pengeluaran benda asing dari badan.
Contoh Benda Asing
- Bahan yang diperbuat daripada plumbum atau bahan kimia menghakis seperti dalam bateri.
- Bahan yang berbentuk runcing atau tajam seperti jarum, pin, kaca pecah, pencungkil gigi, pisau cukur, penutup tin aluminium.
- Syiling dan guli
Bagaimana Benda Asing Dapat Masuk Ke Dalam Badan?
- Bendasing mungkin masuk ke dalam badan secara sengaja atau tidak sengaja. Benda asing ini mungkin tersekat atau terperangkap dalam badan. Contohnya: Tertelan
– Bahan yang berkaitan dengan makanan seperti tulang ikan dan ayam, yang kerap dimakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
- Dimasukkan
– Bahan seperti botol kecil, tabung uji, dan bungkusan dadah sengaja diselitkan ke dalam dubur atau secara tidak sengaja masuk ke dalam telinga.
– Objek tajam seperti bilah pin/ pisau boleh termasuk ke dalam badan secara tidak sengaja.
- Tersedut
– Seringkali kanak-kanak meletakkan objek kecil seperti kacang atau manik ke dalam hidung mereka.
- Bendasing di dalam orbit mata
– Debu, habuk, pasir, atau bahan bawaan udara yang lain yang memasuki mata akibat tiupan angin atau letupan yang kuat.
Rajah 1: Jenis benda asing
Sumber: www.onlinejets.org
Apakah Jenis Pemeriksaan X-ray Yang Boleh Dilakukan?
Walaupun objek radiopak sering dapat dilihat dalam X-ray, objek radiolusen seperti kayu sukar dilihat:
X-ray biasa
- Pemeriksaan x-ray biasa bahagian leher, dada, abdomen dan pelvis.
- Bahagian badan lain yang terlibat.
Imbasan CT
- Imbasan tomografi berkomputer (CT) adalah pemeriksaan yang berkesan untuk menunjukkan benda asing seperti tulang ikan, peluru dan kaca.
Ultrasound
- Ultrasound mengesan benda asing yang rendah radiopak pada tissue badan seperti kaca dan batu.
Rajah 2: X-ray abdomen yang menunjukkan duit syiling dalam usus.
Sumber: www.learningradiology.com
Rujukan
- www.learningradiology.com
- www.oxforddictionaries.com
Semakan Akhir | : | 12 Mei 2016 |
Penterjemah | : | Noorhayati binti Kassim |
Akreditor | : | Daud bin Ismail |