A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Rawatan Pengekalan Penyakit Gusi

Rawatan pengekalan adalah satu fasa rawatan yang penting dan biasanya bermula selepas selesai rawatan aktif bagi penyakit gusi. Rawatan ini berterusan selama hayat gigi tersebut.

Rawatan Pengekalan Penyakit Gusi (Supportive Periodontal Therapy)

Gingivitis dan periodontitis merupakan antara penyakit gusi.

Di Malaysia, kebarangkalian penyakit gusi di kalangan orang dewasa seperti yang dilaporkan dalam National Oral Health Survey of Adults (NOHSA), Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2010 menunjukkan bahawa 94% daripada golongan dewasa mempunyai penyakit gusi (gingivitis dan periodontitis).

Rawatan bagi penyakit gusi adalah sangat penting untuk memastikan kelanjutan usia gigi dan memulihkan kesihatan gusi. Setelah selesai rawatan aktif semua pesakit yang mengalami penyakit gusi adalah wajib untuk diberikan rawatan pengekalan. Rawatan pengekalan adalah penting untuk memaksimumkan hasil rawatan yang telah diberikan.

Apa itu rawatan aktif bagi penyakit gusi?

  • Ia merupakan rawatan yang melibatkan:
    • Arahan tentang cara-cara menggosok dan membersihkan gigi yang khas mengikut keperluan dan kesesuaian setiap pesakit.
    • Penyingkiran plak dan tartar dari permukaan gigi (dengan penskaleran dalam iaitu penskaleran plak dan tartar yang berada di bawah aras gusi dan/atau dengan bantuan pembedahan kecil gusi).
  • Rawatan ini bertujuan untuk mengembalikan kesihatan gusi kepada pesakit.

Apakah itu rawatan pengekalan (Supportive Periodontal Therapy)?

  • Ia adalah satu fasa rawatan yang penting dan biasanya bermula selepas selesai rawatan aktif bagi penyakit gusi.
  • Rawatan ini berterusan selama hayat gigi tersebut.

Kenapakah rawatan pengekalan ini penting?

Berapa kerapkah rawatan pengekalan harus dilakukan?


(Axelsson, Lindhe, & Nystrom, 1991) (Ramfjord, 1987)

Apakah prosedur yang terlibat semasa rawatan pengekalan?  

Apa akan berlaku sekiranya pesakit tidak menjalani rawatan pengekalan?

Pesakit akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk perebakan penyakit menjadi lebih teruk (Axelsson & Lindhe, 1981) yang selalunya akan berakhir dengan cabutan.

Rujukan

  1. Axelsson, P., & Lindhe, J. (1981). Effect of controlled oral hygiene procedures on caries and periodontal disease in adults. Results after 6 years. J Clin Periodontol, 8(3), 239-248
  2. Axelsson, P., Lindhe, J., & Nystrom, B. (1991). On the prevention of caries and periodontal disease. Results of a 15-year longitudinal study in adults. J Clin Periodontol, 18(3), 182-189.
  3. Ramfjord, S. P. (1987). Maintenance care for treated periodontitis patients. J Clin Periodontol, 14(8), 433-437

 

Semakan Akhir : 19 Jun 2015
Penulis / Penterjemah : Dr. Freeda Woon bt. Faiza Woon Tai Keat
Akreditor : Dr. Rajeswary a/p Raman

 

Artikel Berkaitan

Penyakit Periodontium

Penyakit Peridontium diperingkat awal (gingivitis) boleh dicegah dengan memberus gigi secara berkesan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,803,678

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-21 15:33:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia