Adakah Berbaloi?
Generasi masa kini taksub dengan idea bahawa kulit cerah adalah cantik dan tampan.
Peluntur kulit
Sumber: Kecantikan-healthcare.blogspot
Peluntur, pencerah dan pemutih kulit merujuk kepada penggunaan bahan kimia untuk mencerahkan kulit atau menjadikan warna kulit lebih sekata dengan mengurangkan pengeluaran melanin. Melanin adalah punca utama kulit menjadi gelap tetapi ia amat diperlukan sebagai pelindung semula jadi kulit dari sinar UV.
Produk pencerah kulit digunakan untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah berdasarkan baro meter warna kulit.
Pencerah kulit dapat meningkatkan keyakinan dan harga diri sekiranya bintik-bintik hitam atau jeragat menyebabkan cela pada rupa paras.
Namun proses ini mempunyai kesan sampingan. Sesetengah produk pencerah kulit sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kanser kulit.
Oleh itu, ketahuilah kelebihan dan kekurangan pencerah kulit terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mencerahkan kulit.
Kekurangan
Sesetengah produk mengandungi hidrokuinon dan raksa (merkuri) yang mempunyai kesan buruk pada kulit.
Kesan sampingan pencerah kulit
- Tompok-tompok kelabu gelap pada kulit
- Kanser kulit
- Jerawat–Krim pencerah yang terlalu kerap digunakan boleh menyebabkan kulit menjadi sangat gelap sehingga boleh menyebabkan penyakit kulit yang dikenali sebagai ocronosis. Penyakit ini menyebabkan pigmen kulit menurun hingga ketahap yang amat rendah. Apabila keadaan ini berlaku, warna semulajadi kulit sukar untuk dikembalikan semula.
- Kulit menjadi bengkak
- Kulit menjadi nipis – Kulit muka menjadi nipis dan pigmentasi kulit meningkat disekeliling mata menyebabkan ‘bleach panda effect (kesan peluntur panda)’.
- Penggunaan jangka panjang pencerah kulit menyebabkan peningkatan pigmentasi pada sendi jari, jari kaki, punggung dan telinga.
- Kesan rekahan pada kulit – Krim pencerah kulit pada badan juga boleh menyebabkan kesan rekahan. Pencerah kulit menyebabkan kulit menjadi nipis sehingga kulit merekah. Kesan rekahan kulit sukar dihapuskan setelah ia terbentuk.
- Katarak
- Selera makan dan berat badan bertambah
- Osteoporosis
- Kerosakan saraf dan buah pinggang akibat kandungan raksa (merkuri) yang tinggi dalam krim pencerah
- Gangguan psikiatri
- Kecacatan pada bayi yang teruk
- Asma
- Kerosakan hati
Sebahagian kesan sampingan boleh muncul serta-merta manakala sebahagiannya pula selepas penggunaan jangka panjang.
Beauty.blunt.com
Kesanpencerahkulit..www.intelligentdental.com
abdallah_bleaching2-thumb.jpg
yeyeolade.wordpress.com
Kelebihan
Memandangkan kebanyakan orang berpendapat cerah itu cantik, produk yang berkesan pasti akan meningkatkan keyakinan pengguna.
- Menghilangkan kerosakan kulit akibat cahaya matahari
Ia berupaya menghilangkan kerosakan kulit akibat cahaya matahari.Jika kulit menjadi gelap akibat terdedah kepada cahaya matahari, krim pencerah dapat mengurangkannya. Namun, bagi kes yang serius, keseluruhan kulit yang rosak tidak dapat dipulihkan, tetapi cela akan dapat dikurangkan. - Kecantikan Estetik
Kebanyakan orang suka berkulit cerah. Kulit yang cerah menjadikan seseorang mempunyai aura dan penampilan diri yang lebih yakin. Krim pencerah menjadikan warna kulit lebih sekata, tidak cela dan halus. Produk ini turut mengatasi masalah umum kulit serta mengurangkan kesan gelap pada lutut dan siku, bintik-bintik, bekas luka lama, tanda lahir, parut jerawat atau sebarang bekas luka atau tanda lain.
Kawasan berpigmentasi tinggi yang tidak normal seperti tahi lalat dan tanda lahir boleh dipudarkan agar mempunyai warna yang sekata dengan kulit disekelilingnya.
Dalam kes vitiligo, kulit yang tidak terjejas boleh dicerahkan agar warna kulit kelihatan lebih sekata. - Peluntur kekal
Pelunturan kekal direka agar kesan pencerahan kekal lama. Setelah kulit dilunturkan secara kekal, kulit tidak boleh dikembalikan kepada keadaan asal semula. Peluntur kekal menghalang pengeluaran melanin yang menghasilkan pigmentasi dan menghentikan proses menggelapkan kulit. Memandangkan kesan kaedah ini adalah berkekalan, fikirlah dahulu dengan teliti sebelum membuat keputusan.
Cara semula jadi mencerahkan kulit
Berikut adalah beberapa kaedah semula jadi untuk menjadikan kulit yang sempurna dan cerah tanpa menggunakan pencerah kulit.
- Diet – Diet adalah proses penting untuk menjadikan kulit halus dan mulus. Oleh itu, elakkan memakan makanan segera dan gantikannya dengan makanan sihat dan berkhasiat.
- Air – Minum air dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi dan menjadikan wajah kelihatan sihat dan tidak kusam.
- Bersihkan kulit – Bersihkan kulit dengan cara yang betul. Pilih produk semulajadi dan berkesan. Bersihkan kulit dari masa ke semasa bagi menanggalkan kulit muka yang telah mati.
Rumusan
Jika anda mengalami masalah kulit dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memakai krim pencerah. Doktor boleh menerangkan kelebihan dan keburukan krim pencerah kulit yang digunakan. Doktor juga boleh mencadangkan produk yang sesuai dan menerangkan kaedah penggunaan yang betul.
Video
Skin Bleaching Addiction – YouTube
www.youtube.com/watch?v=SsULBY1kfO
All Angles – The Skin Bleaching Phenomenon-
www.televisionjamaica.com/…aspx/Videos/27218
Rujukan
- Olumide, Y. M. (2010). “Use of skin lightening creams”. BMJ 341(nov23 2): c6102–c6102. doi:10.1136/bmj.c6102. ISSN0959-8138.
- Journal of the American Academy of Dermatology: 272–281. 2006.
- http://www.isclinical.com/whitepapers/kojic_acid_safety.htm
- http://emedicine.medscape.com/article/1068091-overview#aw2aab6b4
- Procter & Gamble. “Skin lightening products”(PDF).
- http://www.ehow.com/about_5037500_dangers-skin-bleaching.html#ixzz2z6X73kxg
- http://www.ehow.com/about_5037500_dangers-skin-bleaching.html#ixzz2z6X73kxg
- http://www.skincareguide.com/article/get-rid-of-freckles-pros-and-cons-of-bleaching-cream.html#ixzz2z6QcJezd
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Datin Dr. Zil Falillah binti Mohd. Said |
Penyemak | : | Dr. Nazhatussima bt. Suhaili |