Jenis ubat-ubatan asma
Terdapat 3 jenis ubat-ubatan asma iaitu:
- Ubat pencegahan.
- Ubat kelegaan.
- Ubat pengawalan.
Ubat-ubatan asma tidak menyebabkan ketagihan.
- Ubat pencegahan ubat-ubatan ini bertindak dengan cara:
- Mengurangkan radang atau pembengkakan saluran pernafasan.
- Mengurangkan lelehan lendir.
- Mengurangkan kepekaan saluran nafas terhadap agen pencetus.
- Mencegah terjadinya serangan asma.
Ubat-ubatan ini harus diambil setiap hari dan dalam jangka masa yang panjang. Ia tidak melegakan serangan asma dengan segera sebaliknya lebih bertindak sebagai pencegah.
Terdapat 2 jenis ubat iaitu:
Contoh
Steroid Inhaler- Sedutan steroid.
- Beclomethasone (Becotide).
- Budesonide (Pulmicort, Inflammide).
- Fluticasone proprionate (Flixotide).
- Ciclesonide.
- Ubat bukan steroid, contoh: Leukotriene receptor antagonist.
- Montelukast atau Singulair (ubat asma yang terkini).
- Boleh di dapati dalam bentuk pil dan serbuk.
- Ubat-ubatan pelega.
- Ubat-ubatan ini berfungsi dengan cara:
- Merehatkan otot licin di sekitar saluran pernafasan.
- Membuka salur pernafasan.
- Melegakan serangan asma.
- Ubat-ubatan ini merupakan rawatan pertama dalam serangan asma dan boleh digunakan sebelum melakukan senaman atau aktiviti. Ubat jenis ini tidak mengubah keadaan saluran pernafasan sedia ada.
- Ubat-ubatan ini diambil hanya apabila diperlukan sahaja. Ia dapat melegakan sesak nafas dengan segera.
- Pesakit asma perlu membawa ubat ini setiap masa.
Terdapat 2 jenis ubat pelega iaitu:
Short-acting beta agonist
- Terdapat dalam sediaan pil atau sedutan
- Salbutamol (ventolin) and Terbutaline (Bricanyl).
- Ubat mula bertindak dalam masa 10-15 minit dan berkesan selama 4-6 jam.
- Anti-cholinergics
- Agen utama yang boleh di dapati adalah Ipratropium bromide (atrovent).
- Kadang-kala ubat ini digunakan secara kombinasi dengan Short-acting beta agonist. Kadang-kala ubat ini juga digunakan secara kombinasi dengan Short-acting beta agonist (Berodual).
- Ubat-ubatan ini berfungsi dengan cara:
- Ubat kawalanUbat-ubatan ini dikenali sebagai Long-acting Beta2-agonists. Ubat ini berfungsi dengan cara merehatkan otot-otot pernafasan dan membuka saluran pernafasan dalam jangka panjang. Ubat-ubatan ini agak lambat bertindak tetapi berkesan selama lebih daripada 12 jam. Ubat-ubatan ini mesti digunakan dengan kombinasi sedutan steroid oleh pesakit asma sederhana dan teruk. Ubat ini perlu diambil setiap hari seperti yang disarankan doktor. Contoh:
- Salmeterol (Serevent).
- Formoterol (Oxis).
Pada masa kini, kombinasi ubat-ubatan ini dengan sedutan steroid adalah dalam satu sediaan seperti Seretide accuhaler and evohaler (Fluticasone and Serevent) dan Symbicort Turbuhaler (Budesonide and Formoterol).
Ubat-ubatan lain
- Anti-histamin boleh digunakan bersama ubat asma sekiranya melibatkan masalah alahan.
- Antiboitik biasanya tidak diperlukan kerana kebanyakan jangkitan disebabkan oleh virus.
- Ubat batuk tidak banyak membantu dalam menangani asma.
- Ubat penenang harus dielakkan kerana ia memburukkan lagi proses pernafasan.
- “Desensitisation” tidak digalakkan.
Semakan akhir | : | 26 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Norrashidah Hj. Abd Wahab |
: | Dr. Nor Mahani Harun | |
Penyemak | : | Dr. Norzila bt. Mohamed Zainudin |