Pengenalan
Mata manusia berfungsi seperti sebuah kamera untuk melihat dengan jelas. Objek yang dilihat difokuskan ke atas retina. Ini dicapai melalui kuasa menumpu yang terdapat pada kornea dan kanta. Apabila imej tidak difokuskan dengan tepat di atas retina, maka rabun terjadi. Keadaan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan ianya boleh dibetulkan dengan penggunaan cermin mata, kanta sentuh atau kanta intraokular yang diletakkan melalui pembedahan.
Terdapat tiga jenis rabun mata iaitu :
1. Miopia (rabun jauh)
Imej difokuskan di hadapan retina
2. Hiperopia (rabun dekat)
Imej difokuskan di belakang
3. Astigmatisma (rabun silau)
Imej yang terbentuk mempunyai lebih dari satu titik fokus.
Tanda & gejala
|
: | Penglihatan jauh tidak jelas, manakala penglihatan dekat sangat jelas |
|
: | Penglihatan jauh lebih jelas dari penglihatan dekat. Mata mudah menjadi penat jika rabun tidak dibetulkan. |
|
: | Kabur hampir dikesemua jarak dan imej menjadi senget atau tidak sempurna |
Imej yang dilihat oleh orang yang mempunyai masalah rabun :
Myopia
Hyperopis
Astigmatism
Komplikasi
Rabun yang tidak dirawat pada orang dewasa boleh menyebabkan ketidakselesaan pada mata. Mata menjadi penat dan kadangkala boleh menyebabkan sakit kepala.
Awas! rabun di kalangan kanak-kanak memerlukan perhatian yang khusus dan penjagaan mata yang betul. Ini kerana rabun yang tidak dirawat dengan segera dan sempurna boleh menyebabkan berlakunya ambliopia (mata malas).
Rawatan
Terdapat beberapa kaedah rawatan untuk miopia, hiperopia dan astigmatisma.
Rawatan bukan pembedahan:
- Cermin mata
- Kanta sentuh
Rawatan pembedahan Refraktik:
- Laser (LASIK, ReLex SMILE, PRK, ALK, ReLex dll)
- Pembuangan kanta mata yang jernih dan ditukarkan dengan kanta palsu yang diletakkan ke dalam bola mata
Walaupun terdapat beberapa kaedah pembedahan untuk membetulkan rabun pada masa ini, namun bukan semua individu adalah calon yang sesuai untuk kaedah-kaedah tersebut. Pesakit seharusnya diperiksa secara terperinci terlebih dahulu oleh doktor mata sebelum sebarang rawatan dilakukan untuk memastikan kesesuaiannya.
Pencegahan
Kanak-kanak disarankan untuk mengurangkan aktiviti, seperti:
- Membaca terlalu lama
- Menonton televisyen pada jarak yang dekat
- Menghadap skrin komputer terlalu lama
- Membaca dalam keadaan pencahayaan yang rendah
Ini adalah bertujuaan mengurangkan risiko terjadinya miopia (rabun jauh) atau menyebabkan miopia menjadi lebih teruk.
Masalah-masalah lain yang berkaitan
Presbiopia (rabun tua) terjadi kepada orang berumur 40 tahun dan ke atas. Ini disebabkan oleh perubahan pada kanta mata apabila umur seseorang itu meningkat. Keupayaan kanta untuk memfokus bagi melihat objek dekat semakin berkurangan. Semua orang yang meningkat usia akan mengalami presbiopia. Mereka perlu memakai cermin mata membaca, bifokal atau multifokal. Presbiopia kini boleh h dirawat dengan kaedah pembedahan refraktif (LASIK).
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Dr. Kursiah Bt. Mohd Razali Pn. Nor’Aini Bt. Anuar Pn. Nor Azizah Bt. Ismail |
Penyemak | : | Dr. Salmah Othman |