Pengenalan
Kejadian-kejadian seperti bencana alam telah memberi kesan yang mendalam terhadap mangsa-mangsa. Kesan-kesan psikologi ini memberi kesan traumatik dan boleh menjejaskan emosi mangsa.
Situasi traumatik adalah satu peristiwa yang menyebabkan kecederaan terhadap fizikal, emosi, psikologi atau mental. Seseorang yang mengalami trauma mungkin akan merasa bimbang atau ketakutan. Dalam sesetengah kes mereka mungkin tidak tahu untuk memberi respon atau mungkin menafikan kejadian yang berlaku. Individu ini memerlukan bantuan dan masa untuk menyembuhkan diri di samping menstabilkan emosi dan mental.
Salah satucara yang berkesan untuk mengurangkan penderitaan terhadap trauma ini adalah dengan berjumpa dengan pegawai profesional seperti kaunselor.
Definisi
Kaunseling: Satu proses perhubungan antara klien dan kaunselor dalam menerima khidmat nasihat atau pertolongan yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
Trauma / bencana: Pengalaman yang dahsyat atau sakit disebabkan oleh kecederaan dan tekanan emosi.
Punca
Trauma boleh terjadi daripada pelbagai situasi. Antara situasi tersebut adalah:
- Kematian ahli keluarga, kawan, atau haiwan kesayangan
- Perceraian
- Kecederaan
- Penyakit
- Peperangan
- Bencana alam
- Keganasan
- Berpindah ke tempat baru
- Ditinggalkan oleh ibubapa
- Menyaksikan kematian atau situasi traumatik yang lain
- Mangsa rogol
- Dipenjarakan
Kaunseling Psikologi trauma
Objektif:
- Untuk mengurangkan stress dan ketegangan
- Untuk mengurangkan kebimbangan dan tingkahlaku yang tidak diingini
- Untuk mengurangkan penderitaan emosi yang disebabkan oleh kejadian trauma tersebut
Reaksi psikologikal terhadap trauma
- Gangguan emosi
- Kecelaruan kognitif
- Hyperarousal
- Penderitaan fizikal
Tahap-tahap pemulihan
- Kesedaran mengenai kesan trauma
- Tahap kefungsian yang minima
- Penghindaran
- Penerimaan
- Ubah hala
Tips menangani trauma
Kajian menunjukkan kebanyakan orang mampu untuk kembali kepada keadaan asal selepas mengalami sesuatu tragedy. Ia.adalah normal bagi seseorang yang mengalami tekanan selepas bencana tetapi selepas beberapa bulan seseorang itu sudah mampu untuk berfungsi seperti sedia kala.
- Beri masa untuk menyesuaikan diri.
- Mendapatkan bantuan daripada seseorang yang mengambil berat dan memahami situasi yang anda hadapi.
- Meluahkan perasaan anda.
- Mendapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan yang diketuai oleh pakar yang terlatih.
- Mengamalkan cara hidup sihat.
- Mengekal dan menambah baik rutin harian.
- Mengelak daripada membuat keputusan besar.
Rujukan:
- Kesihatan Mental – www.myhealth.gov.my
Last Reviewed | : | 31 Oktober 2017 |
Penterjemah | : | Dr. Norizzati Bukhary Bt. Ismail Bukhary |
Akreditor | : | Dr. Zienna Zufida Bt. Zainol Rashid |