Siapa itu terapis pertuturan-bahasa?
Apa itu pusat pemulihan dalam komuniti?
Pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) ialah sebuah strategi pembangunan dalam komuniti bagi orang kurang upaya (OKU) dalam pemulihan, hak sama rata dalam mendapat peluang dan integrasi sosial.
PDK dijalankan melalui hasil gabungan usaha daripada golongan OKU, ahli keluarga dan komuniti dengan kerjasama perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial. Anda boleh melayari laman sesawang berikut bagi maklumat lebih lanjut: www.jkm.gov.my dan www.cbrnetworkmalaysia.blogspot.my.
Pusat-pusat pemulihan komuniti lain yang ditubuhkan daripada badan bukan kerajaan adalah Nasom (bagi individu yang mempunyai autisma: www.nasom.org.my), Kiwanis (bagi individu yang mempunyai sindrom Down: www.kdsf.org.my), Pusat Spastik bagi individu yang mempunyai palsi serebral dan lain-lain. Anda boleh dapatkan senarai pusat pemulihan dan sokongan di laman web www.disabilitymalaysia.com.
|
Sumber: thestar.com.my |
Sumber: thestar.com.my |
Bagi orang dewasa pula, antara pusat pemulihan komuniti yang ditubuhkan adalah seperti Pusat Alzheimer: www.disabilitymalaysia.com), NASAM (pusat bagi individu yang menghidapi strok: www.nasam.org) dan sebagainya.
|
Apakah peranan terapis pertuturan-bahasa di pusat pemulihan dalam komuniti?
- Menjalankan saringan, ujian penilaian dan diagnosis ke atas kanak-kanak atau individu dewasa di pusat tersebut dari segi:
- Komunikasi, pemahaman bahasa, penggunaan bahasa, pertuturan, suara, penelanan, kelancaran pertuturan dan masalah pendengaran
- Mengetahui punca tahap komunikasi yang rendah atau kualiti hidup yang rendah
- Contohnya, kanak-kanak yang tidak mempunyai kosa kata yang luas atau mempunyai masalah pertuturan (pelat) akan berkomunikasi dengan terhad dengan orang sekelilingnya.
- Terdapat juga kes-kes di mana komunikasi gantian atau bantuan diperkenalkan bagi membantu kanak-kanak tersebut
- Bekerjasama dengan penyelia/petugas dalam merangka Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang sesuai
- Memberikan perkhidmatan (re)habilitasi terapi pertuturan-bahasa kepada kanak-kanak atau individu dewasa tersebut.
- Terapi secara individu atau secara berkumpulan
- Membimbing dan membuat latihan kepada petugas, guru-guru dan ibubapa di pusat pemulihan dalam komuniti tersebut tentang:
- Perkembangan normal kemahiran bahasa-pertuturan
- Teknik merangsang permerolehan bahasa
- Teknik bagi meningkatkan tahap kejelasan dan kelancaran pertuturan (seperti pelat atau gagap)
- Kaedah komunikasi secara berkesan
- Komunikasi gantian dan bantuan
- Kaedah yang sesuai untuk makan dan minum dengan selamat
- Terlibat dalam panel penilaian dan rujukan bagi penempatan ke sekolah, keperluan perubatan dan pekerjaan
- Memberikan khidmat nasihat mengenai bahasa, pertuturan dan komunikasi kepada ibubapa, guru dan komuniti setempat
- Merujuk kepada profesional kesihatan yang lain sekiranya perlu bagi memastikan pemulihan secara menyeluruh
- Contoh: pemulihan cara kerja, fisioterapi, psikologi klinikal dan dietetik (pakar pemakanan)
Apakah perkhidmatan yang terapis pertuturan-bahasa jalankan di peringkat komuniti?
- Menganjurkan program Bulan Better Hearing and Speech (BHS) di setiap hospital.
- Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang terapi pertuturan dan pendengaran.
- Antara aktiviti yang dilakukan adalah ceramah, pameran dan lain-lain.
- Mengadakan ceramah atau latihan di pusat-pusat pemulihan komuniti seperti PDK
- Sebarang rujukan kepada terapis pertuturan-bahasa hendaklah mendapatkan surat rujukan dari pegawai perubatan di Klinik Kesihatan oleh ibu bapa.
- Memberikan perkhidmatan terapi pertuturan-bahasa di pusat-pusat pemulihan dalam komuniti.
- Ibu bapa boleh bertanya kepada guru di pusat komuniti terlebih dahulu untuk mengetahui sekiranya terdapat perkhidmatan ini atau tidak
- Lawatan ke rumah pesakit
- Contohnya, bagi pesakit strok yang hanya terlantar di katil dan mempunyai masalah pengangkutan untuk mendapatkan terapi pertuturan-bahasa di hospital.
- Kebiasaannya dilakukan secara berkumpulan. Profesional lain yang turut menyertai adalah dietetik (pakar pemakanan), unit cara kerja, fisioterapi dan pegawai perubatan.
- Namun, lawatan ini bergantung kepada hospital yang menawarkan perkhidmatan ini sahaja.
- Contohnya, bagi pesakit strok yang hanya terlantar di katil dan mempunyai masalah pengangkutan untuk mendapatkan terapi pertuturan-bahasa di hospital.
Apakah jenis masalah yang ditemui?
Berikut merupakan aspek-aspek yang dilihat oleh terapis pertuturan-bahasa semasa sesi ujian saringan atau penilaian:
Masalah-masalah yang sering ditemui dan dikendalikan oleh terapis pertuturan-bahasa adalah seperti di bawah:
Kanak-Kanak
|
Individu Dewasa |
|
|
Apakah aktiviti dan fasiliti di pusat komuniti?
Kemudahan yang disediakan di setiap pusat pemulihan dalam komuniti adalah berbeza-beza. Bagi sesi terapi pertuturan-bahasa pula, antara kemudahan yang diperlukan semasa sesi dijalankan adalah meja dan kerusi terapi, permainan, buku cerita dan sebagainya.
Manakala aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa sesi terapi pertuturan-bahasa bergantung mengikut keperluan kanak-kanak atau individu dewasa tersebut. Contohnya, perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak akan dirangsang melalui bermain dan berinteraksi menggunakan alatan permainan seperti masak-masak, kereta dan lain-lain.
Sumber: hmetro.com.my
Kesemua aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan tahap kefungsian kanak-kanak mahupun individu dewasa dalam masyarakat supaya dapat berdikari dan bergiat aktif sesama mereka.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, terdapat banyak PDK yang ditubuhkan di seluruh negara ini. Namun, bilangan terapis pertuturan-bahasa masih lagi terhad ataupun tiada di PDK. Terapis pertuturan-bahasa di hospital kerajaan atau swasta serta terapis pertuturan-bahasa persendirian sedikit sebanyak dapat membantu kekurangan ini. Walaubagaimanapun, masih banyak lagi ruang bagi perkhidmatan terapis pertuturan-bahasa ini untuk diperkembangkan lagi supaya perkhidmatannya boleh dimanfaatkan oleh semua pihak di seluruh Malaysia.
Rujukan
- http://www.asha.org/policy/sp2007-00283/#sec1.5
- www.jkm.gov.my
- www.cbrnetworkmalaysia.blogspot.my
- www.kdsf.org.my
- www.disabilitymalaysia.com
- www.nasam.com.my
- www.nasom.com.my
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Noor Ra’idah Rufaidah bt. Tuah |
Akreditor | : | Haryani bt. Harun |
Penyemak | : | Nadwah bt. Onwi |