Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup sihat dan bebas dari keganasan. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak adalah masalah global yang besar. Ia memberi impak serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak, kesejahteraan dan perkembangan sepanjang kehidupan mereka, dengan itu ia menjadi masalah masyarakat secara amnya.
Mitos dan Realiti Penderaan Kanak-kanak
Apakah Penderaan Kanak-kanak?
Penderaan Kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau komersial
- Merangkumi semua jenis penderaan fizikal dan/atau emosi, penderaan seksual, pengabaian atau kelalaian atau eksploitasi komersial atau lain-lain eksploitasi, yang boleh atau telah menyebabkan kerosakan, kepada kesihatan kanak-kanak, dari segi ‘survival’, perkembangan atau harga diri. Ini adalah dalam konteks di mana pendera ada perhubungan tanggungjawab, kuasa atas kanak-kanak berkenaan atau pendera ialah seseorang yang dipercayai oleh kanak-kanak – WHO Pasukan Pencegah dan Kecederaan Keganasan,1999.
- Penderaan Kanak-kanak secara amnya dibahagikan kepada empat jenis penderaan termasuk :
- Penderaan fizikal
- Penderaan seksual
- Penderaan emosi
- Pengabaian
Jenis-jenis Penderaan Kanak-kanak
- Penderaan fizikal
- Kecederaan fizikal (dari kecederaan ringan sehingga kecederaan teruk seperti patah atau kematian)
- Disebabkan oleh tumbukan, tamparan, sepakan, gigitan, goncangan, campakkan, tikaman, tercekik, pukulan (menggunakan tangan, kayu, atau sebarang objek) ,atau apa-apa yang mencederakan kanak-kanak.
- Dikenal pasti sebagai penderaan tidak kira sama ada penjaga berniat untuk mencederakan kanak-kanak atau tidak.
- Tiada selalunya ada niat untuk menyakitkan atau menyebabkan kecederaan
- Ia mungkin disebabkan dari tujuan untuk mendisiplinkan yang berlebihan atau hukuman fizikal
- Gangguan dari tangisan bayi dan ketidakupayaan untuk mengendalikannya
- Buli, dan “shaken baby syndrome” adalah sejenis penderaan fizikal
- Kecederaan fizikal (dari kecederaan ringan sehingga kecederaan teruk seperti patah atau kematian)
- Penderaan Seksual
- Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja di mana mengikut umur atau perkembangan boleh mengambil tanggungjawab dan dipercayai. Ini termasuk:
- Mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang bertentangan dengan undang-undang.
- Ini termasuk eksploitasi komersial melalui pelacuran atau penghasilan gambar lucah
- Setiap kanak-kanak berhak mempunyai seorang dewasa yang dapat menyayangi dan menyokong mereka untuk membesar
- Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja di mana mengikut umur atau perkembangan boleh mengambil tanggungjawab dan dipercayai. Ini termasuk:
- Penderaan emosi
- Biasanya sukar untuk dibuktikan
- Biasanya berlaku apabila penderaan jenis lain dikenal pasti:
- Pelbagai cara memperkecilkan seseorang (termasuk kaki buli di sekolah)
- Tabiat suka mengenakan orang lain
- Memperkecil dan memalukan
- Menolak perawatan
- Mengurung kanak-kanak di dalam almari gelap
- Pengabaian
- Pengabaian berlaku apabila kanak-kanak menginap dirumah di mana orang dewasa tidak memberi keperluan asas
- Fizikal – (contohnya, kegagalan untuk menyediakan keperluan seperti makanan, tempat perlindungan, atau kekurangan pengawasan yang teliti)
- Perubatan – (contohnya, kegagalan untuk memberi rawatan atau perawatan kesihatan mental)
- Pendidikan dan penyeliaan – (contohnya, kegagalan untuk memberi pendidikan atau menawarkan perkhidmatan khas)
- Emosi
- Kurang perhatian terhadap keperluan emosi kanak-kanak
- Kegagalan untuk menyediakan penjagaan psikologi
- Membenarkan kanak-kanak untuk minum alkohol atau menggunakan dadah
- Diambil kira nilai budaya, piawaian penjagaan dan tahap kemiskinan sebelum kes dilaporkan sebagai kes pengabaian.
- Pengabaian berlaku apabila kanak-kanak menginap dirumah di mana orang dewasa tidak memberi keperluan asas
Apakah ukuran permasalahan ini di Malaysia?
- Penderaan kanak-kanak berlaku di mana-mana termasuk di Malaysia, bagaimanapun ianya masih kurang dilaporkan sama seperti mana-mana bahagian lain di dunia. Kes yang dilaporkan ini hanyalah sebahagian kecil berbanding dengan kes-kes penderaan yang tidak dilaporkan.
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Dr. Irene Cheah |
Penyemak | : | Dr. Zainab bt. Kusiar |