Pengenalan
- Kira-kira 50% daripada golongan yang berumur 50 tahun ke atas akan menghadapi masalah rambut beruban terutamanya disebabkan oleh kehilangan sel pembentuk warna rambut (melanocytes).
- Tahap keterukan masalah uban biasanya berunsur keturunan, tetapi gen yang terlibat tidak dapat dikenalpasti.
Tanda dan gejala
- Semasa proses penuaan, rambut menjadi lebih nipis, lebih senang patah dan kehilangan warna asalnya.
- Masalah kehilangan rambut berlaku di kalangan lelaki dan wanita tetapi dengan corak yang berlainan. Kadar pertumbuhan rambut berkurangan dengan umur disebabkan oleh sel rambut tumbuh dengan lebih perlahan.
- Kehilangan rambut di bahagian tertentu iaitu di bahagian vertex dan frontotemporal (androgenetic alopecia) di kalangan lelaki bermula di antara peringkat akhir remaja dan akhir 20-an. Apabila menjelang umur 60an, 80% dari lelaki mempunyai masalah uban.
- Untuk golongan wanita, kehilangan rambut dengan corak yang sama dengan lelaki berlaku selepas putus haid tetapi biasanya tidak ketara.
- Rambut menjadi nipis atau kehilangan rambut secara umum (diffuse) biasanya dikenali sebagai uban kaum wanita (female alopecia).
- Kehilangan rambut secara umum (diffuse) atau rambut menjadi nipis biasanya berlaku dengan proses penuaan untuk kedua-dua seks. Ia perlu dibezakan dari kehilangan rambut disebabkan oleh penyakit seperti kekurangan zat besi, hypothyroidism dan penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti steroids.
- Pertumbuhan rambut berlebihan atau di bahagian yang tidak diingini kerap terjadi pada warga emas wanita selepas putus haid disebabkan oleh ketidak-seimbangan hormon estrogen-androgen. Gejala yang paling mengganggu warga emas wanita ialah pertumbuhan rambut di bahagian misai.
- Warga emas lelaki mungkin menghadapi masalah pertumbuhan rambut yang berlebihan di bahagian kening, hidung atau telinga.
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis/Penyemak | : | Dr. Ho Bee Kiau |